Update Sehari Sebelum Tahun Baru 2013



Alhamdulillah, saya masih bernafas pada pagi ini, esok adalah kemunculan untuk Tahun Baru Masihi. Saya merasa impian hendak menjadi baik itu datang semula rasanya. Hari ini dan kelmari saya melihat atau menonton youtube (maaf jika bahasa Melayu saya agak teruk). Saya merasa gembira melihat video-video yang saya suka. Sekurang-kurangnya hilang rasa stress atau boring saya. Maaf kerana tidak dapat menggunakan bahasa Melayu seratus-peratus kerana ada perkataan yang saya lupa. Mungkin saya terlalu lama belajar bahasa asing, akan tetapi jangan bimbang kerana bahasa ibunda saya tetap bahasa Melayu dan saya masih lagi patriotik. Pada malam ini ingin rasanya saya sama-sama menyambut hari kemerdekaan di Stadium Merdeka akan tetapi saya pasti saya tidak akan dapat turut serta. Stadium Merdeka sangat jauh dari rumah saya.

Tahun lepas dan sebelumnya saya rasa saya belum menetapkan sebarang matlamat yang jitu, mungkin ada akan tetapi hanya untuk sekadar suka-suka. Tahun ini saya ingin berusaha bersungguh-sungguh untuk memantapkan diri dan hidup saya. Saya masih mencari akan penetapan matlamat saya untuk tahun baru nanti, namun yang pasti saya ingin berubah untuk menjadi lebih baik dan lebih positif. Saya juga ingin lebih berani dan ingin membuang segala anasir-anasir negatif yang telah mengubah hidup saya. Doakan saya berjaya, aaminn dan InsyaAllah.

Sekian sahaja, dan Assalamualaikum

0 comments:

Labels

Archive