BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Followers

Sunday, December 25, 2011

Fuhhhhhhhhhhhhhhh!!!!

Assalamualaikummmm....

Fuh, lama betul aku tak update entry kan.. Sekarang aku tak ada laptop pun nak mengupdate entry bagai. Kadang-kadang bila aku bukak blog aku, aiseh rindu nak update, nak blog walking dan sebagainya. Tapi apakan daya..huhu..

Sekarang aku tengah melayan korea, paling famous skang opkos la Running Man. Mesti ramai yang suka tengok kan. Running Man jang!! Karakter yang wajib ada dalam tu opkos Yoo Jae Suk, Commander Kim Jong Kook, Framer Gwang Soo, Ace Ji Hyo, Ace Monday Couple Kang Gary, Haroro, Suk Jin. Paling last aku tengok dorang buat kat Hong Kong dengan Min Jung dan Yong Hwa. Aku expect nak tengok Daesung lagi, atau CL 2NE1 ke join.


Dan festaim aku melayan WGM (We Got Married). Aku tengok Lee Teuk Dan Sora, huhu. Best plak aku tengok.Erm, kalo drama ke movie ntah la jugak, banyak gak aku tengok. Jepun pun aku tengok, tapi hari tu aku tengok Sector 7, Ha Ji Won blakon. Okay gak la, action genre kan. Dah nak macam Resident Evil dah, tu pasal aku layan kot, hoho.

Okayla, see you next time.

Sunday, July 24, 2011

Gambar Samir Nasri Arsenal

Aku tengok blog makcik jamban jap tadi, poyo je dia wat Torres jadi Torressiah... Tapi aku takdela angan-angan nak ikut jejak langkah dia, cuma aku nak up gambar Samir Nasri yang hensem... 


Samir Nasri 
haiii, saya Samir Nasri..lihatlah senyumanku yang mengancam ini

  mana chekleen ni? Kata nak datang support aku... (menunggu dengan muka merajuk)..

SHOUTMIX..nape kau?

Masalah pulak dengan shoutmix aku neh..tahla, nape dia tetiba takleh bukak blog orang lain.Ke memang korang letak link lain..sudah-sudah la wat keje spam..kadang ase malas nak bw kes ada yang macam tu la. Aku punya la semangat nak gi balas bw, tengok2 link tahpape..skang pula shoutmix blog aku cam salu error nak masuk blog orang lain. Sejak aku guna lappy kakak aku ni, memang aku tak bw la, lain la kalo aku guna lappy aku, papehal aku tahu la nak ejas cemane.So. aku curi-curi update la post aku ni, sebab aku rasa stakat update blog takde hal. Kayla, take care all.

The Speech from My Heart

Assalamualaikum wbt.

Lots of saying....

First of all, Selamat Pengantin Baru Fedtri dan Shuhada (personaliti TV3) kerana telah mendirikan masjid. Dan Shuhada nampak sangat cantik dengan tudung yang dikenakan. Dah nampak macam Fazura je, well I am Faz fans.

Secondly, BERSIH..perhimpunan haram yang dikatakan mengganggu keamanan masyarakat. Aku taknak ulas secara detail pasal aku pun tak tahu motif semua pihak.. I'm pure and innocent..honestly said. http://www.emocutez.com Tapi, melalui tindakan yang aku rasa sangat tidak bertamadun, BERSIH telah membuatkan aku berfikir, inikah Melayu masa kini? Setiap kali krisis Melayu terjadi, spontan dalam kepala aku yang aku anggap cool dan cerdik mengarang ni http://www.emocutez.com terngiang-ngiang ayat keramat Hang Tuah...TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA. Entah kenapa, memang ayat tu aku sentiasa pegang. Memang aku tak sanggup Melayu hilang, dan yang paling aku tak sanggup, maksud Melayu itu hilang.. Kajilah sendiri ayat aku, apakah Melayu. 

Thirdly, aku berbangga dengan sukan Malaysia. Badminton yang sentiasa gah di dunia, skuasy, hoki dan sekarang bolasepak. Boleh aku katakan sokongan padu semua pihak menjadikan kita yang terbaik di rantau ini.

Fourth, kes pembuangan bayi yang tak pernah selesai. Aku tak pasti bila kes pembuangan bayi akan di tutup. Jujur la, memang jujur sangat aku nak minta, sila jangan tambahkan dosa dengan membuang bayi. Apa salah bayi yang tak berdosa tu pada korang, dan-dan dia lahir dari perut korang, darah daging korang.. Fikirlah sikit kalau mak korang yang buat macam tu kat korang.. Tapi tak, kan? Kalau dia buang korang, korang tak sempat hidup sampai akil baligh, sampai boleh mengandung... Aku perlu cakap sikit-sikit je, aku ni kalau bercakap pasal kes pembuangan bayi memang banyak je aku nak tulis..stop.

Fifth....adakah anda Islam? Agak harsh sikit yang ni. Tapi aku tak ada niat lain, cuma sebagai saudara sesama Islam aku cuma nak menjalankan satu tanggungjawab aku sebagai seorang Islam, iaitu berdakwah. Mana tahu sapa-sapa yang baca post ni terbuka hati dengan ayat aku. Walaupun aku tahu, aku memang langsung tidak layak, tapi salah satu tuntutan Allah, menyampaikan dakwah sesama kita. Rasulullah sendiri bersabda, sampaikanlah ajaranku walau hanya satu ayat. Aku juga sedang belajar menjadi muslimah sejati..insyaAllah..amin. Baiklah, bertudung... Paling famous ayat bila ditanya kenapa tidak bertudung - "saya masih belum bersedia." Kenapa harus bersedia apabila bertudung itu wajib? Adakah bila sembahyang kita harus bersedia baru boleh sembahyang? Sembahyang itu wajib, dan umat Islam wajib melakukannya. Apabila sesorang tidak sembahyang, fikiran orang automatik berkata...eiii teruknya, tak solat..mesti minum arak, mesti masuk disko..blablabla..walaupun sebenarnya tidak. Wajib sembahyang, semua orang Islam sembahyang sebab SEMUA MUSLIM SEMBAHYANG..  Kenapa tidak menutup aurat, kenapa tidak bertudung sedangkan ia wajib? Sebab, ada yang bertudung dan ada yang tidak.. Jika semua muslimah di dunia bertudung, tak mungkin ada seorang yang tidak.. Jika semua muslims di dunia menutup aurat, takkan ada seorang yag tidak menutup aurat. Sekali-sekali, dengarlah ceramah agama, sekali-sekala lihatlah terjemahan al-Quran, sekali-sekala muhasabah lah diri.. Enjoy? Aku sendiri mahu enjoy di dunia dan aku lakukan. Tapi muhasah diri, mengenal diri, mengenal Allah. Ingatlah tujuan kita di dunia. Setiap hari syaitan tidak pernah sedikit pun terleka. Aku sendiri manusia, dasarnya lemah, khilafnya banyak. Setiap hari dosa di himpun, khilaf terjadi... Selagi aku yakin aku hamba Allah dan aku Islam, aku hanya mampu meminta agar di jaga imanku, di tetapkan akidahku. Setiap cubaan, dugaan yang melanda, yang aku yakini adalah kepercayaan Allah terhadapku. Ayatku adalah muhasabah diriku, andai ada yang menganggap aku hipokrit, talk no action atau apa sahaja, aku susun sejuta kemaafan. Aku tekankan, ayatku adalah muhasabah diriku. Andai ada yang membaca dan tersentuh, ingin berubah, syukurku hanya kepada Allah.. dan pintaku, doakanlah agar kita semua mampu berada di syurgaNya.

