BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Followers

Thursday, July 29, 2010

Ceritera Hati Chekleen

Assalamualaikum....

Lama sudah blog ini tak di buka...terlalu banyak perkara yang terjadi sampai Leen rasa terlalu sibuk untuk mengupdate apa-apa cerita di sini..
 
Sebenarnya,tidak beberapa lama sebelum ini chekleen telah kehilangan Umi chekleen,atau ibu chekleen.Ini kisah Umi yang chekleen tulis sedikit sebagai tatapan.
Umi-gelaran yang di panggil oleh chekleen untuk ibu chekleen. Pada 2 Julai 2010,Umi telah pergi menghadap Ilahi.Semasa itu,semua ahli keluarga,adik-beradik Umi, ayah mak Umi berada di sisi Umi menemaninya..mujur Umi tak keseorangan..Umi disahkan menghidap kanser pankreas pada hujung tahun lepas..Selepas raya,umi dijadualkan untuk masuk wad dan melakukan pembedahan membuang pankreas yang telah dijangkiti sel-sel kanser..Alhamdulillah,selepas pembedahan Umi makin sihat..senyuman sering terukir di wajah Umi..Dia kuat,dia hebat,dia redha atas semua ujian..Melihat kekuatan Umi,aku bangga menjadi anak Umi..Semasa aku sakit tenat di HKL,Umilah yang menjaga aku.Umi merupakan seorang cikgu English.Umi terpaksa mengambil cuti separuh gaji,cuti tanpa gaji demi untuk menjaga aku..Itulah kasih seorang ibu yang tiada ganti.Dia selalu berkata"Leen,sakit ni ujian Allah.Kita kena redha.Kalau kita tak redha,maksudnya kita tak boleh pahala".Aku angguk je.Biasalah,kadang-kadang aku ada juga terasa kenapa aku sakit,selalu kena tunda-tunda belajar.Tapi aku redha,sekurang-kurangnya dengan keadaan aku yang sakit,family sentiasa ada di sisi untuk memberi sokongan dan of course,Umi adalah tunjang kepada kekuatan aku.
Selepas pembedahan,Umi kelihatan segar,sihat.Aku gembira melihat dia begitu.Dia suka bershopping,suka berjalan.Umi memang begitu,sentiasa bersemangat..Tapi beberapa bulan selepas itu,dia mula cepat letih.Doktor memberi Umi cuti selama 2tahun.Umi dah mula tidak bekerja.Di rumah,Umi banyak berehat,katanya dia letih.Tapi jika tetamu datang Umi sentiasa tersenyum senang.Langsung tiada kepenatan,keletihan,kesakitan di wajahnya.Aku kagum dan aku betul-betul rasa Umi sihat.Tapi hakikatnya Umi semakin letih.Semasa dia sakit,dia masih lagi sanggup menemani ku ke hospital.Luhurnya hati seorang ibu.Namun selepas itu dia meminta kakakku menemaniku ke hospital. kerana Umi begitu letih.Aku pula banyak dibebani masalah sehingga aku tak selalu menemani dia ketika dia sakit.Aku asyik stress.Entah kenapa,mungkin kerana aku banyak dibebani masalah,malahan turut dibebani masalah rakan-rakan yang selalu meminta aku mendengar permasalahan mereka.Sejujurnya, aku tak pernah tahu bahawa Umi hanya mempunyai 4 bulan sahaja lagi untuk hidup.AKU TAK PERNAH TAHU.!!!!.Patutlah aku selalu lihat Umi letih,tidur..malahan untuk berjumpa orang pun dia tak larat.Aku sebenarnya tak mampu untuk melihat dia begitu.Aku tak mampu untuk menemani dia ketika itu,hatiku luluh,kakiku terasa lemah longlai..Sel-sel kanser merebak dan aktif memakan apa-apa sahaja dalam badan Umi.Setiap apa yang dia makan,sel-sel kanser akan makan.Umi semakin lemah,dia mula kurang selera makan kerana pankreasnya telah dibuang.Doktor pernah memberitahu,jika dia tahu sel kanser akan merebak mereka akan teruskan dengan kemoterapi yang sepenuhnya dan tidak akan membuang pankreas.Tapi itulah namanya takdir.Semasa mula-mula pembedahan,mereka langsung tidak dapat mengesan sebarang sel-sel yang merebak..Bulan 6,7..Umi mula jarang makan.Selera makin berkurangan.Akan tetapi,walaupun dia makan sel-sel kanser akan tetap makan makanan itu.
 
