6 julai 2009 bersamaan dengan hari isnin

my beloved grandpa yang aku panggil Chek dah kembali ke rahmatullah. hari tu ak rasa sgt sedih,tak terkata dan tak terucap oleh perkataan. terlalu banyak kenangan dan nasihat dia yang aku terbayang semula. aku ingat lagi hari senin tu, air mata menjadi teman setia aku. bukan niat aku untuk menangis, tapi sebak di hati hanya Tuhan yang tahu. setiap kali aku tahan setiap kali itu juga air mata mengalir. saat terakhir bersama dia aku akan sentiasa kenang dalam ingatan aku.dia pernah menyatakan hasrat untuk melakukan umrah setelah sembuh.sedih aku fikirkan bila ingat permintaannya itu.sehingga kini aku rasa aku masih belum tabah untuk menghadapi semua ini. aku hanya mampu memohon agar roh Chek sentiasa di rahmati Allah swt dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan soleh.Amin doaku dan wiridku akan sentiasa bersama dengannya, insyaAllah.Ya Allah Kau tabahkanlah hatiku ini dalam menempuh segala ujian ini.

Semoga Allah swt mencucuri keberkatan dan keredhaan ke atas roh Allahyarham Haji Jusoh bin Awang_isnin 6 julai 2009M

0 comments:

Labels

Archive