BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Followers

Monday, July 27, 2009

DUNIA HENTI MENGIRA KES INFLUENZA A(H1N1)

Pegawai kesihatan tiada alat tepat kesan penghidap H1N1
WASHINGTON: Pihak berkuasa kesihatan dunia sudah berputus asa untuk mengira bilangan orang yang dijangkiti virus selesema babi atau Influenza A (H1N1) dan percaya adalah lebih baik hanya menganggarkannya saja kerana virus berkenaan tidak dapat dihalang daripada terus tersebar. Malah, pegawai kanan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC), Dr Anne Schuchat, turut enggan membuat anggaran, walaupun mengatakan penghidap virus itu melebihi sejuta orang.
Mengapa pegawai sepertinya juga enggan membuat kiraan adalah disebabkan mereka dan pihak berkuasa kesihatan tidak memiliki alat yang boleh membuat kiraan. "Selain itu, kebanyakan orang yang mempunyai penyakit berkaitan pernafasan tidak mengetahui apa penyebabnya. Malah, kebanyakan orang yang mengalami influenza tidak mengetahui dengan tepat jenis selesema yang menyebabkan penyakit mereka," kata Schuchat kepada media. Ujian diagnostik bagi influenza juga tidak begitu bagus. Malah, selesema babi biasanya disyaki apabila alat ujian segera untuk menguji seorang pesakit tidak dapat memberi bacaan.
"Saya fikir apa yang kita semua tahu, diagnostik kita ada hadnya," kata Pegawai Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Manusia, Robin Robinso, memberitahu pakar vaksin selesema dalam mesyuarat, minggu ini. "Saya fikir kita semua perlu bersetuju ada keperluan memperbaiki ujian penjagaan diagnostik," kata pakar kanak-kanak, Dr John Modlin, yang mempengerusikan jawatankuasa vaksin bagi menasihatkan Pentadbiran Makanan dan Ubatan (FDA). Menyedari keperluannya, FDA memberi kebenaran menggunakan ujian kecemasan 'Quest Diagnostics Inc' bagi mengesahkan virus H1N1, ujian komersial ketiga setakat ini. Awal bulan ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sendiri berhenti mengira kes disahkan selesema babi atas alasan adalah lebih penting untuk memberi tumpuan ke arah usaha membendung penyebarannya.
CDC kemudian berkata, ia juga akan menghentikan kiraan jangkitan selesema babi. "Kami fikir berjuta-juta orang dijangkiti," kata Schuchat, namun menambah ia hanyalah di hujung jari kerana hanya kes paling serius biasanya diarah ke hospital untuk diuji. – Reuters

Sunday, July 26, 2009

SOMETHING TO SHARE~BUTTERFLY AND US(TO SLE PATIENTS)

