BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Followers

Tuesday, December 4, 2012

Nothing Personal

Alhamdulillah, last time aku dapat interview SPA, namun belum rezeki aku. Now, aku baru dapat tawaran yang kedua untuk pustakawan. Since terlampau banyak halangan aku untuk aku belajar, aku ikut sahaja haluan aku dan aku harap untuk second interview ni aku dapat. Rezeki hanya Dia yang tahu, aku hanya boleh usaha dan doa je. Terfikir pasal sambung pelajaran, aku memang teringin untuk grad, memang jealous tengok orang lain pakai jubah, teringin gak aku. Takdir aku harapnya bersinar dengan indah nanti. Bapak aku nak sangat aku kerja dan tak berapa nak bagi aku belajar, harap-harap la ada rezeki aku nanti. Nanti bila dah kerja boleh la aku capai impian aku untuk dapat ijazah dan master nanti ye, ishhh sonoknyeee. 

Bercakap lagi pasal takdir, sebenarnya dah lama aku mintak SPA tapi elok je tahun ni dia panggil. Bila difikirkan hujung tahun 2010 lagi kot aku mintak, tak pun 2011. Bila aku renew je password sebulan lepas tu dapat tawaran, Alhamdulillah. Walaupun masih belum dapat takpe la, at least aku ada pengalaman di interview. Lepas ni kira okayla sket nak gi interview, dah taw dah, huhu. Confident la sikit aku nanti, takdela tercengang-cengang cam dulu.

Blog ni pulak, aku tak sanggup nak lupakan, apatah lagi nak tutup, belum lagi konon nak tukar address. Ni first blog aku dan macam-macam aku luah kat sini dulu. Memori pun banyak, dan macam-macam la. So, aku akan update apa-apa sahaja entry yang aku rasa aku patut tulis kat sini. Aku tak dapat nak update selalu, pasal masalah internet kecuali kalau aku duk kat umah akak aku macam skang, boleh la nak selalu-selalu melayari internet dan berblogging.

0 manusia nak cakap mende kat aku:

siapa itu???

BLOGGERS