Assalamualaikum


Sekarang ni aku tengah mempersiapkan novel. Novel yang menceritakan tentang percintaan seorang gadis elit dan pemuda kampung. Ada banyak plot twist nanti dalam cerita ni. Harap semua bagi sokongan dengan novel aku nanti hahahaha. Tak tahu orang minat nak baca ke tak nanti, tapi aku cuba buat yang terbaik. Hopefully tercapai la cita-cita aku nanti untuk menerbitkan bukunovel karya sendiri. Oklah tu je aku nak cakap. Taknak cakap panjang - panjang sebab tak ada orang baca pun hahahaha


Ok bye

 Assalamualaikum semua


Aku baru je balik dialisis hari ni. Hari yang sangat rumit untuk aku. Semua kerana kepala hotak aku yang berjambul ni. Aku tak tahu sampai bila aku kena hadap penyakit yang dalam otak aku ni. Aku stress setiap kali pergi dialisis. Dah la tu au terasa ada benda mengganggu aku, arghhhhhh my life is so fucked up. Macam macam penyakit yang ada dalam diri aku sorang ni. Btw kalo korang nak tahu jarum untuk dialisis besar weyhhhh. 3 kali seminggu sepanjang hayat. Doakan aku dapat donor yang sesuai. Aku dah letih nak dialisis sebenarnya. Aku macam menyusahkan ramai orang di sekeliling aku. Walaupun aku tau semua orang baik baik dengan aku tapi aku tak selesa sebab penyakit yang ada dalam kepala aku ni. Dah macam macam cara aku berubat, tapi kesudahannya tetap macam ni juga. Aku harap ada la sinar harapan untuk aku lepas ni. Doakan aku sembuh guys (sesiapa yang membaca entry ni). Lama aku tak buat review novel. Takpela, since blog dah bukak so banyak la aku boleh buat dengan blog ni ye tak.


Ok lah sekian

 Assalamualaikum semua


Pagi pagi dah buat entry baru. Senang la wifi dah ada kat rumah. Hari ni aku kena dialisis lagi. 3 kali seminggu. Perit tau sebab jarum dia besar. Aku sekarang nak terbitkan buku cerita tapi idea kadang ada kadang tak ada hahahaha. Berbalik kepada dialisis dah setahun rupanya aku dialisis. Syukur sebab aku dapat nurses yang semuanya baik baik. Semuanya hati baik baik. Dan lagi beruntung sebab aku dapat kakngah yang tak jemu jemu menjaga aku bila dialisis. Dialah pengganti Umi aku dalam menjaga aku. Aku hanya perlu ikut arahan sahaja, semua dia dah sediakan. Tanpa dia aku tak tahu macam mana jadi pada aku. Dia yang sediakan makanan, ubat dan consult dengan doktor. Syukur sangat atas anugerah yang Allah sediakan untuk aku.

 Lama aku menyepi kan. Aku masih hidup dan bernafas di muka bumi ini. Cuma line internet je yang tak ada di rumah aku ni. Sekarang Alhamdulillah sekarang dah settle, cuma yang belum settle masalah Nuffnanf adds aku ni je. Kenapa la susah sangat ye. Aku nak try buat blog baru, ok ke tak nanti. Aku sebenarnya dag blank tak tahu nak buat macam mana dah, serabut kepala otak aku ni sekarang. Dulu senang je aku buat nuffnang ni.


Btw, ya aku masih hidup, bernafas dengan tenang di muka bumi Allah taala ini. Cuma yag menjadi keperitan bagi aku, aku kena dialisis setiap 3 kali seminggu iaitu Ahad Selasa Khamis. Errgggghhh, sangat lah tidak seronok. Apa yang aku nak buat semua jadi kekangan. Nak jalan-jalan pun susah dah sekarang. Dulu asal ada peluang mesti pergi Shah Alam. Sekarang nak pergi pun susah.

 Aku masih tak dapat buat Nuffnang aku ni, macam mana la jadinya. Nak call Nuffnang tak de sape angkat. Masalah betullah. Apa aku nak buat pun aku tak tahu. Sekarang ni aku nak settle background template blog aku dan header, lepas tu nak call Nuffnang. Tolonglah sesiapa ada tak yang sudi tolong aku ni. Rimas rasa dari kelmarin lagi buat tapi tak dapat2. Aku dah rasa fed up gila kot kalau nak bincang hal Nuffnang ni. Salah aku kot buang yang mula2 tu. Lama aku tak online so aku ingat nak tkar Nuffnang adds yang baru, tapi jadi masalah pulak bila terus tak keluar2 adds nya. Cemane la aku nak buat ni. Hrmmm, fikir dan fikir lagi. Dekat lebih 50 kali kot aku buat, serius tak tipu ye.