Last but no least, doakan aku berjaya di dunia dan akhirat... Jazakallah khairan 

Malaysia Melawan Singapura

23 Julai 2011  7.00p.m

Bagi semua rakyat Malaysia, tarikh di atas (semalam) merupakan satu tarikh yang di tunggu-tunggu oleh semua terutama bagi peminat sukan bolasepak. Desas-desus, berita-berita tempatan, malahan majalah dan sisipan akhbar sentiasa menampilkan berita tentang kehebatan pasukan bolasepak Malaysia yang semakin hari semakin menempa kejayaan. Pasukan Harimau Malaya pimpinan K.Rajagopal sentiasa mengasah taring dan sedaya upaya mengaum bagi menakutkan pasukan lawan. Sempena tarikh 23 Julai 2011 (semalam), pasukan Malaysia sedaya upaya berlatih bagi memantapkan kemampuan masing-masing bagi menentang Singapura. Langkah yang paling berharga yang boleh dikatakan hadiah kepada pasukan Harimau Malaya ialah dapat melakukan perlawanan persahabatan dengan Arsenal, Liverpool dan Chelsea. Kelab-kelab bolasepak EPL ini adalah antara yang mempunyai pemain-pemain yang berharga seperti Van Persie, Samir Nasri, Walcott (Arsenal), Cole, Wilson, Robinson (Liverpool), Ashley Cole, Nicholas (Chelsea) mampu dijadikan sebagai satu pelajaran berharga bagi pasukan negara kita. Melalui pengamatan chekleen, pasukan negara kita telah meningkat dari segi potensi, skill, kemampuan mengawal bola, pertahanan dan cara serangan yang semakin tersusun dan sistematik. Memandangkan bantuan perlawanan persahabatan bersama kelab-kelab EPL ini, sejujurnya Harimau Malaya mempunyai kelebihan bagi menandingi pasukan Singapura. Namun, berbekalkan semangat dan kewibawaan yang tinggi, bersama harapan yang menggunung, Harimau Malaya hanya mampu menendang 3 gol melalui sepakan Safee Sali dan Hadi Yahya. Pada minit ke-2, sepakan pantas daripada Safee Sali telah menggemparkan stadium dengan sorakan daripada penyokong setia Harimau Malaya. Namun, dalam first half game Malaysia kelihatan kurang menyerang. Sesuatu yang amat menyakitkan hati apabila melihat defense seolah-olah tidak cukup latihan dalam memantapkan pertahanan Malaysia. Dalam 45minit pertama, demi membalas 1gol dari Safee Sali pemain-pemain Singapura mengasak pertahanan Malaysia dan menghasilkan 3 gol melalui Alexander Duric, Qiu Li dan Mustafic Fahrudin (minit ke 7, 21, 43). Ketegangan agak terasa di pihak penyokong dan pemain Malaysia. Dalam 45 minit kedua, K.Rajagopal telah menurunkan Hadi Yahya dan Izaaq bagi memantapkan lagi serangan. Well, I really hope Hadi Yahya dikeluarkan first half tadi. Who knows 5 gol dia dapat. Kemunculan Hadi secara tidak langsung menyemarakkan lagi perlawanan apabila Hadi berjaya menjaringkan 1 gol di susuli satu gol dari Safee Sali (minit 68 dan 69). Tindakan pantas dari kedua-dua penyerang Malaysia menyebabkan penjaga gol Singapura tergamam. Namun, seperti biasa Singapura sedaya-upaya membalas serangan Malaysia dan pemain Singapura Syi Jiayi meruntuhkan pertahanan Malaysia yang dijaga Sharbinee dengan tendangan gol pada minit ke 68. 

Dalam pandangan chekleen sendiri, pemain seolah-olah tidak mempunyai chemistry yang kuat antara satu sama lain (bukan semua). Sepatutnya, mereka mampu membaca pergerakan antara satu sama lain demi melakukan follow up terhadap tendangan dari rakan yang lain. Of course, I am not a football player, but I just want to release my opinion. Malahan bagi chekleen, penguasaan bola bagi Malaysia agak kurang. Well not all, bukan semua mempunyai masalah yang sama...tapi seperti yang dikatakan tadi, setiap player harus tahu membaca pergerakan bola. Kesalahan biasa yang dilakukan oleh player adalah selalu terlepas bola, tendangan terlalu laju, tendang tanpa ada follow up, teragak-agak di depan pintu gol (review statement bukan hanya review tadi), dan most of all.....DEFENSE!Sharbinee dia harus lebih mantap. It is not that dia tidak mampu menjadi penjaga gol, he is good, cuma dalam kepantasan menganalisis pergerakan bola terutama penalti. Well memang orang akan argue statement aku, giler kau chekleen, penalti tu..cemane nak save.. Kita sebagai pasukan yang bergerak ke hadapan jangan compare dengan yang biasa. We challenge everything to have this phenomena again (kebangkitan bolasepak), so just keep it up. Defense Malaysia memang mantap bagi chekleen, tapi sometimes hancur. Dalam perlawanan menentang Singapura tadi, aku mengaku sangat..sangat sangat...ya defense hancur. Kita bernasib baik kerana attack kita bagus...very good! Dalam perlawanan timbal balik nanti, aku harap kita akan lebih bersedia dan mantap dari segenap segi. Sekarang bukan lagi masa latihan, tetapi perlawanan sebenar. You choose to be a football player, then show us you strength.

Dan, aku tahu halangan yang paling dahsyat adalah padang tiruan Singapura yang ala-ala main futsal. Memang halangan terbesar kita kerana bola agak laju.

But...truth is...honestly said...AKU BANGGA MENJADI RAKYAT MALAYSIA, dan AKU UCAPKAN TAHNIAH KEPADA PASUKAN BOLASEPAK MALAYSIA YANG BERHEMPAS PULAS BERMAIN MENENTANG SINGAPURA, TAIWAN... Majulah Sukan Malaysia di persada dunia... 

Result :

Singapura(5) vs Malaysia(3)
Stadium Jalan Besar, Singapore
23/7/2011(Saturday) time: 7:30 malam
 
Keputusan tamat perlawanan
Penjaring - Safee Sali(min.1 & 69)
Aleksandar Duric(min.7 & 80)
Qiu Li(min.21)
Mustafic Fahrudin(min.43)
Syi Jiayi(min.45)
Abdul Hadi Yahya(min.68)

- Safiq Rahim dilayangkan kad merah minit ke-51.
- Pemain Singapura Ismail Yunus juga dilayangkan kad merah kerana menerima kad kuning kedua.
- Perlawanan berakhir dengan keputusan Singapura mengalahkan Malaysia jaringan 5-3.
 

