BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Followers

Thursday, February 17, 2011

ARIEL PETERPORN

Berbicara tentang retis kejap::tajuk ARIEL (bukan Ariel duyung tu ye)

ingat lagi tak kes yang mamat ni buat vids s** ngan gepren dia, pastuh ngan cut tari dan banyak la..tapi takdek la aku nak upload vid dorang kat sineh, cam tadek keje jek.tapi aku just nak up berita aku dapat la pasal dia.Kan dia masuk penjara, pastuh gepren dia tuh LunaMaya , kan3?betulkan eh kalo aku tak silap, gepren dia pung sedeyh2 gak, siap nangeh2 dia kena masuk penjara.meh2 baca berita jap.






Setelah tertangguh beberapa lama akhirnya Mahkamah Keadilan Negeri Bandung, Indonesia  hari ini menjatuhi hukuman penjara tiga tahun enam bulan ke atas penyanyi utama Peterpan, Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Ilham atas kesalah penerbitan video lucah dengan Luna Maya dan Cut Tari.


Ariel, 29, juga diperintahkan membayar denda Rp250 juta dan kalau tak bayar dipenjara tiga bulan. Mahkamah  hari ini mulai sesak dengan kehadiran peminat Ariel yang mahu memberikan sokongan. 

Tidak ketinggalan kekasihnya, Luna Maya  yang sentiasa setia memberikan sokongan, lapor wakil  Utusan Malaysia di Indonesia, Saharudin Musthafa dari Bandung kepada Mangga Online.

Persidangan yang diadakan secara terbuka ini juga turut menyaksikan kehadiran sejumlah wartawan tempatan dan luar negara yang berminat dengan kes ini.  

Ariel menjadi artis popular pertama yang dihukum di bawah Undang-undang  Anti Pornografi 2008 yang diamalkan di Indonesia yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 12 tahun.

Ariel dituduh mengedarkan dua rakaman video seks buatan sendiri di Internet. Dia ditahan pada 22 Jun tahun lalu dan mula dihadapkan di mahkamah pada 22 November lalu selepas tersebar rakaman video perlakuan  seks dengan wanita iras dua selebriti ternama Indonesia iaitu Luna Maya, 28, dan Cut Tari, 34.


sekian saja dari pemberita chekleen dari misschekleen.blogspot.com 

0 manusia nak cakap mende kat aku:

siapa itu???

BLOGGERS