BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Followers

Wednesday, August 19, 2009

SELESEMA BABI(PANDEMIK INFLUENZA H1N1) MENULAR SEHINGGA TAHUN DEPAN


Vaksin diterima Oktober bukan jaminan kes mudah dipantau

KUALA LUMPUR: Wabak selesema babi atau Influenza A (H1N1) dijangka terus menular untuk tempoh sekurang-kurangnya enam bulan hingga setahun lagi walaupun Malaysia dijangka menerima bekalan vaksin untuk penyakit itu menjelang Oktober depan. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, bagaimanapun mengingatkan vaksin yang bakal diterima bukan penyelesaian kepada wabak H1N1 kerana bekalannya tidak mencukupi untuk seluruh rakyat dan keutamaan kepada anggota barisan hadapan serta golongan berisiko tinggi.
"Kita menjangkakan selepas enam bulan atau setahun dan lebih ramai orang dijangkiti H1N1 dan sembuh, semakin ramai yang akan imun terhadap virus itu... keadaan tidaklah jadi teruk," katanya kepada pemberita selepas sesi soal jawab secara langsung melalui laman web New Straits Times, NSTLive di Balai Berita di sini, semalam. Sambil menjelaskan 95 peratus daripada semua kes positif H1N1 di negara ini berjaya disembuhkan, beliau berkata, catatan kadar kematian di Malaysia lebih tinggi kerana pengiraan dibuat berdasarkan kes yang sudah disahkan, sedangkan mengikut panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) peratus kematian H1N1 dikira berdasarkan jumlah kes jangkitan didarab 20 dan dibahagi jumlah kematian. Sementara itu, dalam kenyataannya, Dr Mohd Ismail berkata, virus selesema babi meragut tiga lagi nyawa menjadikan jumlah kes kematian dilaporkan sehingga jam 9 pagi semalam mencecah 67 orang.
Tiga mangsa itu ialah seorang wanita berumur 33 tahun yang meninggal dunia pada 12 Ogos lalu akibat severe bronchopneumonia (pneumonia bronkitis teruk), diikuti seorang kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun (13 Ogos) dan seorang warga emas berumur 71 tahun (14 Ogos). Kanak-kanak perempuan itu meninggal dunia akibat Systemic Lupus Erythematous with severe pneumonia with renal impairment (pneumonia teruk dengan kegagalan buah pinggang berfungsi), manakala warga emas pula disebabkan oleh Ischaemic Dilated Cardiomyopathy precipitated by pneumonia. Sehingga jam 9 pagi semalam, katanya, 276 pesakit H1N1 masih dirawat di wad dan 36 lagi di Unit Rawatan Rapi. Di SERDANG, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata kementerian akan mengarahkan semua pelajar yang tidak menduduki peperiksaan awam bercuti lebih awal jika berlaku gelombang kedua serangan virus selesema babi.
Di KOTA KINABALU, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan akan mengumumkan harga siling bagi penutup hidung dan mulut hari ini, selain menentukan jenis penutup yang akan digunakan.




Hari ni aku baca BH seperti biasa,and kes H1N1 mmg antara tajuk yg
aku akan baca.Selain drpd tu,
aku baca gak news laen,ye la variation info(betul ke aku cakap neh?).Dalam tajuk2
berita,beselah...kes Ustaz Rock nga
n Waheeda mmg pemes la.
Aku pn xlayak nk marah2,g pun bukan ada kaitan pun ngan aku.
Mmg la aku marah coz dia cam rampas laki org,mmg dahsyat bg aku.
Tp ajal maut,jodoh pertemuan adalah di tangan Allah swt.
Kita sama2lah doakan agar mereka bahagia,seperti apa yg diharapkan oleh
parents dorg.Aku mls nk update kisah dorg kt BH,nt korg baca la sendiri.
Berbalik kpd kes H1N1,korg mesti perasan kan ayat yg aku bold n
ada yg npk cam font lain sket.
Hah..mende alah tu la penyakit aku(SLE with renal function).
Agak2 lah,if aku dpt H1N1,aku akan dpt SLE with severe pheumonia with renal impairment
cam dak tu ke ah?Eisy...gerun aku..adeh la.Aku agak la kan,seme member aku
(pesakit SLE) tgh berkurung kat umah cam aku..huhu..Tp yela,
seme atas kuasa Dia,pe yg kita kena wat ialah ikhtiar.Aku dah ikhtiar dgn cara aku,
and aku taw setiap org ada cara msg2 yg tersendiri bg
mencegah masalah dunia ni.Ni pun aku ada terbaca gak,if angka kematian
menjangkau 0.4%,maka gomen akan isytihar darurat.Tp stakat ni,angka kematian adalah 0.1% lebih.

0 manusia nak cakap mende kat aku:

siapa itu???

BLOGGERS