Next match (timbal balik):
Malaysia vs Singapura 
Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur
28/7/2011(Thursday) time: 8:45 malam 

Friday, June 17, 2011

KOREAN DRAMA MARRY ME MARRY DI 8TV SALURAN 708

Sejak akhir-akhir ini pengaruh korea semakin menular dalam kalangan penduduk Malaysia. Tidak kiralah K-Pop, K-Drama, K-Movie, semua genre telah mula mendapat tempat di hati penduduk Malaysia. Beberapa tahun dahulu, demam korea telah menyerang Malaysia dengan kemunculan cerita Winter Sonata dan Autumn In My Heart yang telah meruntun hati penonton. Kini, demam korea telah melanda semula Malaysia dengan kemunculan K-Pop. Namun K-Drama masih lagi mendapat tempat di dalam hati sebilangan penduduk Malaysia. Rentetan itu, saluran 8TV telah memberi kesempatan kepada peminat K-Drama untuk menonton siri drama korea yang telah menjadi pilihan peminat filem korea itu sendiri. Drama Marry Me Marry atau Maerineun Uibakjoong akan memenuhi slot di dalam saluran 708 (8TV) pada pukul 6.30. Episod pertama drama ini akan bermula pada 18 Jun ini (esok). Drama Marry Me Marry ini di bintangi oleh Jang Geun Suk (Kang Moo Kyul), Moon Geun Young (Wi Mae Ri), Kim Jae Wook (Director Jung In), Kim Hyo Jin (Seo Joon). 



Tajuk: Marry Me Marry
Channel: 8TV (708)
Masa: 6.30 petang
Tarikh Mula: 18 Jun 2011


Wi Mae Ri merupakan seorang gadis yang bermotivasi, mampu mengawal situasi, periang dan naif dalam percintaan. Dia mempunyai seorang ayah (Wi Dae Han) yang merupakan seorang usahawan yang di belenggu hutang. Maeri merupakan seorang gadis yang berdikari dan merupakan seorang pelajar Sastera Korea yang sedang bercuti. Pada suatu hari Maeri telah mendapat panggilan telefon daripada seorang kawannya, So Ra untuk membawanya dan Ji Hye bersiar-siar. Dia akhirnya membawa mereka ke Hong Dae dan tanpa di sedari dia telah terlanggar seorang lelaki yang merupakan penyanyi jalanan di Hong Dae iaitu Kang Moo Kyul. Maeri telah mengekori Kang Moo Kyul kerana ingin memastikan Mookyul tidak mengalami sebarang kecederaan akibat perlanggaran tadi. Pada suatu hari, ketika Dae Han sedang melawat kubur isterinya, dia telah di ganggu oleh pemiutang. Nasibnya baik kerana dia telah di selamatkan oleh kawan lamanya, Jung Suk, seorang jutawan Jepun yang baru pulang ke Korea. Dalam perjumpaan itu, Jung Suk telah menyatakan hasrat untuk mengahwinkan anaknya, Jung In dengan Wi Mae Ri dan Dae Han telah bersetuju dengan permintaan itu kerana dia mempercayai Jung Suk. Apabila Maeri mendapat tahu tentang rancangan perkahwinan itu, dia merasa marah dan mula memikirkan cara untuk melepaskan diri dari situasi itu. Dia telah melarikan diri dari rumah, dan dalam perjalanannya untuk melarikan diri, dia harus berjumpa dengan Mookyul bagi memulangkan barangannya. Akhirnya, setelah berpakat dengan kawan-kawannya, Maeri telah meminta bantuan Mookyul untuk mengambil sebuah gambar perkahwinan yang palsu. Bagaimanakah kisah yang seterusnya? Adakah ayah Wi Maeri akur dengan keputusan anak perempuannya? Adakah Kang Mookyul sanggup membantu Maeri dalam rancangan perkahwinan palsu? Apakah pula pandangan Jung In mengenai perkahwinan ini? Saksikan drama ini untuk mengetahui kisah selanjutnya.





Friday, May 27, 2011

MAY - THE MONTH OF THE YEAR

Assalamualaikum dunia....

Beberapa bulan berlalu, blog ni pun aku kadang buka kadang tak. Tapi tak bermakna aku dah melupakan dunia blogging, mungkin kerana hidup aku makin serasi dengan keadaan dan aku mula menerima hidup dengan keadaan yang lebih bermakna, maka aku kurang menumpukan penulisan ke atas blog. Dalam bulan May ni pun, banyak keraian dan memori yang berlaku, dan aku terlalu sibuk menggembirakan diri dengan suasana. Namun bukan semua keraian yang terjadi dalam bulan May..dalam bulan May juga aku merasa sedih dan keseorangan dan aku tahu semua mengetahuinya kenapa aku rasa begitu. Tapi, life must go on..oh, pada bulan May juga kakak sulungku dilahirkan. Dia begitu gembira dengan bulan kelahirannya kerana sama dengan ibuku. Pada bulan May juga kaka sepupuku telah melangsungkan perkahwinannya dengan pilihan hatinya. Persandingannya begitu meriah dan gah. Melihatkan kepada perkahwinan sulung yang terjadi antara kami sepupu-sepupu, hati aku begitu teruja dan gembira, entah kenapa. Akhirnya sebuah perkahwinan berlangsung dalam kalangan kami, dan semestinya kami semua meraikan kegembiraannya itu. Bangga aku memberitahu bahawa wedding planner mereka adalah Pak Abu!! Memang kehebatan sangat terserlah dalam setiap design yang dilakukan, aku kagum.

Dan berkat bulan May juga aku mula merasakan perubahan dalam diri aku. Aku menerima segalanya dengan tenang, memberi ruang pada diri untuk bernafas dan menjadi lebih optimis. Aku harus kuat dan berdikari, dan aku tahu selagi aku tidak mencuba selagi itu aku tidak akan tahu keputusannya. Dan akhirnya aku rasakan aku makin kuat.... Terdapat satu ayat yang memberi kekuatan kepadaku (You'll never know how STRONG you are untill BE STRONG is the only choice you have left). Nyata aku tidak keseorangan menempuh hidup, sejujurnya aku sendiri yang telah mengasingkan diri sebelum ini. Kini aku perlu bangkit mencari ruang yang telah aku tinggalkan. Kini aku kembali  bersama matahari....

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru 2011 GURU PENJANA TRANSFORMASI NEGARA

HAPPY TEACHER's DAY!!!!!!!!!!!!!!!

Saturday, May 14, 2011

PENYESALAN (sayangi ibu anda)


“Alamak,hari ni aku ada race lah dekat Bukit Bintang”. Monolog hati Hazim sambil menjeling wrist watchnya. “Ala, baru 3.20..sempat lagi ni”. bisiknya. Hazim terus call kawannya Aiman. “Man, jom gi Bukit Bintang, race. Nak? Meh la company aku, meh”. “Hurmm..Aiman tak kesah, jam berapa?” “Erm, aku ada satu je jam, kau satu, hah dua jam.” Hazim berlawak. “Weh, aku tanya pukul berape nak race?” tanya Aiman serius. “Alololo, janganlah marah, aku gurau je la. Dalam pukul 4. Jacky, Fezz, dan Joe ada gak”. Hazim memberitahu.

Kedua-duanya munyusur jalan  ke Bukit Bintang. Dua malam lepas Hazim atau gelarannya Impax telah menang dalam perlumbaan yang diadakan itu. Kerana kehebatannya itu, dia telah menjadi obsess dengan perlumbaan motor. Sampai di sana Fezz datang memberi maklumat bahawa mereka terpaksa membatalkan perlumbaan itu atas hal-hal tertentu. Perlumbaan itu akan ditukar pada malam itu.

