Assalamualaikum and selamat sejahtera...

First of all,saya mengucapkan tahniah kepada semua pengantin yang
telah selamat di ijabkabulkan pada tarikh 10/10/2010.
Perkenalan yang bermula dengan persahabatan,secara tidak langsung telah mengikat
diri mereka ke arah pembinaan masjid..


Jalan berpasangan atas titian
Jalan seiring berdua-dua 
Sama cantik sama padan
bagai pinang dibelah dua

Atas jerami buat lipatan
Buat lipatan dengan cik Hawa 
Semoga kekal tali ikatan
Biar sampai ke hujung nyawa



mari kita terjah pasangan yang telah mengambil berkat tarikh
ini 10/10/2010..

Wedding of the year
Sheikh Muszaphar & Dr Harlina
PUTRAJAYA: Dengan sekali lafaz, Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor sah bergelar suami kepada Dr Halina Mohd Yunos dalam satu majlis yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, Ahad.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Mohd Yunos Mohd Ali dengan bersaksikan Ketua Pendaftar Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali kira-kira kira-kira pada pukul 11.45 pagi dengan dihadapan, keluarga dan sahabat-handai kedua-dua mempelai.

Pasangan yang bertunang pada 1 Januari lalu menzahirkan rasa syukur kerana majlis itu berjalan dengan lancar.










Aktor,musician Aqasha (28) juga telah mengambil berkat tarikh 10/10/2010
sebagai tarikh untuk menyunting tunangannya,Baizura (27) sebagai pelengkap diri.
Perkenalan mereka yang bermula sebagai kawan 10 tahun lalu akhirnya membawa ke jinjang pelamin.
Dengan mengikat tali pertunangan pada Jun 2010 bersama Baizura,
yang bekerja sebagai editor di ASTRO,
akhirnya mereka melangkah ke alam perkahwinan.

Aqasha dengan sah bergelar suami kepada Noor Baizura Mohd Sabri, 
dengan sekali lafaz di Lake Fields,Kuala Lumpur. 
Antara yang hadir memeriahkan majlis Emelda Rosmila, Adlin Aman Ramlie, 
Tony Eusoff, Jehan Miskin dan Khir Rahman.

Majlis resepsi pihak lelaki dijangka akan berlangsung pada 25 Disember ini di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks dan Kebudayaan Shah Alam.

kad undangan perkahwinan




ehsan dari gambar pertunangan..

Berikut ialah gambar2 di sekitar perkahwinan mereka



ala-ala perkahwinan diraja dengan baju bertemakan kuning..
sama cantik sama padan.

Pasangan ini dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Pauzi Ilias dengan berwalikan bapa pengantin perempuan, Mohd Sabri Awang pada pukul 3.25 petang, Ahad.

Pengantin perempuan menerima mas kahwin RM80, wang hantaran RM20,000 dan seutas rantai emas putih.

Majlis pernikahan tersebut berkonsepkan dalam taman yang direka oleh Butik Pengantin Tepak Sirih.


Saya juga mengucapkan Selamat Pengantin Baru dan Selamat Berbahagia
kepada semua yang telah mendirikan masjid pada hari tersebut..
Semoga kebahagiaan kekal abadi selamanya..


8 comments:

Cik Azz said...

Selamat pengantin baru utk dorang semua... Moga bahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat...

**Janganlah ada yang mencari kekurangan majlis2 tu... Tak baik ngumpat2 ni... kannnn... huhuhu...

The Official Miss CHEKLEEN said...

betul tu kak...yang penting masjid dah didirikan,sunnah nabi dah dilaksanakan..kita sama2 doakan kebahagiaan mereka...kan kak

amie said...

heeeee

The Official Miss CHEKLEEN said...

heeee cap...
pesal ko sengih manjang neh???
nak kawen eh?ekeke..
kang ko kawen sila bagi cincin belah pokok sena,sal ko muda dr aku.. ;)

CIK TOM said...

tahniah kpd kedua2 psgn pengantin..semoga berkekalan bahagia...

The Official Miss CHEKLEEN said...

aminnnn....

fiezah91 said...

semoga perkahwinan diaorg kekal

The Official Miss CHEKLEEN said...

aminnnnnn.....
kekal ke akhir hayatlah hendaknya.

Labels

Archive