Assalamualaikum dunia....

Beberapa bulan berlalu, blog ni pun aku kadang buka kadang tak. Tapi tak bermakna aku dah melupakan dunia blogging, mungkin kerana hidup aku makin serasi dengan keadaan dan aku mula menerima hidup dengan keadaan yang lebih bermakna, maka aku kurang menumpukan penulisan ke atas blog. Dalam bulan May ni pun, banyak keraian dan memori yang berlaku, dan aku terlalu sibuk menggembirakan diri dengan suasana. Namun bukan semua keraian yang terjadi dalam bulan May..dalam bulan May juga aku merasa sedih dan keseorangan dan aku tahu semua mengetahuinya kenapa aku rasa begitu. Tapi, life must go on..oh, pada bulan May juga kakak sulungku dilahirkan. Dia begitu gembira dengan bulan kelahirannya kerana sama dengan ibuku. Pada bulan May juga kaka sepupuku telah melangsungkan perkahwinannya dengan pilihan hatinya. Persandingannya begitu meriah dan gah. Melihatkan kepada perkahwinan sulung yang terjadi antara kami sepupu-sepupu, hati aku begitu teruja dan gembira, entah kenapa. Akhirnya sebuah perkahwinan berlangsung dalam kalangan kami, dan semestinya kami semua meraikan kegembiraannya itu. Bangga aku memberitahu bahawa wedding planner mereka adalah Pak Abu!! Memang kehebatan sangat terserlah dalam setiap design yang dilakukan, aku kagum.

Dan berkat bulan May juga aku mula merasakan perubahan dalam diri aku. Aku menerima segalanya dengan tenang, memberi ruang pada diri untuk bernafas dan menjadi lebih optimis. Aku harus kuat dan berdikari, dan aku tahu selagi aku tidak mencuba selagi itu aku tidak akan tahu keputusannya. Dan akhirnya aku rasakan aku makin kuat.... Terdapat satu ayat yang memberi kekuatan kepadaku (You'll never know how STRONG you are untill BE STRONG is the only choice you have left). Nyata aku tidak keseorangan menempuh hidup, sejujurnya aku sendiri yang telah mengasingkan diri sebelum ini. Kini aku perlu bangkit mencari ruang yang telah aku tinggalkan. Kini aku kembali  bersama matahari....

0 comments:

Labels

Archive