http://www.emocutez.com

Aku bimbang akan ketidaksempurnaan aku ini. ketidaksempurnaan aku di sisi Allah,
ketidaksempurnaan aku di sisi masyarakat,pada negara,pada manusia dan pada alam sejagat,
serta pada rakan dan keluarga tersayang.
Aku bimbang akan ketidaksempurnaan aku pada dunia ini.
Kurasakan tidak pernah sempurna jejakku di dunia dalam menerajui
fardhu kifayah dan fardhu ain.
Aku mengejar dunia tapi tak tercapai,tapi mengejar akhirat ku rasa jauh langkahnya.
Jauhkan untukku??
Tidak sempurna aku bila aku tidak lagi berbakti sepenuhnya pada
masyarakat.
Berapa sangatlah andai pernah syilingku diberi pada tabung masjid,
baik sangatkah andai aku pernah berkongsi ilmu dengan rakan taulan.
alim sangatkah andai aku membenci maksiat.
Aku rasakan tidak pernah sempurna aku pada masyarakat.
Patriotikkah aku bila lagu Negaraku dimainkan dan aku berdiri tegak.
Sempurnakah aku pada negara bila tiap 31 Ogos aku berbaris di Dataran
mengibar bendera,taat setia pada Negara.
Sebagai kawan,sempurnakah aku
dalam menjalin silaturrahim,berbual mesra,
bergurau senda,menyayangi,tegur menyapa.
Sempurnakah aku andai pernah tergelumang salah faham,
khilaf kata,perbuatan..andai ada sangsi.
Bila aku dalam keluarga..sempurnakah aku
sebagai seorang
anak perempuan,
cucu perempuan,
anak saudara perempuan,
sepupu perempuan,
kakak,
adik perempuan
dan
saudara perempuan.

Bila diri menyayangi dan disayangi,
mengasihi dan dikasihi,memahami,sempurnakah aku?
Jika aku menikmati matahari pagi yang penuh vitamin D,E,
makan sayuran,buahan,minum air yang bersih,berpijak pada tanah yang lapang,
sempurnakah aku pada alam?

dan
bila aku sebagai hamba_NYA,
tidak pernah aku sebagai makhlukNYA menjadi sempurna,
kerana aku penuh dosa,
kerana aku banyak silap,
kerana aku bukan yang warak,
kerana aku bukan tahfiz,kerana aku bukan yang terpilih..
kerana aku makhlukMU yang bergelar MANUSIA,al-INSAN,an-NAS.
Kerana aku sesungguhnya manusia yang tak pernah sempurna.

Namun,kerana tidak sempurna inilah KAU berada di sisiku,
memberi segala yang perlu,
memberi nikmat yang tak ternilai,
memaafkan para pendosa.
Ya ALLAH,kebesaranMU tiada tandingan,
Engkau Satu tanpa sekutu.
Semua nikmat Engkau curahkan
biarpun aku sebagai manusia sentiasa LALAI.
Aku syukuri nikmat IBU yang pernah Kau berikan Ya Allah,
nikmat terbesar pernah ku miliki.
Biarpun nikmat ini telah Kau ambil,
namun Kau berikan lebih dari apa yang pernah ku bayangkan.
Terima Kasih takkan pernah cukup andai
ibadahku tiap saat.

Subhanallah
Allhuakbar
Lailahaillallah

Sodakollahul azim

0 comments:

Labels

Archive