Definition:
Systemic lupus erythematosus (SLE) is a chronic, inflammatory autoimmune disorder . It may affect the skin, joints, kidneys, and other organs.
Alternative Names:
Disseminated lupus erythematosus; SLE; Lupus; Lupus erythematosus
Causes, incidence, and risk factors:
Normally, the immune system controls the body's defenses against infection. In SLE and other autoimmune diseases, these defenses are turned against the body and rogue immune cells attack tissues. Antibodies may be produced that can react against the body's blood cells, organs, and tissues. These lead immune cells to attack the affected systems, producing a chronic (long-term) disease.
The mechanism or cause of autoimmune diseases is not fully known, but many researchers suspect it occurs following infection with an organism that looks similar to particular proteins in the body, which are later mistaken for the organism and wrongly targeted for attack.
The disease affects 9 times as many women as men. It may occur at any age, but appears most often in people between the ages of 10 and 50 years. SLE may also be caused by certain drugs. When this occurs, it is known as drug-induced lupus erythematosus and it is usually reversible when the medication is stopped.
The course of the disease may vary from a mild episodic illness to a severe fatal disease. Symptoms also vary widely in a particular individual over time and are characterized by periods of remission and exacerbation. At its onset, only one organ system may be involved. Additional organs may become involved later. The following organ system manifestations may be seen, but other manifestations are possible.
MUSCLES AND BONES
Almost all people with SLE have joint pain and most develop arthritis . Frequently affected joints are the fingers, hands, wrists, and knees. Death of bone tissue can occur in the hips and shoulders and is frequently a cause of pain in those areas.
SKIN
A "butterfly" rash over the cheeks and bridge of the nose affects about half of those with SLE. The rash is usually worsened by sunlight. A more diffuse rash may appear on other body parts that are exposed to the sun. Other skin lesions or nodules can also occur.
KIDNEYS
Some people with SLE have deposits of antibodies within the cells (glomeruli) of the kidneys. However, less than 50% have lupus nephritis as defined by persistent inflammation (irritation and swelling) in the kidney. These patients may eventually develop kidney failure and require dialysis or kidney transplantation.
NERVOUS SYSTEM
Nerve disorders can affect up to 25% of those with SLE. Mild mental problems are the most common symptom, but any area of the brain, spinal cord, or nervous system can be affected. Seizures , psychosis , organic brain syndrome , and headaches are some of the nervous system disorders that can occur.
BLOOD
Blood disorders can affect up to 85% of those with SLE. Venous or arterial blood clots can form and are associated with strokes and pulmonary embolism , or pregnancy loss. Predisposition to blood clots, or less commonly bleeding, occurs due to antibodies against lipids involved in blood clotting and is referred to as anti-phospholipid antibody syndrome (APS). (See Lupus anticoagulant .) Often platelets are decreased which may cause bleeding or clotting problems. Anemia of chronic disease often develops at some point in the course SLE.
HEART
Inflammation of various parts of the heart may occur as pericarditis , endocarditis , or myocarditis . Chest pain and arrhythmias may result from these conditions.
LUNGS
Pleurisy , an inflammation of the lining of the lung, and pleural effusions , a fluid collection between the lung and its lining, can occur as a result of SLE. Chest pain and shortness of breath are frequently results of these disorders.
African Americans and Asians are affected more often than people from other races.
http://lupus.webmd.com/guide/lupus-systemic-lupus-erythematosus-topic-overview