“Im, petang nanti temankan mak ye. Malam ni mak nak masak lauk kegemaran korang. Lela pun katanya nak datang nanti.” Dia menolak memikirkan yang malam itu dia ada perlumbaan. “Mak..Im takleh pegi la. Im ada keje nak buat malam ni. “Kau nak racing lagi ye Im?! Mak dah kata, jangan. Kalau jadi pape nanti??!! Nyawa bukan boleh beli nak oi”. bebel emaknya. Ala, mak..janganlah kuno sangat, takkan ada pape la. Selama ni tak pernah jadi pape kat Im kan? Don’t worry la mak, eh?”.

Malam itu dia telah bersedia, sampai di sana dia di sambut oleh kawan-kawannya yang telah lama berada di situ. Telefon berdering. Sudah 4 kali emaknya menelefon. Dia membiarkan saja. Handphonenya  berbunyi lagi. Tertera perkataan “1 message received” di dalam  handphonenya, mesej dari emaknya meminta dibelikan ubat. “Ala, balik nanti aku singgah la beli” fikirnya. Dia mula join rakan-rakannya dan race dimulakan. Seperti biasa, dia menggunakan segala kepakaran untuk memenangi perlumbaan itu, dia terus-terusan berada di depan..dan akhirnya seperti biasa dia berjaya menjadi juara sekali lagi.

Tatkala dia melihat telefon bimbitnya, terdapat 5 misscall dari Aspalela. Dia membiarkannya kerana baginya mungkin Aspalela sengaja menelefonnya. Tiba-tiba,Aspalela menelefonnya sekali lagi. “Hah,ada apa Lela?” tanya Naim... “Mak..mak”. Aspalela tidak dapat meneruskan ayatnya dan serentak dengan itu kedengaran tangisannya. Hazim berasa tidak senang hati, dalam keadaan marah dia terus bertanya. “Wei, Lela, bagitau la .Kenapa ngan mak??!!” “Mak eksiden!!” raung Lela. 

Sepantas kilat Naim membonceng motornya menuju ke hospital.

“Makkk!!!” raungnya sekuat hati seolah meracau. Beberapa orang jururawat datang dan cuba menenangkannya. Aspalela datang mendapatkannya. “Lela, macam mana dengan mak?!” “Mak di masukkan dalam bilik pembedahan. Lela dah sain dokumen pembedahan. Abang duduk lah berehat ye?” Lela memimpin tangan abangya. Hazim hanya mengikut gerak langkah adiknya seperti orang bodoh.

Tidak lama kemudian, seorang lelaki berjubah putih keluar dari bilik pembedahan. Sepantas kilat Hazim menerpa ke arahnya. “Bagaimana dengan keadaan mak saya doktor?” tanya Hazim. Orang itu menggelengkan kepala dan berkata. “Saya bukan doktor, doktor masih berada di dalam. Saya hanya keluarkan jubah dia je...maaf ye encik. “Caitt, cilakak punya orang. Mati-mati aku ingatkan doktor tadi”. monolog Hazim penuh kemarahan.  Aspalela hanya mengeluh,menyampah.

3 jam mereka menunggu dan akhirnya keluar seorang perempuan muda  sambil menggelengkan kepala. Agak kurang senang mereka melihat situasi itu, lebih-lebih lagi rasa tertipu masih menebal   dalam diri mereka. “Cik Aspalela”. Aspalela bangun dan merenungnya mencari butir-butir perkataan yang akan diperdengarkan oleh perempuan muda itu. “Cik Aspalela..saya doktor yang membedah Puan Maimun. Maafkan saya, pembedahan itu tidak berjaya. Puan Maimun telah pergi meninggalkan kita. Punca kematian kehilangan darah yang banyak semasa kemalangan dan yang paling terbaru kami dapat tahu ada ketumbuhan dalam kepala Puan Maimun”. Saat itu Hazim hanya mampu menangis di samping raungan adiknya. Doktor juga memberitahu orang yang menghantarnya mengatakan emaknyanya dilanggar oleh motor yang di percayai sedang mengadakan lumba haram ketika ibunya sedang melintas jalan untuk ke farmasi. Perasaan menyesal menerpa diri. Saat itu dia teringat kembali permintaan maknya supaya membeli ubat untuknya dan kenapa emaknya selalu makan ubat, menasihatinya menghargai nyawa. 

Titis air mata membasahi pipinya. “Mak maafkan Im mak”. monolog Naim penuh penyesalan.

HARGAI NYAWA ANDA DAN HARGAI KESAYANGAN ANDA

Wednesday, May 11, 2011

KELANTAN MELAWAN NEGERI 9

Assalamualaikum....

Sengal gak terasa hati aku semenjak dua menjak ni. Dah la semalam dua post aku tulis (tapi guna hp) aku update, takde satu pun ayat keluar. Dahla panjang giler pulak tu aku tulis. Dah, tak nak membebel sengal dah. Semalam sah-sah aku tengok bola Kelantan lawan N9. Lama giler dah aku tak ulas pasal bola kan. Aku tengok game semalam permainan (pemain) okay, ada effort la. Tapi aku memang semetot gler ase bila pengadil cam takleh blah je. Terasa cissss betul la. Selamba je bagi kad kuning kat pemain Kelantan kalau ada terkemalangan sket, tapi aku tengok kalo pemain Kelantan yang kena, selamba je permainan di teruskan. Yang paling bangang sekali kes penjaga gol N9 luku pale Subra..hohhhhh....apasal takde kad merah..jelas lagi tersuluh, dah izhar halqi tu..memang nampak gilerrr. Aku dah bengang sangat, lepas tu gol yang sepatutnya gol, boleh secara selamba badaknya dia cakap offside....hahahahahahaha..sengal weh.Patut dah dua gol untuk Kelantan, aku pun tak tahu la pe masalah dorang.Cemana lah leh jadi pengadil kalo tak amanah. Amanah ni lebih berat kalo nak di kira beratnya bumi, berat lagi amanah. Tapi amanah la orang paling amek ringan..hermmmm...Aku memang serius terasa sakit hati dengan keputusan semalam..BIASSSSSS dan BERAT SEBELAH..cesss.....dapat seri pun dengan keputusan kesian, hadeh lawak giler aku..Kalo aku memang malu giler la, dah la kunun pasukan hebat, ada pemain kebangsaan, tapi boleh seri dengan Kelantan pasal keputusan bangang..Dah la chekleen weh, saket hati pulak aku ni, panas giler ase telinga neh..sudah..babai..wassalam

Thursday, May 5, 2011

C6-00 dalam tangan

Salam pagi..

Hermm...senin lepas aku sempat kuar tengok henpon aku memang ingat nak beli baru since henpon lama aku dah rosak teruk...Aku tengok-tengok lam tenet banyak gak pilihan, dulu ada la rasa nak beli Blackberry, kan aku penah ngigau nak BB Torch..ehehe, pastu aku skod lam tenet, aku teringat yang NOKIA latest, E7 iklan lam televisyen tu. Memang hebat giler la aku ase. So aku dah angan-angan la, mebi aku sambar yang tu kot.

  
Tapi bila aku tengok rege cam mengancam giler la pulak, so aku survey lagi.Yang latest dan agak memenuhi kehendak aku pun muncul juga.Kira berbaloi la aku ase sebab aku suka design NOKIA ni then aku memang puas hati.Dari dulu lagi semua henpon aku jenama NOKIA. Ni la ghope henpon pembelianku.
So, duit habeh la kaedahnya..huhu, takpela janji puas hati..
Okay sekian..
(aku suka sebab skrin besar nak tgk mv, kalo BB kecik dowh..huhu)

Sunday, May 1, 2011

Happy Birthday MAY 2011

Assalamualaikum.....

