BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Followers

Sunday, July 24, 2011

The Speech from My Heart

Assalamualaikum wbt.

Lots of saying....

First of all, Selamat Pengantin Baru Fedtri dan Shuhada (personaliti TV3) kerana telah mendirikan masjid. Dan Shuhada nampak sangat cantik dengan tudung yang dikenakan. Dah nampak macam Fazura je, well I am Faz fans.

Secondly, BERSIH..perhimpunan haram yang dikatakan mengganggu keamanan masyarakat. Aku taknak ulas secara detail pasal aku pun tak tahu motif semua pihak.. I'm pure and innocent..honestly said. http://www.emocutez.com Tapi, melalui tindakan yang aku rasa sangat tidak bertamadun, BERSIH telah membuatkan aku berfikir, inikah Melayu masa kini? Setiap kali krisis Melayu terjadi, spontan dalam kepala aku yang aku anggap cool dan cerdik mengarang ni http://www.emocutez.com terngiang-ngiang ayat keramat Hang Tuah...TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA. Entah kenapa, memang ayat tu aku sentiasa pegang. Memang aku tak sanggup Melayu hilang, dan yang paling aku tak sanggup, maksud Melayu itu hilang.. Kajilah sendiri ayat aku, apakah Melayu. 

Thirdly, aku berbangga dengan sukan Malaysia. Badminton yang sentiasa gah di dunia, skuasy, hoki dan sekarang bolasepak. Boleh aku katakan sokongan padu semua pihak menjadikan kita yang terbaik di rantau ini.

Fourth, kes pembuangan bayi yang tak pernah selesai. Aku tak pasti bila kes pembuangan bayi akan di tutup. Jujur la, memang jujur sangat aku nak minta, sila jangan tambahkan dosa dengan membuang bayi. Apa salah bayi yang tak berdosa tu pada korang, dan-dan dia lahir dari perut korang, darah daging korang.. Fikirlah sikit kalau mak korang yang buat macam tu kat korang.. Tapi tak, kan? Kalau dia buang korang, korang tak sempat hidup sampai akil baligh, sampai boleh mengandung... Aku perlu cakap sikit-sikit je, aku ni kalau bercakap pasal kes pembuangan bayi memang banyak je aku nak tulis..stop.

Fifth....adakah anda Islam? Agak harsh sikit yang ni. Tapi aku tak ada niat lain, cuma sebagai saudara sesama Islam aku cuma nak menjalankan satu tanggungjawab aku sebagai seorang Islam, iaitu berdakwah. Mana tahu sapa-sapa yang baca post ni terbuka hati dengan ayat aku. Walaupun aku tahu, aku memang langsung tidak layak, tapi salah satu tuntutan Allah, menyampaikan dakwah sesama kita. Rasulullah sendiri bersabda, sampaikanlah ajaranku walau hanya satu ayat. Aku juga sedang belajar menjadi muslimah sejati..insyaAllah..amin. Baiklah, bertudung... Paling famous ayat bila ditanya kenapa tidak bertudung - "saya masih belum bersedia." Kenapa harus bersedia apabila bertudung itu wajib? Adakah bila sembahyang kita harus bersedia baru boleh sembahyang? Sembahyang itu wajib, dan umat Islam wajib melakukannya. Apabila sesorang tidak sembahyang, fikiran orang automatik berkata...eiii teruknya, tak solat..mesti minum arak, mesti masuk disko..blablabla..walaupun sebenarnya tidak. Wajib sembahyang, semua orang Islam sembahyang sebab SEMUA MUSLIM SEMBAHYANG..  Kenapa tidak menutup aurat, kenapa tidak bertudung sedangkan ia wajib? Sebab, ada yang bertudung dan ada yang tidak.. Jika semua muslimah di dunia bertudung, tak mungkin ada seorang yang tidak.. Jika semua muslims di dunia menutup aurat, takkan ada seorang yag tidak menutup aurat. Sekali-sekali, dengarlah ceramah agama, sekali-sekala lihatlah terjemahan al-Quran, sekali-sekala muhasabah lah diri.. Enjoy? Aku sendiri mahu enjoy di dunia dan aku lakukan. Tapi muhasah diri, mengenal diri, mengenal Allah. Ingatlah tujuan kita di dunia. Setiap hari syaitan tidak pernah sedikit pun terleka. Aku sendiri manusia, dasarnya lemah, khilafnya banyak. Setiap hari dosa di himpun, khilaf terjadi... Selagi aku yakin aku hamba Allah dan aku Islam, aku hanya mampu meminta agar di jaga imanku, di tetapkan akidahku. Setiap cubaan, dugaan yang melanda, yang aku yakini adalah kepercayaan Allah terhadapku. Ayatku adalah muhasabah diriku, andai ada yang menganggap aku hipokrit, talk no action atau apa sahaja, aku susun sejuta kemaafan. Aku tekankan, ayatku adalah muhasabah diriku. Andai ada yang membaca dan tersentuh, ingin berubah, syukurku hanya kepada Allah.. dan pintaku, doakanlah agar kita semua mampu berada di syurgaNya.

Last but no least, doakan aku berjaya di dunia dan akhirat... Jazakallah khairan 

0 manusia nak cakap mende kat aku:

siapa itu???

BLOGGERS