BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Followers

Friday, October 29, 2010

KEPUASAN




Mengapa manusia tak pernah merasa puas dengan hidup? Atau adakah ayat aku salah? Aku sendiri kadang-kadang merasakan hidup aku belum cukup sempurna. Apa yang aku perlu ada supaya hidup aku sempurna? Aku tak pasti. Jika dilihat dalam konteks kehidupan manusia, aku dapati kebanyakannya tidak puas dengan apa yang mereka miliki. Sudah ada kereta, tapi masih mahu memiliki kereta besar, sudah lulus peperiksaan tapi masih mahu jadi yang terbaik, sudah ada rumah tapi masih mahu mencari rumah lain yang lebih besar, sudah ada duit tapi masih mencari lebih banyak duit, sudah ada kawan tapi terus mencari kawan lagi, sudah ada laptop ACER tapi masih mahu mencari APPLE dan iPod. Kenapa? Ya, aku juga sama, turut tergolong dalam kawanan manusia di atas. Everything must be perfect. Aku suka setiap apa yang aku lakukan sempurna. Kalau aku menulis karangan dan aku rasakan tulisan aku buruk, aku rela tulis sekali lagi. Kalau aku sudah ada handbag Leno, aku masih mahu memilki handbag Gucci. Keperluan dan kehendak, ya kehendak manusia sangat luas dan kadang-kadang kehendak sudah bertukar menjadi keperluan. Tengok sahaja sekarang, laptop yang dahulunya merupakan satu kehendak sudah bertukar menjadi keperluan hidup bagi semua manusia khususnya pelajar dan orang yang bekerja. Handphone turut mengalami transformasi tersebut. Dan tiba-tiba aku merasakan mempunyai blog juga akan bertransformasi kepada satu keperluan hidup manusia,hurmm siapa tahu kan? So,pendapat korang?

9 manusia nak cakap mende kat aku:

Ahmad Shafiq Bin Othaman said...

lumrah alam :)
manusia xpernah puas dengan
apa yg dimiliki :)

~Kak AZZ~ said...

tak puas mungkin sbb tak bersyukur dgn apa yg ada...

syukur la akak ni jenis yg tak suka nak membazir duit membeli barang yg dah ada... Kiranya akak ni jenis setia pada yg satu la ni... hehehe..

Jangan biarkan diri kita menjadi hamba duit... =)

diana said...

akak pun ade satu benda yang belum puas hati lagi ni..
rase macam selama ni masih belum balas jasa mak..
paling tak puas hati benda ni la..
yng lain..
tak sangat kot...

Tomato Gurl's Life said...

betul..cik tom akui diri ciktom sendiri pun xpernah puas dgn apa yg dimiliki..

miss chekleen said...

Ya..betul tu shafiq..nama pun manusia..

miss chekleen said...

hiphip hurayyy untuk kakAZZ..ekeke
akak,chekleen setia gak kat nama blog chekleen ni..sharing and caring(dulu sharing is caring..hee~)

miss chekleen said...

a ah kan kak diana..tu rasanya chekleen tak mampu nak buat dah kot kecuali bacakan yassin dan al fatihah untuk dia setiap hari..

miss chekleen said...

ye an cik tom?kadang mende tu kita rasa amat penting dan kita nak,tapi orang lain kata tak perlu..kita ase cam tak puas kalau takde..huu~

miss chekleen said...

chekleen lupa nak wat smile..hik

=) untuk korang..thanks komen2..

siapa itu???

BLOGGERS