Pagi 5.a.m lebih 5Julai
Umi mula merasa sesak nafas.Dia cakap dia mahu dibawa ke hospital.Aku lihat Umi bernafas dengan susahnya,dia menggosok2 dada.Aku menolong menggosok dadanya.Abah dan kak ngahku mula bersiap-siap untuk membawa Umi.Air mata deras sahaja mengalir di pipiku.Kebimbangan membahang dalam diri ini.Ya Allah selamatkanlah Umi.Itu sahaja doaku.Ketika mereka membawa Umi ke hospital,mulutku tak lepas memohon doa agar Umi selamat.Aku melakukan solat hajat semoga Umi dilindungi.Alhamdulillah,keesokan paginya aku mesej kak ngahku,Umi ok.Aku hanya menangis bersyukur ke hadrat Ilahi.
 
8Julai(I thought)
Tengah malam,tiba-tiba abah call kakakku mengatakan Umi kritikal.Sebelum itu,aku tiba-tiba terbayang Umi telah meninggal dan aku mengamuk dalam hospital,terus aku istighfar.Sejurus sahaja  selepas itu kak ngahku memberitahu Umi kritkal.Aku berkeras mahu pergi.Itulah bermulanya penderitaan besar Umi.Ya Allah,besarnya ujian yang Umi lalui.Tahun 1994, Umi menghadapi kesukaran kerana penyakitku  dan terpaksa menjagaku sehinggalah dia sendiri telah disahkan menghidap kanser pankreas pada tahun 2009.Sabarnya dia menerima semua ujian,tanpa protes,tanpa kesukaran.Ya Allah tabahnya hati seorang wanita yang menjadi ibuku.Aku sendiri telah menggelarnya my guardian angel kerana dia sentiasa melindungiku,menjagaku.Aku sentiasa merasa selamat ketika bersamanya.Ketika di hospital,aku cuba melakukan apa yang pernah dia lakukan padaku.Menggosok tangannya yang ada jarum,menggosok dahinya,membacakan yassin.Cuma aku tidak bercakap dengannya.Aku tak sanggup.Kakak-kakakku dan sepupuku yang memberitahu Umi bahawa aku ada di situ.Setiap kali aku cuba membuka mulut,air mata akan bergenang,suaraku tersekat.Sukarnya aku untuk berbicara dengannya.Namun,Alhamdulillah kerana untuk membisikkan surah-surah dan kalimah syahadah,aku mampu.Rasanya aku pernah membisikkan di telinganya "Umi Leen nak balik".Saat itu aku merasa Umi akan sembuh,jadi aku merasa senang dan mampu mengucapkan kata-kata itu.Hakikatnya....

12Julai2010
Pagi itu kami keluar agak lewat dari rumah.Adik lelakiku yang belajar di maktab mahu mengambil mc.Sebelum ke hospital kami sempat makan dan bergurau-senda.Kak Longku memberitahu keadaan  Umi agak baik.BP normal,malahan doktor mengatakan degupan jantung dan BP betul-betul macam orang normal.UNBELIEVABLE!!Aku betul-betul merasa senang.Ketika sampai,aku lihat nurse membersihkan Umi sambil di bantu kakak-kakakku.Semuanya ok sehinggalah kejadian petang itu.
 
