BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Followers

Sunday, March 13, 2011

TAHUN 2011 Bersamaan TAHUN ARNAB

Assalamualaikum wbt...

Hurmmm, actually lama sangat dah aku nak buat entry pasal ni. Aku lahir tahun 1987 dan kalau ikut kalendar Cina aku lahir tahun arnab, ikut takwim hijrah aku tak tahu la pulak, mahap kan aku. Tahun 2011 ini aku anggap sebagai tahun aku, ye la tahun ni kan tahun 2011 dan juga adalah tahun arnab. Eventhough banyak lagi menda yang tak selesai dan banyak halangan masih ada, tapi aku still nak harap agar tahun ni aku mampu mencipta kejayaan. Bukanlah aku nak ikut fengshui ke hape, dosa maa, tapi aku just mengharapkan tahun ni aku mampu 
read more
merubah diri aku kepada yang lebih baik.

Selain itu, yang membuatkan aku rasa suka gak dengan tahun ni ialah angka 2011 itu sendiri. Ye la aku lahir 11 November kan, kan ke tahun ni dia akan jadi 11/11/11, hehe, gempak maa.Manyak baguss woo..haha, dan kadang kalau aku bagitahu kawan-kawan aku tarikh lahir aku semua macam, eh betul ke minah ni, 11/11..Seriouslah, lahir musim bah okay. Nasib baik tak lemas, kalau tak, tak hidup dah aku ni, kalau aku tak de maka tak wujud la blog ni..heh, panjang pulak ceramah ko ye makcik chekleen weh.

Okay, lagi aku suka pasal tahun ni pasal kat media elektronik macam kat televisyen, banyak pulak wujud warna ungu.Siyes la aku macam suka sangat, korang pernah tengok kan Ungunya Cinta, ungu tu beb, pastu siri Awan Dania yang memang aku tak pernah miss dari musim pertama lagi, dah berubah uniform kaler ungu.Beb, gempak seyh...Bagi aku perubahan macam ni kadang-kadang aku rasa sesuatu hadiah dari Allah swt nak tunjuk yang Dia sentiasa mendengar luahan aku.Episod dulu yang aku tak mampu nak hilangkan, Dia gunakan wadah lain bagi mengisi kesedihan aku, biarpun aku tahu semua tu hanya kebetulan, hanya sesuatu yang aku tak patut fikir macam tu.Tapi biarkan aku berfikir mengikut kata hati aku , moga segala yang hiba aku boleh ceriakan.Tak salah kan?(Okay dah mengarut da..haha)..Tapi memang aku suka sangat bila banyak cerita kat televisyen bertemakan kaler ungu.

Okay sudah mengarut meraban dan masuk lubang, see you next entry :)

2 manusia nak cakap mende kat aku:

nelly said...

Banyak tahun haiwan ~
boleh tengok kita tahun apa ,
tapi jangan percaya sangat ~

miss chekleen said...

ha ah betul tu nelly...suka2 je ni kan..hehe

siapa itu???

BLOGGERS