Friday, July 24, 2009

SEJARAH CHINA

Dinasti Qin: Permulaan Empayar China
Qin Shi Huang, maharaja China yang pertama.
Rencana utama: Maharaja Qin
Ahli-ahli sejarah sering merujuk kepada tempoh dari Dinasti Qin sehingga keakhiran Dinasti Qing sebagai Empayar China. Walaupun pemerintahan Maharaja Qin hanya berlangsung selama dua belas tahun, baginda dapat menaklukkan banyak kawasan yang kemudian menjadi teras tanah air bangsa Han dan menyatukan penduduk-penduduk kawasan tersebut di bawah sebuah kerajaan ultrakeundangan terpusat yang ketat yang berpusat di Xianyang (Xi'an masa kini). Doktrin ultrakeundangan yang memandu pemerintahan Qin menegaskan pematuhan yang tegas kepada sebuah kod undang-undang serta kuasa mutlak maharaja. Sedangkan falsafah ini amat berkesan untuk memperluas empayar dengan gaya ketenteraan, ia terbukti tidak berjaya untuk memerintah pada waktu aman. Qin menindas sebarang penentangan politik dengan kejam, termasuk peristiwa yang dikenali sebagai "Membakar karya klasik dan mengebumikan cendekiawan". Ini kemudian menjadi pencetus untuk Sintesis Han yang menggabungkan aliran-aliran fikiran tadbiran politik yang lebih sederhana.
Dinasti Qin amat dikenali untuk memulakan Tembok Besar China yang kemudian dilanjutkan oleh Dinasti Ming. Sumbangan-sumbangan utama Qin yang lain termasuk penyatuan kod undang-undang, bahasa tulisan dan mata wang China selepas penderitaan Zaman Musim Bunga dan Musim Luruh serta Zaman Negeri-negeri Berperang. Perkara-perkara yang paling asas seperti panjangnya gandar kereta kuda juga diseragamkan untuk memastikan sebuah sistem perdagangan yang berdaya di seluruh empayar.
Dinasti Han: Zaman kemakmuran
Rencana utama: Dinasti Han
Dinasti Han muncul pada tahun 202 SM dan merupakan dinasti pertama untuk memeluk falsafah Konfusianisme yang kemudian menjadi asas ideologi kepada semua rejim sehingga keakhiran empayar China. Di bawah Dinasti Han, China mencapai kemajuan yang ketara dalam banyak bidang seni dan sains. Maharaja Wu (Han Wudi) mengukuhkan dan memperluas empayar China dengan mengundurkan puak Xiongnu (kekadang digolongkan dengan kaum Hun) masuk ke dalam steppe Mongolia Dalam masa kini, dan merampas kawasan-kawasan Gansu, Ningxia, dan Qinghai masa kini. Ini membolehkan pembukaan buat pertama kali hubungan-hubungan perdagangan antara China dengan Dunia Barat melalui Laluan Sutera.
Bagaimanapun, pemerolehan tanah-tanah oleh keluarga-keluarga elit beransur-ansur menyusutkan sumber cukai. Pada tahun 9 Masihi, perampas Wang Mang mengasaskan Dinasti Xin yang tidak dapat kekal lama dan memulakan rancangan-rancangan reformasi tanah yang meluas serta pembaharuan-pembaharuan eknonomi yang lain. Bagaimanapun, rancangan-rancangannya tidak pernah disokong oleh keluarga-keluarga pemilik tanah kerana perubahan-perubahan tersebut memihak kepada golongan petani dan ningrat yang bertaraf rendah. Ketakstabilan yang diakibatkannya akhirnya mencetuskan keadaan kelam-kabut dan pemberontakan.
Maharaja Guangwu kemudian memulihkan Dinasti Han di Luoyang yang terletak di timur Xi'an, dengan bantuan keluarga-keluarga pemilik tanah dan pedagang. Zaman baru itu diistilahkan sebagai Dinasti Han Timur. Bagaimanapun, kuasa Han merosot di tengah-tengah pemerolehan tanah, serangan, dan pertikaian antara puak-puak gundik dengan para sida-sida. Pemberontakan Serban Kuning tercetus pada tahun 184 dan memulakan zaman hulubalang. Dalam kerusuhan yang menyusul, tiga buah negeri cuba mencapai kekuasaan dalam apa yang dipanggil zaman Tiga Kemaharajaan. Zaman itu telah diolah secara romantik dalam karya-karya Cina seperti Kisah Tiga Kemaharajaan.

NASIHATKU BUATMU

Suatu hari, seorang guru berkumpul dengan anak-anak muridnya dan bertanya tentang beberapa perkara. Guru itu menanyakan soalan yang pertama, “Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?” Maka ramai yang menjawab guru, sahabat, ibu, bapa. Guru itu menjawab semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan diri kita adalah MATI. Sememangnya itu janji Allah s.w.t bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.
Lalu guru itu meneruskan pertanyaannya kedua, “Apa yang apa paling jauh dari diri kita di dunia ini?” Murid-muridnya menjawab bulan, bintang, matahari, Negara China. Lalu guru itu menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan itu adalah benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Walau dengan apa cara sekalipun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama.
Lalu guru itu meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga, “Apakah yang paling besar di dunia ini?”. Murid-muridnya menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata guru itu. Tetapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah NAFSU. Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa kita ke neraka.
Pertanyaan keempat adalah guru itu berikan adalah, “Apakah yang paling berat di dunia ini?” Ada yang menjawab besi, gajah, kereta, kapal terbang. Semua jawapan itu adalah benar, kata guru itu. Akan tetapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH. Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah s.w.t meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Akan tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah s.w.t, sehinggakan ramai manusia masuk ke neraka kerana tidak dapat memegang amanahnya.
Pertanyaan yang kelima adalah, “Apakah yang paling ringan di dunia ini?”. Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daun. Semuanya benar, kata guru itu tetapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan kita meninggalkan solat, gara-gara bermesyuarat kita meninggalkan solat.
Pertanyaan keenam dan merupakan yang terakhir daripada guru itu kepada murid-murinya adalah, “Apakah yang paling tajam di dunia ini?” semua murid-muridnya menjawab serentak, pedang. Jawapan itu benar kata guru itu, tetapi yang paling tajam adalah LIDAH MANUSIA. Ini kerana melaui lidah, manusia selalunya menyakiti dan melukai perasaan saudaranya sendiri.
Sedarlah adik-adikku, setiap yang keburukan dan sifat mazmumah yang sering kita remehkan, marilah kita sama-sama perbaiki. Renung-renunglah nasihatku ini_Cikgu chEkLeeN