 
Ketika nurse datang untuk mengambil BP,sentiasa terjadi error dalam pembacaan.Aku mula rasa tak sedap hati.Ya Allah apakah tandanya ini.Selepas beberapa kali percubaan,akhirnya keputusan BP sekali lagi mengejutkan.NORMAL!Tiba-tiba kak longku berkata,"kaki Umi keluar air,meh tissu"Serius start dari saat ambil BP tadi aku sudah mahu pengsan.Aku mula tiada perasaan,aku tahu..perasaan aku sudah hilang di telan kesedihan sebab aku tahu keadaan sudah mula tak normal.

3petang
Doktor mula meronda.Seorang doktor dan nurse datang melihat fail Umi.Aku berada di tepi Umi sambil mengurut tangan dan kepalanya sambil membisikkan kalimah syahadah.Tiba-tiba Umi membuka mata,aku memanggil nama Umi.Aku lihat mata Umi sudah memandang ke atas "Leen ajar Umi mengucap!!"jerit kak longku..Aku sudah kalut dan tidak tahu apa-apa.Kak Long datang ke tepi Umi dan membisikkan kalimah syahadah sambil dibantu bapa saudaraku dan emak saudaraku.Aku terus mengambil yassin dan membacanya.Bapa saudaraku yang lain turut membaca yassin.Ku mohon doa agar Umi diselamatkan,dilindungi.Tapi Allah lebih menyayangi insan sebaik Umi.Ku dengar raungan kak ngahku,pujukan ibu saudaraku sambil diiringan esakan tangis.Bapaku dan adik-adikku yang lain tiba selepas menguruskan sesuatu hal.Bapaku terus berkejar ke sisi Umi dan memangkunya.Tanpa ku sedari air mataku laju mengiringi pipi.Ya Allah kuatkan hati hambamu ini.Redhakanlah hatiku Ya Allah,Ya Rahman Ya Rahim.
3.20 petang,Umi telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.Ku iringi pemergian Umi dengan surah yassin kerana hanya itu yag mampu Leen beri sebagai hadiah terakhir.Doa kami anak-anak Umi akan sentiasa berterusan agar Umi sentiasa bahagia di sana.Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,kasihilah Umi,lindungilah Umi,sayangilah Umi sebagaimana dia telah menyayangi,mengasihi dan melindungi anak-anaknya.Hanya syurga damn perlindungan Mu Ya Allah yang kami minta untuk Umi..Subhanallah Maha Suci Allah yang mengetahui segala perkara yang tersurat dan tersirat.


(walaupun penceritaan bukan secara detail kerana semua nama yang terlibat tidak disertakan,hakikatnya semua keluargaku berada di situ saat Umi di ambil kembali-Mak Lang+Pak Lang,Mak Teh+Pak Teh,Pak cik+Makcik--Abah,Kak Long,Kak Ngah,Kak Chik,Chekleen,Abe Besa,Abe Chik,Adik)
Semasa pengebumian Umi,seluruh ahli keluarga Umi hadir + Opah,Atok,Makcu+Pakcu-Walaupun makngah tidak dapat hadir kerana sukar,tapi dia telah datang melihat Umi sendiri,memeluk Umi dan bercakap dengan Umi.

3 manusia nak cakap mende kat aku:

ArmaniWhite said...

salam chelen.. lama x singgah sini.. sedih baca post ni... mmg setiap org akan melalui benda mcm ni kan.kehilangan. smoga chelen tabah... Al-Fatihah utk arwah. smoga ditempatkan dikalangan org yg beriman... :'(

~Kak AZZ~ said...

Al-Fatihah... Masa arwah dah tiba, doakan moga arwah ditempatkan di kalangan mereka yg beriman... Allah lebih sayangkan arwah...

Masa kita akan tiba jua... tak tau la bila tu.... :(

miss chekleen said...

nami:thanks nami..aminnn..al fatihah..chekleen dah 2 kali merasa kehilangan,tapi ni kehilangan paling besar bg family chekleen :(

kakAZZ:al fatihah...amin..thanks kak..
tu la,ajal maut ketentuan Allah..dari Dia kita datang,dari Dia gak kita kembali..innalillah..sobss :(

siapa itu???

BLOGGERS