BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Followers

Saturday, July 14, 2018

LEPAK DI SHAH ALAM

Assalamualaikum.....

Sekarang aku berada di Shah Alam, saja lepak2. Alhamdulillah aku masih di beri peluang untuk bernafas dengan baik, syukur ke hadrat Ilahi/
Fistula, perkataan dan perkara yang menakutkan bakal terjadi pada diri aku. Creatinean aku semakin meningkat yakni semakin teruk. Aku sangat takut sebab aku taknak dialisis, Aku nak hidup bebas. Gerun sangat bila dengar doktor cakap aku kena buat tapak/fistula sebagai persediaan. Aku rasa macam nak menangis. Rasa takut sangat. Betullah orang kata kesihatan paling utama sebab sihat tubuh badan ni tak mampu nak dibeli dengan wang. Kau kaya macam mana pun kalau kau sakit Allah sahaja yang boleh menyembuhkan.
Aku dapat kerja kat KKM. Tapi penempatannya aku belum tahu. Dan aku kena fikir pasal fistula pula. Serabut sangat rasanya. Entahla, kita kena ingat SEBAIK BAIK PERANCANGAN ADALAH DARI ALLAH. Kau buatlah macam mana sekalipun yang akan menentukan adalah Allah swt. Aku hanya mampu berdoa agar Allah permudahkan segala urusan aku DUNIA AKHIRAT.

INSHAAALLAH

Sudah Tahun 2018

Assalamualaikum......


Alhamdulillah dah tahun 2018. Lamanya aku tak update blog. Hrmmm, semenjak 2 menjak ni aku asyik fikir pasal mati je. Aku tak tahu la apa akan jadi pada aku. Kematian itu pasti. Kadang aku rasa sangat  takut. Kadang entahla. Sebab aku manusia jadi banyak benda aku nak buat. Padahal setiap saat detik berlalu. Dan masa menuju ajal semakin hampir. Aku tahu aku tak kuat. Aku tahu aku banyak dosa. Aku tahu jauhnya aku dari pintu syurga. Kalau alim ulamak pun rasa diri berdosa besar, apatah la aku ni yang kosong. Aku hanya ingin mengharap redha Allah swt. Reeha Allah swt sahaja yang boleh menyelamatkan sesiapa sahaja di dunia ini.


Agaknya aku perlu betulkan semula diri aku. 

Thursday, January 5, 2017

Update 2017

Assalamualaikum, waaaaaaaa lamanya tak update blog. Now update blog guna tab hahaha. Erm xde apa pun nk cakap just nak say haiiii.

Hurmmm, dah x ada modal dah nk update blog, maaf followers.

Btw SELAMAT TAHUN BARU MASIHI GUYS!!!

Happy Always

siapa itu???

BLOGGERS