(APA YANG PALING DEKAT, JAUH, BESAR, BERAT, RINGAN DAN TAJAM)


           Suatu hari, seorang guru berkumpul dengan anak-anak muridnya tentang beberapa perkara. Guru itu menanyakan soalan yang pertama, “Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?” Maka ramai yang menjawab guru, sahabat, ibu, bapa. Guru utu menjawab semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan diri kita adalah MATI. Sememangnya itu janji Allah s.w.t bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.
            Lalu guru itu meneruskan pertanyaannya  kedua, “Apa yang apa paling jauh dari diri kita di dunia ini?” murid-muridnya menjawab bulan, bintang, matahari, Negara China,bintang. Lalu guru itu menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan itu adalah benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Walau dengan apa cara sekalipun  kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan dating dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama.
            Lalu guru itu meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga, “Apakah yang paling besar di dunia ini?”. Murid-muridnya menjawab gunug, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata guru itu. Tetapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah NAFSU. Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa kita ke neraka.
            Pertanyaan  keempat adalah guru itu berikan adalah, “Apakah yang paling berat di dunia ini?” Ada yang menjawab besi, gajah, kereta, kapal terbang. Semua jawapan itu adalah benar, kata guru itu. Akan tetapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH. Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah s.w.t meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Akan tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah s.w.t, sehinggakan ramai manusia masuk ke neraka kerana tidak dapat memegang amanahnya.
            Pertanyaan yang kelima adalah, “Apakah yang paling ringan di dunia ini?”. Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daun. Semuanya benar, kata guru itu tetapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan kita meninggalkan  solat, gara-gara bermesyuarat kita meninggalkan solat.
            Pertanyaan keenam dan merupan yang terakhir daripada guru itu kepada murid-murinya adalah, “Apakah yang paling tajam di dunia ini?” semua murid-muridnya menjawab serentak, pedang. Jawapan itu benar kata guru itu, tetapi yang paling tajam adalah LIDAH MANUSIA. Ini kerana melaui lidah, manusia selalunya menyakiti dan melukai perasaan saudaranya sendiri.
            Sedarlah adik-adikku, setiap yang kaburukan dan sifat mazmumah yang sering kita remehkan, marilah kita sama-sama perbaiki. Renung-renunglah nasihatku ini_Cikgu CHEKLEEN

0 comments:

Labels

Archive