Hye semua, sehat? dah makan? dah main beskal? dah minum neskepe? dah basuh muka? dah siap wat keje? Korang, sekarang kan dah 1 May okeh, huhu... Happy Besdai May 2011. http://www.emocutez.com Pejam celik rupanya dah bulan 5, ase cam cepat sangat plak masa ni berjalan. Bulan 5 gak birthday mak aku, I mean arwah mak aku, birthday akak aku pun bulan ni gak, cezen aku nak kawen pun bulan ni gak. Banyak betul kejadian untuk bulan ni. Aku just doakan segalanya yang terbaik untuk setiap bulan yang bakal menjelma nanti. Sebenarnya aku tengah menaip menggunakan lappy adik aku, lappy aku selamat dah rosak, bangang betul. Kejadiannya berlaku bila aku tengah nak update lappy aku ke window vista pack version 2.Tengah dia nak instal tetiba tershut down, pastu bila aku restart balik dah takleh nak bukak dah,uhuhu.. http://www.emocutez.com sadis weh. So aku pun tak tahu bila plak nak dapat lappy baru ni. Sekarang aku nak beli hp baru dulu la, maybe hujung tahun sambar lappy plak, orait tak..ehehe.. http://www.emocutez.com Okeh la, update blog sikit-sikit je, panjang-panjang kan tak beh lak..tata, sekian.

http://www.emocutez.com

Sunday, April 24, 2011

Koranggggggggggggg!!!!!!!

Hye sangat-sangat kat korang....

Entry ni aku nak tulis sangat pasal aku rasa teruja tengok pengunjung yang sudi masuk ke blog ni sepanjang aku takde. Nak letak link nama sorang2 susah la plak, kang ada yang tak tertulis naya je..huhu.Serius la, kadang rasa teruk sangat life aku kadang tu.Tah hape yang jadi aku pun tak taw.Nak kata boring.....ada lappy, leh gak layan cite korean, jepun, omputes.Blog aku ni cam dah takde hape kadang tu, banyak mengarut je (dah nama blog sengal chekleen)..Kalu pasal review bola ke, retis ke aku tulis kat blog satu lagi, sebab kat situ aku cadang nak tulis lam english je..quote:practice makes perfect, so aku kena practice la tulis lam english, kang berkarat.Lgipun, kat sini aku anggap personal life and opinion la, untuk kawan-kawan.Buat simple je entry..Kang ngantuk plak korang (agaknya baca kau merapu tak ngantuk ke..prasaan tol)..Okay stop, aku rasa nak makan burger KFC ni, tadi lepas maghrib beli.Sempat la pekena chicken chop, cess, menjilat bibir betul.


tiba-tiba=Aku suka Jang Guen Suk sebab dia sebaya ngan aku, pastu dia hensem..boleh tak?ehehe 

My Hero

JANG GEUN(KUN) SUK

Friday, April 22, 2011

Ooooo soley soley

Lamanyaaaa tak update blog..sorry sangat. Aku kat kampung ni, so line tenet tak cukup voltan..eheh.kalo nak bukak blog banyak nak kena setel, so aku abaikan dulu.Tapi ada gak orang masuk, aiseh terharu ye. Aku pun tak tahu nak cakap apa lagi, sebenarnya satu apa pun aku belum setel lagi semuanya.haishhh. Herm, sekarang dah start AF9 yang dikatakan AF terakhir, aku ingat AF musim ke11 nak gak aku apply nanti, keh3..haprak kau chekleen. Aku tak tengok pun AF yang ni, ada sekali aku terbukak cenel Ria, pastu ada lak dak AF nyanyi..tak silap nama dia Erul, aku tgk dah nampak cam style korea dakneh..okay gak..huhu..pastu ada Miza, sore beh gak leh layan..Aku tengok ramai peserta laki yang sore leh layan, yang pompuan dah macam ala-ala Adira lak, sengal telinga aku dengar.Okeh, ML atau Maharaja Lawak.Kompem ramai tengok kan.Owh lupa, Tahniah untuk zizan pasal menang award. Okay, Maharaja Lawak ni best gak la bagi aku even pes week cam ada yg kurang. Dan aku sokong kata-kata Abg Mamat Khalid senonye, Dia cakap JOZAN wat lawak clisye, macam selalu je.So nak kata lawak memang la, just takde kelainan. Tapi second week aku memang gelak sakan tengok Sul ngan papanya..heheh.Kalo korang nak taw, tiap-tiap hari family aku dengar lagu soley-soley..hahaha..Siap wat ngan tangan lagi tu.Penangan kak limah memang hebat la, aku ni peminat kak limah no 1 okeh. Okay, macam contestant lain pun okay, Nabil, BALAS, Man, Jihan, kira favourite aku la. Then JAMBU pun aku rasa okay, kelako gak, dengar nama kumpulan pun aku leh rasa nak gelak..hadeh.So goodluck untuk korang semua, menang kalah bukan yang kitorang nak tengok, kitorang just nak tengok persembahan korang.Kenapa eh dia takleh wat takde penyingkiran.Last pertandingan nanti baru umum sape juara melalui persembahan sepanjang minggu.Macam tu lagi nampak best,Kira macam tiap minggu bagi sape yang no 1, 2 dan seterusnya. Pemenang akan dapat hadiah..hah, kan best. Bercakap pulak pasal mentor, aku suka Salma. Gila kau time episode pengenalan, meremang bulu rumes aku dengar dia nyanyi. Mana la kak Erra dapat Salma ni, wajah pun lebih kurang dia. Lawa, tapi ada inesen sikit.Tak nak cerita lebih-lebih dah, sakit tangan..tata. Muah korang. Thanks untuk semua yang masuk dan follow, skang aku lum dapat balas, mahap sangat..blog pun baru dapat update..sekian lagi.

Monday, March 14, 2011

Churp Churp

Hey, check this out. The gorgeous campaign from Churp Churp is on..klik them to see the joy!


Are you an epic die-hard fan of Fruit Ninja? Get your hands on the new iPhone4 with #DiGiiPhone4 today! All you have to do is to upgrade your line. Too cool to be true!!

Sharing is Caring

Sunday, March 13, 2011

MODERATORS @15 YANG KU KENAL V (MISS LARA SOUL D PERFUME)

Assalamualaikum korangggg...


Semoga semua sihat sentiasa ye.Okay, entry yang akan agak skema ye.Saya di sini mahu promote perfume yang di jual oleh cik Laara kita ni.Korang kalau chatters @15 tentu korang kenal Miss Lara atau Ambuk kan..hehe..ambukkkk..kakaka..Okay sudah, asyik nak buli mods je dak chekleen ni..mahap.Sebenarnya lama dah Miss Lara ni buat blog ni, dia jual perfume, I don't really know the detail whether dia buat ke, syarikat dia ke apa, just saya nak tolong promosikan perfume yang di jual di blognya.Kat bawah tu link dia.


Bagi sesiapa yang nak tengok gambar ke, harga dia ke, sila klik link tersebut.Nak ambil url gambar tak boleh plak, so korang just klik link nak tahu details ye.Dan ini just for serious buyer only, okay.Oh..lupa nak cakap kalau korang tempah banyak korang akan dapat diskaun..wuuuu...