I LOVE THIS VIDEO BUT I HATE RUMOURS!!!

Do you the one who talks behind one back?lol,u r so damn creepy.It just so annoying when you know that people talks creepy and wrong things about you.But,just try to be calm,like me!Just hear this song and you just feel ok then....hehehehe...

SICK AND HANDPHONE

Salam..
Do all of you have handphones?I think the answer is yes.For sure even a standart 1 student do have a handphone in their pocket.Nowadays,this thing is very important in our life,and im sure for some of us,we just can live without it.But,do handphones still with you if you are sick and lying restlessly on bed?Today I heard about my friend who is sick and she doesn't even reply our messages.So,this situation recalls me about what had happened to me before.
Long time ago,I was warded and that was the longest time I ever been warded in my whole life.I remember that I don't even care about my handphone and I just feel like I do not have it.All I care that time is to recover from my illness.All I know that I do have it when my sis brought it to the hospital and told me that it has been ringing and beeping all the times.I just smile and take it from her.Even my sis ask me to read all the messages.When I remember that time,Im thinking,even at 1 point I just can't live without my handphone,but in the other time i found that there are still important things that you have to care about.What I want to ask,if you are very really ill,do you still mind about your hp?

Monday, July 20, 2009

TIADA KES BARU H1N1 DILAPORKAN

KUALA LUMPUR: Sehingga jam 8 pagi ini, tiada kes baru Influenza A(H1N1) dilaporkan ke hospital, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Beliau berkata, jumlah kes terkumpul Influenza A(H1N1) yang disahkan di negara sehingga kini adalah sebanyak 874 kes yang terdiri daripada 567 kes import dan 307 kes jangkitan tempatan. "Tiada kematian akibat jangkitan Influenza A(H1N1) dilaporkan dan juga tiada kejadian kluster Influenza Like Illness (ILI) yang disahkan akibat jangkitan Influenza A(H1N1)," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Liow berkata, walaupun tiada kes baru yang dilaporkan hari ini, ia tidak bermakna tiada jangkitan Influenza A(H1N1) yang berlaku dalam masyarakat. "Kementerian akan terus membuat pemantauan kejadian kes yang dimasukkan ke hospital dan juga kejadian kluster ILI. Pada fasa mitigasi ini, hanya kes jangkitan yang teruk dan berkomplikasi sahaja akan dimasukkan ke hospital untuk menjalani rawatan," katanya. Beliau berkata, daripada keseluruhan 874 kes yang disahkan positif virus itu, 862 pesakit (98.6 peratus) telah sembuh, tujuh orang (0.8 peratus) sedang menerima rawatan di hospital manakala lima (0.6 peratus) pesakit masih meneruskan rawatan sebagai pesakit luar.
Liow berkata, bagi memperlahankan penularan wabak ini, kerjasama orang ramai amatlah diperlukan dengan mengamalkan kebersihan diri dan menjarakkan kedudukan sekurang-kurangnya satu meter dengan individu lain serta mengurangkan majlis perjumpaan. Merujuk kepada situasi global, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula memaklumkan bahawa sehingga jam 8 pagi ini, jumlah terkumpul kes Influenza A (H1N1) yang dilaporkan adalah sebanyak 133,755 kes dengan 760 kematian dari 155 negara iaitu pertambahan 120 kes. "Dua buah negara baru yang disenaraikan adalah Solomon Island dan Guam, Amerika Syarikat. Negara yang melaporkan pertambahan kes adalah Hong Kong (62 kes), Australia (47 kes), New Zealand (lima kes) dan Malaysia (tiga kes). "Tiada pertambahan jumlah kematian iaitu kes kekal pada 760 kematian," katanya. - Bernama

