BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Followers

Wednesday, April 28, 2010

OH MY BLOG..IM SO SORRY + CERITA BARU

Assalamualaikum membuka bicara....
ahlan wasahlan minna
(hehe campuran APUN-Arab jePUN)

(Firstly,minta maaf my dearest blog,bukan la lama sangat pun aku tinggal kau kan?kau tak pandai blog walking sendiri ke?takpelah,aku dah jenguk kau neh,dah cuci2 sikit,siap letak pos baru lagi..InsyaAllah,kawan2 kita masuk la nanti..Kau tak marah kan,aku banyak kerja la my blog..Nanti bila dah ada masa yang sangat banyak aku kawan dengan kauuuuu je..oke???haaa...calit sikit...)



Aku rasa entry aku kali ini nak panjang2 la sikit. Kira balas dendam dengan letak all in one sekaligus,hehehe..First aku nak cerita kehilangan aku sebab....banyak sebabnya...errr ye betul sebab banyak sebab...
1.Aku tengah sibuk nak ambil lesen kereta...tua2 baru nak ambil lesen (yang ni kira aku kongsi statement dengan akak aku la...)
2.Akak aku tengah busy nak cari kerja,dia dah habis belajar...(aku sebagai adik mithali aku bagi la peluang kat dia,alih2 korang tau tak apa sangat yang busynya dia-buka FACEBOOK..ampeh)
---aku pun join la skali rebut2 internet nak buka FACEBOOK
3.Aku ada kerja yang lain sikit nak buat...hehehe...




Sebenarnya kali ni aku curi2 masa sikit nak post entry neh.okeh kita ke segmen kedua pula iaitu aku nak cakap sikit la pasal AF musim yang ke8 neh...Aku tahu aku memang lambat post entry pasal ni,tapi aku tulis juga.Bagi follower AF ni agaknya tak payah la aku bagitahu pasal AF dan siapa pelajar AF8 ni...ermm,aku ni nak kata follower pun tak tahu la because kalau aku tahu ada aku tengok,kalau tak ada,tak pula aku sibuk2 nak tengok..Okey aku tulis dan bagitahu juga barisan pelajar dan pengajar AF8...hehehe


(aku nak upload gambar dari comp tapi tak dapat...nape ea?)
Senarai Peserta Akademi Fantasia 8 :
1. Nadiawati Ainul Basir atau Ain, 23 tahun, Sabah 
2. Dayang Nor Anum Arjuna Aharun atau Anum, 19 tahun, Sabah
3. Erma Suhaimi atau Erma, 21 tahun, Sabah (kakak kepada Adira)
4. Siti Adira Suhaimi atau Adira, 19 tahun, Sabah (adik kepada Erma)
5. Zafarina Jamhari atau Farina, 28 tahun, Sarawak
6. Muhd Shahril Firdaus El atau Daus, 22 tahun, Sarawak
7. Nadia Emilia Roselan atau Nad, 21 tahun, Selangor
8. Muhammed Shahril Mohd Saleh Hussein atau Shah, 26 tahun, Selangor
9. Muhammad Alif Kadim atau Alif, 18 tahun, Kuala Lumpur
10. Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir, 21 tahun, Perak
11. Emirza Awan Zulazrin Chew atau Iwan, 20 tahun, Negeri Sembilan
12. Muhd Firdaus Maulana Mohamed atau Maulana, 22 tahun, Johor
(yang colour merah maknanya dah tiada dalam akademi)

