Mengapa manusia tak pernah merasa
puas dengan hidup? Atau adakah ayat aku salah? Aku sendiri kadang-kadang
merasakan hidup aku belum cukup sempurna. Apa yang aku perlu ada supaya hidup
aku sempurna? Aku tak pasti. Jika dilihat dalam konteks kehidupan manusia, aku
dapati kebanyakannya tidak puas dengan apa yang mereka miliki. Sudah ada
kereta, tapi masih mahu memiliki kereta besar, sudah lulus peperiksaan tapi
masih mahu jadi yang terbaik, sudah ada rumah tapi masih mahu mencari rumah
lain yang lebih besar, sudah ada duit tapi masih mencari lebih banyak duit,
sudah ada kawan tapi terus mencari kawan lagi, sudah ada laptop ACER tapi masih
mahu mencari APPLE dan iPod. Kenapa? Ya, aku juga sama, turut tergolong dalam
kawanan manusia di atas. Everything must be perfect. Aku suka setiap apa yang
aku lakukan sempurna. Kalau aku menulis karangan dan aku rasakan tulisan aku
buruk, aku rela tulis sekali lagi. Kalau aku sudah ada handbag Leno, aku masih
mahu memilki handbag Gucci. Keperluan dan kehendak, ya kehendak manusia sangat
luas dan kadang-kadang kehendak sudah bertukar menjadi keperluan. Tengok sahaja
sekarang, laptop yang dahulunya merupakan satu kehendak sudah bertukar menjadi
keperluan hidup bagi semua manusia khususnya pelajar dan orang yang bekerja.
Handphone turut mengalami transformasi tersebut. Dan tiba-tiba aku merasakan
mempunyai blog juga akan bertransformasi kepada satu keperluan hidup
manusia,hurmm siapa tahu kan? So,pendapat korang?
Lelaki umur 40an kena tidur awal !
2 weeks ago