Okay take care all

TAHUN 2011 Bersamaan TAHUN ARNAB

Assalamualaikum wbt...

Hurmmm, actually lama sangat dah aku nak buat entry pasal ni. Aku lahir tahun 1987 dan kalau ikut kalendar Cina aku lahir tahun arnab, ikut takwim hijrah aku tak tahu la pulak, mahap kan aku. Tahun 2011 ini aku anggap sebagai tahun aku, ye la tahun ni kan tahun 2011 dan juga adalah tahun arnab. Eventhough banyak lagi menda yang tak selesai dan banyak halangan masih ada, tapi aku still nak harap agar tahun ni aku mampu mencipta kejayaan. Bukanlah aku nak ikut fengshui ke hape, dosa maa, tapi aku just mengharapkan tahun ni aku mampu 
read more

Haip Haip Bertukar!!!!!

Hehe,

Kan ke aku dah cakap, aku bakal update entry secara marathon..tak cakap, hah, ni mesti lum baca entry lepas ni..klik sini kalau nak tahu kenapa..Haaa, kannn..So chekleen akan terus mengarang selagi ada menda nak di tulis ni.Okay, kali ni chekleen dah tukar layout sekali lagi, dan maybe header pun akan bertukar gak..Okay la, sebelum chekleen membiarkan lagi blog chekleen ni chekleen ada promotion secara ikhlas ni..Ada sesape nak minta chekleen buatkan header untuk dia or untuk ejaskan blog dia ke apa.Just bagi email kat facebook chekleen.Rasanya semua dah ada kan, kalau yang
read more

Saturday, March 12, 2011

Kecikkan

Hyep hyep hurrayy....

Nampak cam gembira, padahal tak pun..Bese-bese je, sengal jiwa sal blog ni sebenarnya..tadi aku jengah blog kak diana, kat dalam post terbaru dia ada cite pasal timbang blogpage kita. Aku g try la, halamak kau, aku test rupanya blog aku 196kb..berat la tu pasal kak diana cakap kalau dah lebih satus tu berat la..Aku pun apa lagi, godek-godek page aku, buang pape yang patut, pastu kecikkan kan nama-nama blog seme la, tapi aku load nampak cam kurang sket, aku test lagi..dah jadik 155kb dah..try lagik, buang lagi gadget  read more

Sesi merapu sebelum balik

Assalamualaikum...

http://www.emocutez.com
Hurmm, entahla la hape jadik ngan lappy aku ni..haishh..Bukan apa, asyik berkelip2 je, sakit mata plus sakit jiwa okeh..Dah puas aku duk ejas kepala lappy aku ke posisi yang baik, aku ase dah habis posisi dah aku buat. Kesian giler kan, dah la impian aku nak dapatkan Blackberry Torch 9800 dari contest Nuffnang tak dapat, pastu 
read more

CONTEST : JOM COVER MULUT

Hellooo...

Baru-baru ni aku ditag oleh cik deena. Tag ni agak berat la bagi aku, halamak, ish kena bergambar kauuuu.. Aku ni dah la jakun kalo nak bergambar, orang nak amek gambar pung aku lari taw..(siyes aku tipu).

Okay la, brief sikit pasal contest ni...
Pembuat contest tutup mulut : cik halusinasi
Orang yang tag aku : nama dia deenaYAYA 
Si Jakun yang join contest : err err errrrrrr (gagap kerana jakun) 
Mangsa tag dari aku : nellythestrange 
                                   cap Ngada 
                                   kak Diana senyum 
read more

Thursday, March 10, 2011

Bila Harimau Mengaum dan Aku MERAJUK

Hye semua..

Merajuk?huhu, memang merajuk pun, aku dah merajuk dengan televisyen pasal tak tayang perlawanan bola Harimau Muda (Malaysia) melawan Pakistan. Sepatutnya tadi ada dia tayang, kira live la tengok kat tv. Nak g Pakistan aku tak reti cakap Arab. Kalau Assalamualaikum ke waalaikumussalam tu boleh la. Sebenarnya tak de la betul-betul aku merajuk, tapi kecewa sebenarnya tak dapat tengok. Kesnya pasal Pakistan takleh wat liputan pasal perlawanan bola tu.huhu..Terfikir gak aku, read more

Wednesday, March 9, 2011

A DOCTOR IN THE HOUSE:THE MEMOIRS OF TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

Assalamualaikum kepada semua yang membaca.

Memandangkan kebanyakan pembaca yang hadir ke blog saya adalah dari kalangan rakyat Malaysia yang memahami bahasa Melayu, maka penulisan saya juga adalah dari kategori bahasa Melayu. Hari ini 9 Mac 2011, saya telah membaca surat khabar Kosmo dan tajuk yang paling menarik perhatian saya ialah usaha Tun Dr Mahathir dalam memperjuangkan kreativitinya dalam bentuk penulisan buku. Mungkin ramai yang tahu bahawa Dr Mahathir selalu menulis tentang pemikirannya mengenai dunia, Malaysia dan segalanya di dalam blognya, chedet/blog Dr M. Setiap olahan penulisannya banyak memberi tunjuk ajar dan boleh saya katakan membaca blognya seolah kita sedang belajar sejarah Tanah Melayu, Malaysia, Singapura dan belajar tentang dunia. read more

Tuesday, March 8, 2011

Aku sadis dan Bersedeyh!

Sedehhh..bukan apa, korang tengok la hit counter aku..dah 17 je..huhu. Actually cam kanak-kanak ribena lak tetiba aku cam tak leh blah pk apasal la hit counter aku yang lama takleh baca counter..kesemetotan blogku ini (sila jangan tanya semetot tu hape coz aku pun tak tau). Aku takde la nak berkanak-kanak ribena (walaupun kelihatan entry ni begitu), tapi sedeh plak tengok hit counter aku cam sikit..mood agak down..haha..

Dulu hit counter aku dah capai 21000000, sangat banyak la. Tapi aku kunun nak wat perubahan, aku tukar je, so mula 0 balik..Takpe la, sal memang niat aku. Dapat la dalam masa sebulan 5000 pengunjung..huhu..Bangga pulak aku dengan blog kesayangan amatnya sangat-sangat aku ni. Then tetiba aku tengok HC dalam blog aku tak keluar digit.Weh, pehal lak ni..sedih bertamu di kalbu ku..eheh..Dah seminggu aku tengok, then dah ase cam takleh blah dah ni, aku pun buat la yang baru..So mengira la semula..Cam bangang je aku pk cenggini, hahaha..Saje je aku letak HC, sebab nak tengok seramai mana dah orang masuk blog kesayangan aku ni..muahhhh, sayang blog misschekleen ni sangat-sangat..

Okay sekian

Sunday, March 6, 2011

♥ Quizzes Tyme by MiSs WuNny ♥



Tekan bawah


*****************************************************************************
The Quizzes

1. Nama penuh kowg sebijik mcm dlm i/c n surat beranak?
    : Nama saya Miss Siti Chekleen binti Ahmad Blogspot

2. Ape erti disebalik name tu?
    : Siti tu ikut sunnah isteri dan anak-anak Nabi, Chekleen tu nama saya..hehe

3. Name kelas kowg mase darjah 1 n ddok sebelah sape??
    : Darjah 1 Cempaka. (ni kelas paling pintar okeh.eheh), duk sebelah Nur Adilla, dah kawen  dah my fren ni 


4. Ape tabiat "wajib' y ade dlm diri kowg cmpi skarang?
    : Aisemeng, wajib jawab ke ni? Macam banyak sangat je menda wajib..huhu.