Tenaga Pengajar AF 8 :
Pengetua Akademi Fantasia Musim Ke-8(AF8)
Norman Abdul Halim
Tenaga Pengajar:
Siti Hajar (Guru Vokal Teknikal)
Linda Jasmine (Guru Tari)
Adnan Abu Hassan (Guru Vokal Persembahan)
Fatimah Abu Bakar (Kaunselor dan Guru Bahasa Inggeris)
Que Haidar (Jurulatih Drama)
Program AF8/Jadual Waktu :
Hos (Pengacara) Konsert Mingguan Akademi Fantasia Musim ke-8 (AF8)
Sarimah Ibrahim dan Jimmy Shanley
Tirai AF8 – 13 Mac 2010 pukul 9.00 malam di Astro Ria selama 90 minit
Hos: Sarimah/Shanley
Sebuah konsert pengenalan (prelude) yang memperkenalkan pelajar AF8
Diari AF8 (Isnin – Jumaat pukul 7.30 malam selama 30 minit bermula 15 Mac 2010), Hos: Jimmy Shanley. Diari AF memaparkan perkembangan pembelajaran pelajar-pelajar AF8 di bawah bimbingan tenaga—tenaga pengajar mereka dan juga rutin kehidupan seharian mereka sepanajang hari di akademi
Konsert AF8 – Setiap hari Sabtu pukul 9.00 malam selama 90 minit bermula 20 Mac 2010. Hos: Sarimah Ibrahim/Jimmy Shanley. Siaran Langsung Konsert AF menampikan persembahan pelajar-pelajar AF8 dalam usaha untuk kekal ke minggu seterusnya.
Debaran AF8 – Setiap hari Ahad pukul 9.00 malam selama 30 minit bermula – 21 Mac 2010. Hos: Sarimah Ibrahim. Debaran AF mengumumkan keputusan konsert mingguan.





Hah,antara semua neh aku paling minat NADIRAWAN...tu singkatan nama NAD,ADIRA,IWAN .Bagi aku diorang ada tarikan tersendiri la.Macam aku selalu cakap kalau aku minat ke,suka sesuatu memang aku tak tahu kenapa,sama la dengan yang ini pun..Agaknya inilah peranan diari AF kot,huehuehue...Macam kisah NAD dengan IWAN,tahla..bagi aku tak kisahlah diorang gf/bf ke atau bff....NAD dah keluar pun,hope she found her way out there.Time Pengetua Norman cakap tentang NAD,which he said NAD ni boleh berada dalam industri mungkin sebagai pelakon.Bagi aku la,NAD boleh juga menyanyi tapi kena polish sikit la,suara dia ada macam gaya seberang,sebenarnya kalau tahu macam mana nak menyanyi dengan betul mesti boleh,betulkan CIKGU SITI HAJAR....heheh..Iwan pula aku rasa ada  suara cam aura band boy...suara2 yang memang band boy la budak neh...Tapi aku suka dengar suara AIN,serius aku suka dengar,dia punya husky voice memang best di dengar.Aku ingat lagi,kata2 Pengetua untuk Adira yang cakap Adira leh pergi international,yes boleh tapi aku lagi rasa AIN pun boleh....she has a really good voice,husky,pastu cam sedap didengar..Kalau bantai lagu Mariah Carey ke,Kelly Clarkson ke best dengar ni..She got talent...bagi aku la..Aku suka la suara macam AIN ni,pastu Marsha,Idayu...diorang ada tone tersendiri.Pastu Mawi,time dia kat AF3 dulu...lunak je dengar.Sekarang aku dengar dia punya tone suara,entahla..Tapi lagu Ada Untukmu dengan al-Jannah aku suka dengar.

edit sket:maap awek Iwan en3 atas..no big deal yeah?




Okeh,segmen ketiga....SUPERNATURAL...hurmmm tak pernah dengar???Suka hati korang lah,tapi bagi yang pernah dengar,fans,follower or apa-apa sahajalah.....SUPERNATURAL dah masuk season kelima dah episode ke 19 dah.Urm aku belum lagi tengok yang episode last ni...Siapa hero?hah tengok balik entry ini,dalam tu ada gambar hero2nya di samping aku mengarut dalam entry tu...Well,maybe ada yang cakap entah apa2 lah tengok cerita mengarut macam neh,FYI,aku suka tengok cerita ni pasal menggambarkan keutuhan pertalian adik-beradik...Walau macam mana teruk pun adik/abang dia,diorang tetap bersama and rely on each other...Serious aku addicted dengan series ni..FYI lagi sekali,seluruh adik-beradik aku tengok series neh,belum campur sepupu2 sedara mara aku lagi..huehuehue....(DR.HOUSE,GREY ANATOMY,CSI SERIES,tak ada yang baru ke ea??asyik ulang2 je)





