Assalamualaikum...

Umi aku masuk hospital, dalam perut dia sakit. Masa aku pergi tengok dia hari tu,memang nampak lemah, tak bermaya. Aku sebenarnya rasa sebak dalam hati. Seriously, aku tak pernah tengok dia lemah. Dia GUARDIAN ANGEL aku selama ini. Dia yang jaga aku selama 16 tahun,selama aku sakit. Aku kena penyakit aku masa aku 7 tahun. Time diagnos penyakit aku, aku kena hantar ke HKL sebab kat tempat aku time tu belum ada specialist untuk penyakit aku. Umi aku sanggup,padahal dia sorang yang kena jaga aku. Selama 4 bulan kat HKL, hanya ada aku dan dia. Time tu adik aku yang no.6 baru umur setahun. Tapi dia pilih nak jaga aku. 4 bulan kat HKL,Umi aku tak pernah dapat jumpa anak-anak dia yang lain. Kadang-kadang Abah aku akan datang time weekend, drove all the night, pagi baru sampai. Masa doktor aku diagnos penyakit aku, Umi aku terkejut tambah-tambah lagi lepas doktor bagi keterangan penuh pasal penyakit aku. aku baru umur 7 tahun time tu,bodoh tak tahu apa-apa lagi. Tapi dia strong, sangat kuat untuk jaga aku sendirian. Kisah aku terlalu panjang,biar aku berhenti setakat ini sahaja..

Masa Raya Aidilfitri lepas, Umi aku operate untuk buang tumor dalam pankreas dia. Starting from that, dia dah lain. Lemah tapi always try to be strong in front of all her children. Kalau dia dah start cerita pasal aku kena jaga diri, hati aku dah sebak bukan main,tapi aku try cool je la sambil buat-buat muka ok dan angguk-angguk. Aku banyak menangis bila fikir pasal ni, tapi memang tak ada orang tahu. Giler aku tiba-tiba nak menangis depan orang(family) and mostly depan Umi aku?!! 

Last week dia masuk HUKM, perut dia sakit sangat, Kak Ngah aku cakap there's blood dalam sisa buangan dia. Aku calm je la,tapi tak tido malam gak la aku malam tu. Pagi-pagi je aku mesej Kak Ngah aku dengan Abah aku Umi ok tak? Dapat je reply ok, terus mengantuk aku datang.

Sebenarnya baru sekali aku tengok Umi aku, entah kenapa lepas hari tu badan aku letih semacam je. kadang-kadang datang fikiran, maybe doa aku dah dimakbulkan kot?Aku tak kisah pasal diri aku asalkan doa aku dimakbulkan.. Itu sahaja yang aku mampu buat untuk dia.. Apa yang aku tahu IF I GONE SOME WILL CRY AND MISS ME, BUT IF MY GUARDIAN ANGEL HURT THE WORLD WILL CRY AND MISS HER.

 there's a bond between me and her that no one can't understand

(habis je entry ni aku dah lega pasal air mata aku dah mencurah-curah ni)

2 comments:

ArmaniWhite said...

semoga smuanya akan baik2 aje.. b strong cheleen..

The Official Miss CHEKLEEN said...

thanx a lot nami aka mama totoi..
skang dia dah kuar ward... :)

Labels

Archive