5. Kenapa tabiat tu wajib pulak?
    : Wajibal ghunnah iaitu wajib ikut bersama-sama


6. Ape barang y kowg idam2kn tok dpt sebelum raye ni???
    : Tak kira la raya ke ape, aku nak Blackberry Torch 9800!!!!!!!!dengan lappy baru..buleh ke?

7. First tyme gg kowg patah mase umo bape??gg y mane?
    : Darjah dua, gigi geraham kat tepi kiri belah dalam.Effect sebab makan ubat, cisss, sedeh aku..

8. Sweet memories dgn boyfwen/gurlfwen/bestfwen? ( choose 1 )
    :: Bestfwen : Pestaim kenal kitorang macam bangang2 sket.Sekali tu one of my besties cakap, meh kita cakap aku kau je la..Seme pakat pandang muka masing2 pastu angguk..kelako lak ingat..haha

9. Bile tarikh kowg stat wat blog ni?Syg x blog kowg?Sbb ape??
    : Tarikh chekleen melahirkan blog kesayangan chekleen ni (eceh lahir kau) oke sambung...pada 17 Julai 2009.Baru setahun lebih, kanak-kanak lagi..huhu..

1o.Berikan markah kowg tntg quizzes ini.. ( 1markah - 5markah )
     : Best gak kuiz ni, dah rasa macam makan kuih plak..banana split satu..tenkiu.e eh markah ye, dalam 4markah la..kurang satu pasal soalan maut je..haha
*****************************************************************************

3 orang bertuah yang di tag

(kalau 3 orang, cepat je aku tag..hehe)

Friday, March 4, 2011

MY HEARTBEAT (DUP DAP DUP DAP)

Hye semua...


Ini entry terbaru, tentang hati chekleen (dupdap dupdap). Takde la, actually chekleen telah join heartbeat sebab chekleen tengok semua orang pun masuk heartbeat. Dengar cite heartbeat bukan competitor Nuffnang, so chekleen pun masukkan la heartbeat ni. Korang nak join gak ke? Tekan la gambar kat bawah tu, senang je, sama je macam korang daftar Nuffnang dulu. Harapnya Nuffnang tak tarik status glitterati chekleen, (but I think not).


klik gambar kalau nak join




Dia punya gambar pun macam comel je, pink..cute je..huhu..Chekleen baru mencuba heartbeat ni, susah nak detail banyak-banyak coz chekleen pun tak tahu sangat.Nanti dah ada perkembangan dia, chekleen bagitahu lagi next entry.

So sape-sape yang nak join klik je gambar hearbeat kat bawah ye..thank you





Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!


Thursday, March 3, 2011

LAGI TAG DARI DAK EKA

KLIK SINI DAPAT SEPOSEN

1)ADAKAH KAU RASA KAU HOT
MEMANG AKU HOT PUN, MINUM AIR NESCAFEE PANAS NI WEH..GILERR TAK HOT

2)UPLOAD PIC KO DARI PC SEKARANG JUGAK

3)CERITA LA PASAL GAMBAR TU
AKU PERASAN DIRI AKU PARK SHINHYE..SO GAMBAR NI TIME AKU TENGAH SHOOTING CITE YOU'RE BEAUTIFUL (EKA AJAR AKU LETAK GAMBAR RETIS, SILA LUKU PALE DIA)

4)BILA KALI TERAKHIR KAU MAKAN AYAM?
BARU 5 MINIT TADI, MAKAN NASI NGAN AYAM KICAP.KAU HADO?

5)LAGU TERAKHIR YANG KAU DENGAR
GRENADE YANG BRUNO MARS NYANYI.AKU PUN NYANYI SEKALI.BEH LAGU NI.

6)APA YANG KO BUAT SELAIN MENYELESAIKAN TAG NI
MINUM AIR, PASTU MENGUAP.NAK TIDO WEH

7)SELAIN DENGAN NAMA SENDIRI ANDA DI PANGGIL DENGAN NAMA APA
SI CANTIK BAGAI BIDADARI (siyes aku tipu)

8)TAG 8 ORANG
REMY ISHAK
FIZO OMAR
FARID KAMIL
LISA SURIHANI
KAK LIMAH
BRO MAMAT KHALID
BRO AFDLIN
ABG JIJANG
(real tag nanti aku pk, malas giler ni)
EH NAPE ABG JIJANG LAST?

9)SIAPAKAH NO 1
KEKASIH LAMA

10)CAKAP SESUATU PASAL NO 5
HANTU PALING KELAKO ABAD INI

11)ORG NO3 ADA HUBUNGAN DENGAN SIAPA
LISA SURIHANI KE DIANA DANIELLE?

12)BAGAIMANA PULA DENGAN NO.4
MY KAKAK ANGKAT

13)PESANAN BUAT NO 6
SILA BUAT BANYAKKKKKK CITE YANG BEHHH (TABIK SPRING)

14)KATA-KATA CINTA UNTUK NO 2
ERR ERR..AKU CINTA PADAMU (SAMBIL NYANYI LAGU SITI NURHALIZA) TACING WOO

15)ADAKAH NO7 DAN 8 MEMPUNYAI PERSAMAAN
DORANG KAWAN KAN?

16)BERIKAN 5 PERKARA YANG KAU TAHU PASAL NO 1
HENSEM
KACAK
TOUGH
PELAKON AWAN DANIA PERTAMA
EX AKU

17)PERSAMAAN ANTARA KAMBING DENGAN LEMBU
SAMA-SAMA LEH MAKAN DAN BUAT RENDANG

18)PERASAAN MASA JAWAB TEST NI
TIADA PERASAAN TAPI AGAK PERASAN

19)ADAKAH KAU TAHU YANG RIZMAN ITU SENGAL
SAPEKAH RIZMAN?

20)GAY OR LESS
NOTHING TO SAY ANYMORE

TERIMA KASIH UNTUK PENCUCI JAMBAN COZ TAG CHEKLEEN

SORRY UNTUK EKA KALAU TERASA ENTRY AKU MACAM SANGAT JAHAT, RAYA NANTI KITA MINTA2 MAAF YE..TIME KASIH

Tuesday, March 1, 2011

TERBUSY DALAM HIDUP

Hye everyone!!!


Maaf chekleen terbusy sket skarang...thanks korang yang masuk blog ni, really appreciate it, love you guys. Chekleen busy dengan sesi menyudahkan lesen..banyak benda kena buat pulak..Letihhhhh sangat..Korang semua doakan chekleen lulus ye..Banyak kali dah tertunda ni, hope dapat lesen gak kali ni..really hope that.Nanti chekleen balas jejak korang ye, don't worry, ill try my best nak jejak balas nanti k..

p/s yang tag2 tertunda pun nanti ye, ill do it later..muahh

Take care all
Goodnight
=)

Monday, February 28, 2011

ChurpChurp | Social Share » Are YOU the 'Most Wanted?' (Preview)

ChurpChurp | Social Share » Are YOU the 'Most Wanted?' (Preview)


SHARING IS CARING =)

Saturday, February 26, 2011

Kalau CHEKLEEN nak bersajak...ada orang nak baca tak?

Assalamualakum warahmatullahi wabarakatuh..