Try la last lagi sekali. Esok call diorang. Email pun dh sent.

 Hari ni hari ahad, so aku kena start dialisis. Aaku kena dialisis 3 kali seminggu. Ahad Selasa Khamis. Hujung minggu ni aku nak ke Johor tengok anak sedara aku yang baru lahir. Uwais namanya, comel sangat. Terima kasih untuk adik iparku yang memberikan sinar cahaya untuk kami semua.


Berbalik pasal dialisis, aku dah dekat setahun dialisis buah pinggang ni. Macam2 ujian terpaksa aku terima. Nak hidup terpaksa la redha dengan semua yang ada. Suara2 dalam kepala aku ni tak tahu bila nak hilang. Aku dah stress sebenarnya dengan suara2 ni. Aku cuma taknak orang benci aku je. 


Dan lagi satu, makteh aka emak saudara kesayangan aku sakit. Dia ada kanser. Aku mohon semua tolong doakan dia sentiasa sihat walafiat dan sembuh dari kanser dia. Itulah ujian dunia untuk mendapatkan pahala. Allah sentiasa bersama dengan orang2 yag sabar.


Btw berbalik kepada dialisis, jarum dia sangat besar weihhh... setiap kali cucuk memang sakit la. Tapi kita kena redha kan hati la. Memang kena hadap la sakit tu 3 kali seminggu. 


Ok la, aku stop setakat ini dulu.

 Aku tak tahu kenapa aku tak boleh add nuffnang adds ke dalam blog aku. Dah berapa kali aku try buat tapi tetap tak dapat. Lusa aku kena call la Nuffnang dan tanya kenapa boleh jadi macam ni. Aku tetap nak ada nuffnang dalam blog aku. Lama dah aku tinggalkan blog ni. Aaaaaaaaa, Ya Allah tolong aku setelkan masalah Nuffnang aku ni. At least ada la duit free sikit aku dapat. Sekarang aku nak cari side income sebab sekarang aku kena dialisis 3 kali seminggu di Hosp Tanah Merah Kelantan. So sambil2 tu aku nak buat la apa yang aku mampu. Menjadi blogger berjaya, novelist dan apa2 yang boleh aku buat la. So first thing first, aku nak nuffnang ada dalam blog aku, tu je huhuhu.


ok la, nak solat dan makan dulu untuk supper. Jom solat Isyak dulu ye.

Oh myyyyyyyyy, lamanya tak menulis dalam blog. Actually aku baru start guna wifi kat rumah ni. Ye la orang kampung susah nak dapat line. Alhamdulillah sekarang dah ok. Thankiu kepada pengurusan kampung dan wakil wakil yang mengusahakan projek unifi ni.


Sebenarnya sekarang aku dah start dialisis. 3 kali seminggu. Perit rasanya. Macam2 appointment klinik aku kena pergi. dan adik lelaki aku dah berumah tangga, dan ada anak yang nama dia Umar, Sangat comel dan mereka bakal timang cahaya mata baru nanti bulan ini. Tolong doakan semuanya selamat ye. Harap sangat adik ipar aku dapat bersalin dengan mudahnya. Semoga dia dapat bersalin secara natural dan dengan mudahnya.


InsyaaAllah bulan 11 nanti dapatlah aku pergi melawat adik aku dan isteri dia bersama anak-anak mereka yang comel-comel. Tapi aku ada masalah sebabnya sekarang aku dialisis 3 kali seminggu. Nak pergi jalan-jalan memang susah sangat. Tapi kena redha sebab ini yang Allah taala bagi pada aku.


Actually aku ada masalah nak bukak blog ni tadi tapi Alhamdulillah dapat juga aku buka hahahaha. Runsing giler takut tak dapat bukak tadi. Rupanya aku dah tukar email, ciss betul. So sekarang aku dalam proses nak menulis buku cuma kadang - kadang idea tak ada.


ok lah lain kali jumpa lagi k.



Labels

Archive