Sunday, July 19, 2009

MY SAD STORY

6 julai 2009 bersamaan dengan hari isnin


my beloved grandpa yang aku panggil Chek dah kembali ke rahmatullah. hari tu ak rasa sgt sedih,tak terkata dan tak terucap oleh perkataan. terlalu banyak kenangan dan nasihat dia yang aku terbayang semula. aku ingat lagi hari senin tu, air mata menjadi teman setia aku. bukan niat aku untuk menangis, tapi sebak di hati hanya Tuhan yang tahu. setiap kali aku tahan setiap kali itu juga air mata mengalir. saat terakhir bersama dia aku akan sentiasa kenang dalam ingatan aku.dia pernah menyatakan hasrat untuk melakukan umrah setelah sembuh.sedih aku fikirkan bila ingat permintaannya itu.sehingga kini aku rasa aku masih belum tabah untuk menghadapi semua ini. aku hanya mampu memohon agar roh Chek sentiasa di rahmati Allah swt dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan soleh.Amin doaku dan wiridku akan sentiasa bersama dengannya, insyaAllah.Ya Allah Kau tabahkanlah hatiku ini dalam menempuh segala ujian ini.

Semoga Allah swt mencucuri keberkatan dan keredhaan ke atas roh Allahyarham Haji Jusoh bin Awang_isnin 6 julai 2009M

Friday, July 17, 2009

TEMBOK BESAR CHINA DI MUTIANYU-KUBUR TERPANJANG


Tembok Besar China dapat gelaran kerana ketika pembinaannya ramai pekerja terutama petani terkorban BANYAK sudah dikisahkan oleh ramai penulis mengenai tempat-tempat menarik di Beijing, China yang menyimpan pelbagai kisah sejarah silam. Tembok Besar China sebagai satu daripada tujuh keajaiban dunia sentiasa menggamit dan menarik pelancong ke negara itu yang kini mula muncul sebagai antara kuasa ekonomi dunia.

Ketika menjejakkan di Tembok Besar China, terbayang bagaimana bongkah batu yang begitu besar dan banyak di susun rapi dalam saiz yang hampir sama bagi membentuk tembok sepanjang 6,700 kilometer (km) itu. Indahnya pemandangan dari Tembok Besar itu. Meskipun dalam cuaca yang agak dingin itu, penulis berjalan beberapa ratus meter menikmati keunikan tembok itu. Masa yang terluang boleh digunakan untuk membeli-belah di pusat beli-belah di Silk Street, Chaoyang District. Cuaca sejuk meskipun pada tengah hari memberi peluang kepada pelawat untuk bersiar-siar dan membeli-belah.

