BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Followers

Saturday, May 14, 2011

PENYESALAN (sayangi ibu anda)


“Alamak,hari ni aku ada race lah dekat Bukit Bintang”. Monolog hati Hazim sambil menjeling wrist watchnya. “Ala, baru 3.20..sempat lagi ni”. bisiknya. Hazim terus call kawannya Aiman. “Man, jom gi Bukit Bintang, race. Nak? Meh la company aku, meh”. “Hurmm..Aiman tak kesah, jam berapa?” “Erm, aku ada satu je jam, kau satu, hah dua jam.” Hazim berlawak. “Weh, aku tanya pukul berape nak race?” tanya Aiman serius. “Alololo, janganlah marah, aku gurau je la. Dalam pukul 4. Jacky, Fezz, dan Joe ada gak”. Hazim memberitahu.

Kedua-duanya munyusur jalan  ke Bukit Bintang. Dua malam lepas Hazim atau gelarannya Impax telah menang dalam perlumbaan yang diadakan itu. Kerana kehebatannya itu, dia telah menjadi obsess dengan perlumbaan motor. Sampai di sana Fezz datang memberi maklumat bahawa mereka terpaksa membatalkan perlumbaan itu atas hal-hal tertentu. Perlumbaan itu akan ditukar pada malam itu.

“Im, petang nanti temankan mak ye. Malam ni mak nak masak lauk kegemaran korang. Lela pun katanya nak datang nanti.” Dia menolak memikirkan yang malam itu dia ada perlumbaan. “Mak..Im takleh pegi la. Im ada keje nak buat malam ni. “Kau nak racing lagi ye Im?! Mak dah kata, jangan. Kalau jadi pape nanti??!! Nyawa bukan boleh beli nak oi”. bebel emaknya. Ala, mak..janganlah kuno sangat, takkan ada pape la. Selama ni tak pernah jadi pape kat Im kan? Don’t worry la mak, eh?”.

Malam itu dia telah bersedia, sampai di sana dia di sambut oleh kawan-kawannya yang telah lama berada di situ. Telefon berdering. Sudah 4 kali emaknya menelefon. Dia membiarkan saja. Handphonenya  berbunyi lagi. Tertera perkataan “1 message received” di dalam  handphonenya, mesej dari emaknya meminta dibelikan ubat. “Ala, balik nanti aku singgah la beli” fikirnya. Dia mula join rakan-rakannya dan race dimulakan. Seperti biasa, dia menggunakan segala kepakaran untuk memenangi perlumbaan itu, dia terus-terusan berada di depan..dan akhirnya seperti biasa dia berjaya menjadi juara sekali lagi.

Tatkala dia melihat telefon bimbitnya, terdapat 5 misscall dari Aspalela. Dia membiarkannya kerana baginya mungkin Aspalela sengaja menelefonnya. Tiba-tiba,Aspalela menelefonnya sekali lagi. “Hah,ada apa Lela?” tanya Naim... “Mak..mak”. Aspalela tidak dapat meneruskan ayatnya dan serentak dengan itu kedengaran tangisannya. Hazim berasa tidak senang hati, dalam keadaan marah dia terus bertanya. “Wei, Lela, bagitau la .Kenapa ngan mak??!!” “Mak eksiden!!” raung Lela. 

Sepantas kilat Naim membonceng motornya menuju ke hospital.

“Makkk!!!” raungnya sekuat hati seolah meracau. Beberapa orang jururawat datang dan cuba menenangkannya. Aspalela datang mendapatkannya. “Lela, macam mana dengan mak?!” “Mak di masukkan dalam bilik pembedahan. Lela dah sain dokumen pembedahan. Abang duduk lah berehat ye?” Lela memimpin tangan abangya. Hazim hanya mengikut gerak langkah adiknya seperti orang bodoh.

Tidak lama kemudian, seorang lelaki berjubah putih keluar dari bilik pembedahan. Sepantas kilat Hazim menerpa ke arahnya. “Bagaimana dengan keadaan mak saya doktor?” tanya Hazim. Orang itu menggelengkan kepala dan berkata. “Saya bukan doktor, doktor masih berada di dalam. Saya hanya keluarkan jubah dia je...maaf ye encik. “Caitt, cilakak punya orang. Mati-mati aku ingatkan doktor tadi”. monolog Hazim penuh kemarahan.  Aspalela hanya mengeluh,menyampah.

3 jam mereka menunggu dan akhirnya keluar seorang perempuan muda  sambil menggelengkan kepala. Agak kurang senang mereka melihat situasi itu, lebih-lebih lagi rasa tertipu masih menebal   dalam diri mereka. “Cik Aspalela”. Aspalela bangun dan merenungnya mencari butir-butir perkataan yang akan diperdengarkan oleh perempuan muda itu. “Cik Aspalela..saya doktor yang membedah Puan Maimun. Maafkan saya, pembedahan itu tidak berjaya. Puan Maimun telah pergi meninggalkan kita. Punca kematian kehilangan darah yang banyak semasa kemalangan dan yang paling terbaru kami dapat tahu ada ketumbuhan dalam kepala Puan Maimun”. Saat itu Hazim hanya mampu menangis di samping raungan adiknya. Doktor juga memberitahu orang yang menghantarnya mengatakan emaknyanya dilanggar oleh motor yang di percayai sedang mengadakan lumba haram ketika ibunya sedang melintas jalan untuk ke farmasi. Perasaan menyesal menerpa diri. Saat itu dia teringat kembali permintaan maknya supaya membeli ubat untuknya dan kenapa emaknya selalu makan ubat, menasihatinya menghargai nyawa. 

Titis air mata membasahi pipinya. “Mak maafkan Im mak”. monolog Naim penuh penyesalan.

HARGAI NYAWA ANDA DAN HARGAI KESAYANGAN ANDA

0 manusia nak cakap mende kat aku:

siapa itu???

BLOGGERS