Segmen ketiga....kartunnnnnn...hehehe...Sape suka tengok kartun kat sini??cepat goyang montot sambil lompat2...  http://www.emocutez.com   http://www.emocutez.com(sangat berkesan terhadap kanak2)..Aku tahla nape minat sangat tengok kartun...hahahahha,giler suka aku tengok POCOYOsumel tol..Kartun lain??eishh mesti aku tengok gak...wakakakak(takde nak malunya aku ngaku,bangga neh  http://www.emocutez.com )..TEEN TITANS,DORAEMON,PUCCA...aku rasa yang tu saja aku tengok..Janganlah korang gelak pula kat minat aku neh....mueheheh...





Hah turun lagi ke segmen keempat mari bercerita pasal pembuangan bayi pula...Aku pun sebenarnya tak tau nak upkan topik semasa yang mana,tapi topik buang bayi ini aku rasa yang paling patut la aku up..hissshhhh,tak paham aku.Kenapalah boleh jadi kegiatan macam ni.Diorang tak tahu ke betapa ramainya yang mengimpikan nak anak,senang2 je buang anak..Kalau buang depan rumah orang ke,dekat rumah kebajikan ke,Alhamdulillah lagi lah...maksudnya dia masih ada hati perut,tapi kalau dah sanggup tinggalkan dalam tong sampah,dalam longkang..MasyaAllah...tapi itu antara dia dengan Allah,aku tak boleh nak cakap apa2..Tapi bila difikirkan,Astaghfirullah hal azim....kenapa sampai macam tu sekali?Bila aku tengok dalam news,dalam paper...mengucap panjang je aku...Aku betul2 minta agar dijauhkanlah aku dengan keadaan sebegitu..Tak sanggup untuk menganiaya insan sekecil itu..Pernah tak baca news pasal janin,bayi kena gonggong dek anjing??Luluh hati aku baca,apatah lagi bila tengok dalam berita..daging yang sikit tu hancur   http://www.emocutez.com...haiiiiiiiiiiiiiihh...dunia akhir zaman..Maaf aku pohon jika agak keterlaluan segmen keempat aku ,ni cuma luahan hati aku,aku pun bukanlah insan yang mulia nak menghina perbuatan orang lani,tetapi aku cuma mahu berkongsi sedikit rasa.. http://www.emocutez.com






Mari ikut aku masuk segmen kelima...ah,dah taknak??ermm jom la..best ni...hehehe..okeh,siapa ada mak?ibu?amma?ummi?okasan?mummy?hurmmm korang sayang tak?bagusss....meh nak bagi cekelat sebab korang sangat baik neh..Sekarang ni kita dah nak penghujung bulan April kan,maybe ada dalam kalangan korang yang menyambut April Fool ke hape..adik aku pun buat,ampeh tol...Aku dah menyisihkan benda2 tak berfaedah macam ini,tak elok..Okeh,berbalik kepada topik asal,dah hujung bulan April maksudnya tak lama lagi nak masuk bulan May..Cuba fikir apa ada dalam bulan May?Kalau aku banyak lah,birthday kakak aku,birthday mak aku...semua dalam bulan May... http://www.emocutez.com  dannnnn Hari Ibu pun dalam bulan May.Ya Hari Ibu tak semestinya sambut sehari saja,tapi hari itulah kita biarkan dia merasa kasih sayang sepenuhnya daripada anak-anak diorang..betul tak???Korang dah ada plan apa2 ke untuk Hari Ibu??
http://www.emocutez.com

p/s=ruangan berkomen2 tidak lagi memerlukan approval...sesiapa yang nak mengomen di entry lama sila beritahu di shoutmix ye agar dapat dikesan....trimas..


0 manusia nak cakap mende kat aku:

siapa itu???

BLOGGERS