Masalah yang dihadapi di pusat beli-belah ini yang menjual pelbagai barangan daripada pakaian, peralatan sukan, cenderahati, jam, mutiara dan barang elektronik termasuk telefon bimbit dan kamera, ialah tetap sama iaitu masalah bahasa. Dengan sebahagian besar jurujual hanya mengetahui beberapa patah perkataan Inggeris, mesin kira menjadi penghubung dalam urusan tawar menawar dan jual beli untuk menyatakan harga yang mahu dijual atau dibeli. Penjual meletakkan harga permulaan yang tinggi terhadap semua barangan, dan pembeli harus memulakan proses tawar menawar pada harga 70 peratus lebih kurang daripada yang dinyatakan penjual. Umpama ayam dan itik, itulah ibarat pertuturan antara penjual dan pembeli. Jurujualnya juga agak agresif hingga ada yang menarik tangan pengunjung yang mahu beredar dari kedai, untuk memastikan pengunjung berkenaan membeli barangan yang sudah ditawar. Apapun, masalah bahasa tidak wajar dijadikan halangan ketika berada di Beijing. Bagi yang mahu berkunjung dan melawat ke pelbagai destinasi menarik di ibu kota China ini, mereka sewajarnya mendapatkan khidmat bantuan penterjemah. Jika bernasib baik, boleh mendapatkan khidmat pemandu teksi yang boleh berturut bahasa Inggeris meskipun ini sesuatu yang sukar.
FAKTA: Tembok Besar China
Dikenali kubu China silam yang dibina sekitar 200 Sebelum Masihi (SM)
Diperkukuh antara akhir abad ke-14 sehingga permulaan abad ke-17, ketika Dinasti Ming, untuk melindungi China daripada serangan puak Mongol.
Panjang tembok kira-kira 6,700 kilometer (km), dari Shanhai Pass sehingga ke Teluk Bohai di sebelah timur yang terletak berhampiran dengan sempadan China dan Manchuria, sehingga Lop Nur di sebelah tenggara wilayah Xinjiang.
Sebuah tembok pertahanan dibina di sempadan utara pada dinasti Qin dan dipelihara oleh dinasti-dinasti seterusnya. Lima pembinaan semula utama yang dicatatkan adalah seperti berikut:
208 SM (Dinasti Qin)
Abad ke-1 SM (Dinasti Han)
Abad ke-7 (Dinasti Sui)
1138 - 1198 (Zaman Lima Dinasti dan 10 Negara)
1368 - 1640 (Dari Maharaja Hongwu sehingga Maharaja Wanli pada Dinasti Ming)
Ia digelar 'kubur terpanjang di Bumi' kerana ramai yang mati terutama petani ketika membinanya.
Tembok Besar Dinasty Ming bermula di timur dari Kubu Shanhai, dekat Qinhuangdao di Wilayah Hebei
Ia melalui 9 wilayah, 100 daerah dan bahagian 500 km terakhir di barat sudah musnah sepenuhnya. Hujung di bahagian baratnya hari ini terletak di tempat bersejarah Jiayuguan (kubu Jiayu) di barat laut wilayah Gansu, pada hujung Jalan Sutera.
Kedudukannya kira-kira satu jam perjalanan dari Beijing.

welcome chekleen

Alhamdulillah,tercapai juga keinginan aku untuk wat blog sendiri.asyik tgk blog org je.so to kgkwan n sesapa yg asyik duk suruh aku wat blog tu silalah datang bertandang ke halaman aku neh.Aku actly cam keliru gak,pe yang aku nak tuleh eh?so for a start,aku story sket ah cane aku leh nak wat blog.
Old day dlu,tenet ni aku juz gna bkak youtube n cari mp3 je hinggalah abah aku telah memasukkan astro ke rumah aku.bermula ngan tgk af1,kuar lak @15.2,3 tahun ak jd pengskod dgn niat x mgkin aku cet kat situ.tp kehebatan setiap ayat yg dikuarkan oleh mod2 telah menyebabkan aku lemah.di situlah aku mula kenal budak2 mod ni.secara x langsung blog dorang pun aku in.so.disebabkan cam best blog ni,ada gak aku tnya org cara2 nk wat.agak2 aku lam 20 org cakap sambil mengajak aku untuk membuat blog sama cam dorg.agak lama terhimpit dengan alasan2 busy,akhirnya hari ini aku telah mengambil masa dan ruang untuk wat blog sendiri.(ayat yang amat gramatis olahan aku.tq untuk cikgu yang telah mengajarku)

siapa itu???

BLOGGERS