Chekleen nak bersajak, korang ase macam mana kalau Chekleen bersajak? Erm, sajak ni just sebagai satu update entry..Harap jangan ada yang copy paste ye..mana-mana entry pun la, sila jangan copy tanpa kebenaran.Copy tu maksudnya salin, bukan kembar nescaffe ye..

Sajak ni Chekleen ada up dalam @15, time tu Red tengah jaga @15.Thanks kepada keccik, LeeHyungMin. Eyxzora yang tegur chekleen time tu..(maaf kalau salah tulis nick, lupa eja macam mana :p )

Kawanku
by Chekleen


Kawanku
Andai kehilangan kau pinta
Jangan hilang dariku
Biar sunyi hati kita
Takkan luput setia kita

Kawanku
Andai perpisahan kau tuju
Jangan berpisah denganku
Tautkan kenangan lalu
Dan jadikan ia tali ikatan
Agar aku mampu mencarimu

Kawanku
Andai kita terlupa
Tuliskan namaku di hatimu
Kerna kanku tulis namamu di hatiku
Agar satu hari nanti
Kau bisa terpana
Dan teringatkan persahabatan kita



Sajak ni Chekleen tulis because kawan Chekleen cakap dia nak hilangkan ingatan dia pasal tak sanggup lagi nak ingat kisah dia ngan bf dia. Memang Chekleen pun sedih bila dia asyik cite hal dia dan ex bf dia tu. Dah cukup dia terseksa oleh mamat yang tak reti bahasa tu. Tapi, ye la bila hati pernah sayang, nak melupakan tu sangat susah.Chekleen memang faham apa yang dia rasa. Memang time dia ada masalah dengan ex bf dia, Chekleen la tempat dia mengadu, sama macam bila Chekleen ada masalah dulu pun dia gak antara pendengarnya. Chekleen pun jadi sakit hati dengan ex dia tu. So, bila dia cakap dia nak berdoa supaya dia boleh lupa terus masa silam terus Chekleen tulis sajak ni, sedih pulak minah ni (kawan Chekleen) bila baca. Masalah kawan pun boleh jadi idea tulis sajak..hahaha, dasat pulak ase. Kawan Chekleen ni, memang kitorang salu sangat gaduh. Bukan gaduh apa, sama-sama jenis tak dengar nasihat masing-masing..sama-sama kepala degil. Lepas tu baik balik, pastu gaduh wakaka..kitorang memang sekepala gila-gila, sampai anggap kembar jadian pulak. Kadang-kadang masalah sama, banyak sangat la sama. So, thanks beb bagi aku idea nak tulis sajak.. ;p 

Thursday, February 24, 2011

Key In Your Name To Discover The Perfect Phone For You

Hye everybody

Kat atas tu adalah tagline dari Celcom yang terbaru melalui kempen dia. Korang nampak tag iklan celcom kat atas tu? Aku memang suka sangat-sangat dengan iklan ni..Hari-hari mesti aku tulis nama aku dalam kotak tu.Mana-mana blog yang ada iklan ni pun kompem aku spend time duk isi nama je.Kut-kut la tempat aku kang jawapan dia lain, blog orang pula lain..Sama ke?Korang try la buat kalau nak tahu. Iklan ni memang aku tak tahu la, sangat masyukkk ngan jiwa aku, Chekleen just want to say good luck and good job la pada sape-sape yang buat iklan ni.Tu kalau korang tulis nama korang, tapi kalau korang klik dia akan keluar lain pulak.Nak tahu try la klik.Suka betul aku tengok iklan celcom ni...Macam fun sangat dan interesting giler..
Okay la, tu je nak cakap, sekian...

p/s::celcom dah habis kredit ni, takde panggilan percuma ke, mesej percuma ke, pape bonus ke? Tengah nak tunggu bulan depan baru aku nak top up..haishhh... 


(pengguna xpax yang bersedih
http://www.emocutez.com

JIKALAU CHEKLEEN BERUBAH JADI DORAEMON versi AKU NAK KENA SMACKDOWN

Bakal jadi Doraemon : CHEKLEEN atau AKU
Makcik Cuci Jamban : nak smackdown aku
Paksa Aku jadi Doraemon : kawankawanmerapu



Ini adalah gambar Doraemon tengah makan dorayaki..Aku suka kartun Doraemon, sebab nama aku chekleen aku selalu macam perasaan jadi Doralin adik pompuan Doraemon. Kenapa tak suh aku jadi Doralin je? Lagi terer dari Doraemon.

Aku sebenarnya kena tag dengan dak Eka, aku rasa dia tag aku pasal link aku senang je, tak payah susah-susah dia nak cari link copy paste hape.Aku tak paham ayat aku ni sebenarnya, aku just nak cakap aku kena tag ngan Eka. Tu je. Pastu syarat contest tekan siniIka si pembuat contest ni cakap copy paste gambar Doraemon dan letak link entry ni dalam blog dia, tapi aku rasa kalau aku just letak gambar Doraemon je macam tak beh la..Aku nak kena bagitahu kan kalau aku jadi Doraemon apa aku nak buat kan?

Alif) Aku nak guna pintu suka hati, pastu gi tempat-tempat yang aku suka. Paris ke, Rom ke, hape2 je la.Kalau macam aku nak g jamban dengan segera pun berguna gak pintu suka hati ni kan..Sesaat je aku dah sampai.(kenapa jamban???)

Ba)Aku kadang-kadang suka makan pelik2, pastu susah nak carik, kan Doraemon ada banyak menda serbaguna..Aku kan Doraemon, so tak de masalah la setakat nak cari makanan..(okay memang tak beh je 2 point aku ni)

Ta)Sebenarnya aku tak nak pun jadi Doraemon, sebab Doraemon pendek, pastu bulat.Tapi aku nak kawan ngan Doraemon, macam beh je kawan ngan Doraemon. Kenapa aku kena jadi Doraemon? Kalau aku nak jadi Raven Teen Titan boleh tak?

Tsa)Kalau aku jadi Doraemon, mesti aku salu pening pale, dah nobita asyik membebel kat tepi aku je.Pastu tekak aku mesti salu je sakit pasal suara Doraemon kan serak-serak.

Jim)Kalau aku dapat jadi Doraemon aku nak dapatkan semua yang aku nak, henpon BBT 9800 (masih aku terkenang), laptop baru pasal laptop aku yang ni banyak problem, pastu aku nak kereta Ferrari merah, pastu aku nak sebuah rumah banglo kat tempat perangingan pastu blablablabla.....

Tetiba aku macam nak gi jumpa Doraemon, weh mana komik Doraemon aku??!!!!Satgi aku nak tengok Doraemon kat Youtube la, lama pulak tak tengok Doraemon.(aku tengah nyanyi lagu Doraemon ni, jom nyanyi raman-ramai).

Aku sebenarnya memang blur ni, dah tak tahu apa nak cakap, aku kena tag 3 orang kan? Aku nak tag dah ni, sila bersedia ye.Jangan marah aku pasal diorang cakap kena tag..

Mangsa merapu aku


Dah siap aku tag orang, tapi tetiba je aku nak tag gewe anak Che Mat, haha..Tapi rupanya blog dia takde shoutbox atau apa-apa saja yang boleh aku bagitahu..Tadi aku tengok gambar adik bongsu dia, comel giler (aku suka budak-budak)..

Okay, sekian.

Doraemon menggedik






siapa itu???

BLOGGERS