BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Followers

Saturday, February 26, 2011

Kalau CHEKLEEN nak bersajak...ada orang nak baca tak?

Assalamualakum warahmatullahi wabarakatuh..

Chekleen nak bersajak, korang ase macam mana kalau Chekleen bersajak? Erm, sajak ni just sebagai satu update entry..Harap jangan ada yang copy paste ye..mana-mana entry pun la, sila jangan copy tanpa kebenaran.Copy tu maksudnya salin, bukan kembar nescaffe ye..

Sajak ni Chekleen ada up dalam @15, time tu Red tengah jaga @15.Thanks kepada keccik, LeeHyungMin. Eyxzora yang tegur chekleen time tu..(maaf kalau salah tulis nick, lupa eja macam mana :p )

Kawanku
by Chekleen


Kawanku
Andai kehilangan kau pinta
Jangan hilang dariku
Biar sunyi hati kita
Takkan luput setia kita

Kawanku
Andai perpisahan kau tuju
Jangan berpisah denganku
Tautkan kenangan lalu
Dan jadikan ia tali ikatan
Agar aku mampu mencarimu

Kawanku
Andai kita terlupa
Tuliskan namaku di hatimu
Kerna kanku tulis namamu di hatiku
Agar satu hari nanti
Kau bisa terpana
Dan teringatkan persahabatan kita



Sajak ni Chekleen tulis because kawan Chekleen cakap dia nak hilangkan ingatan dia pasal tak sanggup lagi nak ingat kisah dia ngan bf dia. Memang Chekleen pun sedih bila dia asyik cite hal dia dan ex bf dia tu. Dah cukup dia terseksa oleh mamat yang tak reti bahasa tu. Tapi, ye la bila hati pernah sayang, nak melupakan tu sangat susah.Chekleen memang faham apa yang dia rasa. Memang time dia ada masalah dengan ex bf dia, Chekleen la tempat dia mengadu, sama macam bila Chekleen ada masalah dulu pun dia gak antara pendengarnya. Chekleen pun jadi sakit hati dengan ex dia tu. So, bila dia cakap dia nak berdoa supaya dia boleh lupa terus masa silam terus Chekleen tulis sajak ni, sedih pulak minah ni (kawan Chekleen) bila baca. Masalah kawan pun boleh jadi idea tulis sajak..hahaha, dasat pulak ase. Kawan Chekleen ni, memang kitorang salu sangat gaduh. Bukan gaduh apa, sama-sama jenis tak dengar nasihat masing-masing..sama-sama kepala degil. Lepas tu baik balik, pastu gaduh wakaka..kitorang memang sekepala gila-gila, sampai anggap kembar jadian pulak. Kadang-kadang masalah sama, banyak sangat la sama. So, thanks beb bagi aku idea nak tulis sajak.. ;p 

10 manusia nak cakap mende kat aku:

Bro Fit said...

teman masa duka memang susah dicari.. so, kena cherish kalau ada sorang :) terharu dia bila baca entry awak ni

- Fitrihadi.com -

kakyon said...

terharu baca n3 ni..teringat kisah silam..huhu
susah nak dpt teman setia..

miss fatihah said...

gdh2 ngn kwn tu biasalah..just jgn mulakan utk ckp belakang :)

seribahasa.com said...

sajak buat teman yang dah putus bf la ni...
bunga bukan sekuntum...kumbang bukan seekor. patah tumbuh hilang berganti.

~ Cik Azz ~ said...

Masih berceting lagi ke kat sana?

Setia sungguh Leen ni... hehe...

miss chekleen said...

Bro Fitri: yeah, teman suka duka memang susah nak cari..but thank God, sahabat2 yang chekleen ada semua macam gifts from heaven, understanding.. :)

miss chekleen said...

kak yon: jangan sedih2 kak yon, hehe..thanks kak yon sal komen sini :)

miss chekleen said...

fatihah: betul tu fatihah, chekleen pantang gak kalau ada org macam tu.. pernah terkena dulu, tapi nak kata betul2 kawan pun tak la, tapi dia boleh cakap belakang..dun care la, bukan rapat pun dgn dia..hehe..

miss chekleen said...

seri: ha ah seri betul tu, bunga bukan sekuntum, kumbang pun bukan seekor..kalau kumbang tu jenis suka wat hal takde makna nak simpan..kan..lagipun kalau hati dah sentiasa sakit, tak perlu di ingat lagi..(tapi nak melupakan tu susah..huhu)

miss chekleen said...

kak AZZ: haha...jarang sangat la kak..sekali tu je..kalau macam teringin nak join conversation dorang in jap..haha

siapa itu???

BLOGGERS