BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Followers

Sunday, February 8, 2015

2015 - Sedikit Coretan Tahun Baru - Kisah Kedegilan NAFSU

Assalamualaikum wbt.....


Okay, sempena tahun baru ni aku tak ada la nak cakap apa-apa.. Aku baru je selesai membaca coretan-coretan aku dalam blog ni. Tak ada apa yang istimewa kot, cuma laluan hidupku yang terjerumus sahaja. Sirotul Mustaqim yang aku impikan agak herot. Ye la, aku sekarang duk melayan BIGBANG kembali... hadoiiiiila, ujian FATAMORGANA dunia tidak pernah habis. Aku memang telah lupa langsung pasal BIGBANG ni, hadeilaaaa.... Apala nak jadi dengan aku ni..hmmmm. Aku nak tanya ustaz dan ustazah la. Takpe ke muslimah nak tengok KPOP? Errrr, aku tak rasa la orang yang beriman dan bertakwa ni suka tengok hiburan, macam Sheikh Habib dengan Ustaz Zainal. Putih suci je muka, macam Imam Masjid Nabawi tu, tak tengok TV pun...haishhh nampak sangat rendahnya aku ni. Ujian punyala sikit, pun tak mampu nak hadapi. Haishhhh, BIGBANG, memula ni aku tengok sikit-sikit je la, pasni nak buang kembali. Dulu aku dah buang siap-siap semua YG STAN folder aku, haishhh.... Hurmmm, Ya Allah, lemahnya aku di dunia-Mu ini. Apakah yang harus aku lakukan bilamana dalam fikiran mahu agar aku terus lupakan BIGBANG, tapi aku mahu tengok. Cobaan oh cobaan. Apa yang harus aku lakukan? Aku tidak mahu perasaan ini yang seolah-olah aku akan menyesal, jihad untuk lupakan hiburan!!!!!! Hmmm, susahkan untuk mujahadah di jalanNya. Ye ke? Apa ada pada hiburan? Di syurga kelak lebih lagi yang kita mampu dapat, silap-silap boleh tengok konsert BIGBANG hari-hari. Hrmmm, mujahadah melawan nafsu, dan tahukah anda semua betapa ANGKUH, DEGIL dan SOMBONGnya NAFSU itu??!!


Kisah Kedegilan NAFSU

Dalam sebuah kitab karangan Utman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan akal, maka Allah SWT telah berfirman yang bermaksud:

"Wahai akal mengadaplah engkau," Maka akal pun mengadap kehadapan Allah SWT berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!" lalu akal pun berbalik. Kemudian Allah SWT berfirman lagi yang bermaksud  "Wahai akal, siapakah Aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang dhaif dan lemah." Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud  "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah SWT menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud  "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah SWT berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau." Setelah itu Allah SWT menyeksanya dengan Neraka Jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?" Lalu nasu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau." Setelah itu Allah SWT menyeksanya dalam Neraka selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau". Lalu Allah SWT menyeksa nafsu itu dalam Neraka Ju'u (Neraka Kelaparan) selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah SWT berfirman yang bermaksud : Siapa engkau dan siapa Aku?. Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, "Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah Tuhanku."



P/S : Aku tengok BIGBANG lagi...hmmmmmm

0 manusia nak cakap mende kat aku:

siapa itu???

BLOGGERS