Tembok Besar China dapat gelaran kerana ketika pembinaannya ramai pekerja terutama petani terkorban BANYAK sudah dikisahkan oleh ramai penulis mengenai tempat-tempat menarik di Beijing, China yang menyimpan pelbagai kisah sejarah silam. Tembok Besar China sebagai satu daripada tujuh keajaiban dunia sentiasa menggamit dan menarik pelancong ke negara itu yang kini mula muncul sebagai antara kuasa ekonomi dunia.

Ketika menjejakkan di Tembok Besar China, terbayang bagaimana bongkah batu yang begitu besar dan banyak di susun rapi dalam saiz yang hampir sama bagi membentuk tembok sepanjang 6,700 kilometer (km) itu. Indahnya pemandangan dari Tembok Besar itu. Meskipun dalam cuaca yang agak dingin itu, penulis berjalan beberapa ratus meter menikmati keunikan tembok itu. Masa yang terluang boleh digunakan untuk membeli-belah di pusat beli-belah di Silk Street, Chaoyang District. Cuaca sejuk meskipun pada tengah hari memberi peluang kepada pelawat untuk bersiar-siar dan membeli-belah.

Masalah yang dihadapi di pusat beli-belah ini yang menjual pelbagai barangan daripada pakaian, peralatan sukan, cenderahati, jam, mutiara dan barang elektronik termasuk telefon bimbit dan kamera, ialah tetap sama iaitu masalah bahasa. Dengan sebahagian besar jurujual hanya mengetahui beberapa patah perkataan Inggeris, mesin kira menjadi penghubung dalam urusan tawar menawar dan jual beli untuk menyatakan harga yang mahu dijual atau dibeli. Penjual meletakkan harga permulaan yang tinggi terhadap semua barangan, dan pembeli harus memulakan proses tawar menawar pada harga 70 peratus lebih kurang daripada yang dinyatakan penjual. Umpama ayam dan itik, itulah ibarat pertuturan antara penjual dan pembeli. Jurujualnya juga agak agresif hingga ada yang menarik tangan pengunjung yang mahu beredar dari kedai, untuk memastikan pengunjung berkenaan membeli barangan yang sudah ditawar. Apapun, masalah bahasa tidak wajar dijadikan halangan ketika berada di Beijing. Bagi yang mahu berkunjung dan melawat ke pelbagai destinasi menarik di ibu kota China ini, mereka sewajarnya mendapatkan khidmat bantuan penterjemah. Jika bernasib baik, boleh mendapatkan khidmat pemandu teksi yang boleh berturut bahasa Inggeris meskipun ini sesuatu yang sukar.
FAKTA: Tembok Besar China
Dikenali kubu China silam yang dibina sekitar 200 Sebelum Masihi (SM)
Diperkukuh antara akhir abad ke-14 sehingga permulaan abad ke-17, ketika Dinasti Ming, untuk melindungi China daripada serangan puak Mongol.
Panjang tembok kira-kira 6,700 kilometer (km), dari Shanhai Pass sehingga ke Teluk Bohai di sebelah timur yang terletak berhampiran dengan sempadan China dan Manchuria, sehingga Lop Nur di sebelah tenggara wilayah Xinjiang.
Sebuah tembok pertahanan dibina di sempadan utara pada dinasti Qin dan dipelihara oleh dinasti-dinasti seterusnya. Lima pembinaan semula utama yang dicatatkan adalah seperti berikut:
208 SM (Dinasti Qin)
Abad ke-1 SM (Dinasti Han)
Abad ke-7 (Dinasti Sui)
1138 - 1198 (Zaman Lima Dinasti dan 10 Negara)
1368 - 1640 (Dari Maharaja Hongwu sehingga Maharaja Wanli pada Dinasti Ming)
Ia digelar 'kubur terpanjang di Bumi' kerana ramai yang mati terutama petani ketika membinanya.
Tembok Besar Dinasty Ming bermula di timur dari Kubu Shanhai, dekat Qinhuangdao di Wilayah Hebei
Ia melalui 9 wilayah, 100 daerah dan bahagian 500 km terakhir di barat sudah musnah sepenuhnya. Hujung di bahagian baratnya hari ini terletak di tempat bersejarah Jiayuguan (kubu Jiayu) di barat laut wilayah Gansu, pada hujung Jalan Sutera.
Kedudukannya kira-kira satu jam perjalanan dari Beijing.

0 comments:

Labels

Archive