BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Followers

Monday, September 15, 2014

Dan aku mula membiasakan diri BERTUDUNG LABUH mengikut sunnah

LINK ini memaparkan cerita di blog tentang mereka yang bertudung labuh dan bagaimana mereka mula bertudung labuh


Assalamualaikum wbt

5/9/2014, 


Kita mula memasuki hari Isnin. Entah kenapa hati aku terdetik untuk bercerita tentang tudung labuh. Kalau dahulu hanya budak-budak sekolah Arab sahaja yang memakai tudung labuh. Dan selain itu masyarakat Arab sahaja yang famous dengan pemakaian tudung labuh. Di Malaysia, kita lebih terdedah kepada tudung bawal. Aku pada suatu masa dahulu pun hanya memakai tudung bawal sahaja sehari-hari, yela apa yang mak ngan kakak aku pakai tu la yang aku pakai. Bukan nak mengangkat diri, dan janganlah berfikir yang bukan-bukan bila aku mengatakan daripada kecil lagi aku amat susah untuk pakai pakaian yang ketat-ketat dan terdedah, rasa macam kurang je. Pendedahan aku kepada pakaian muslimah oleh Umi aku membuatkan aku lebih selesa begini. Aku bukanlah muslimah sejati, nak kata anak solehah pun bukan, tapi aku lebih suka mengikut sunnah Rasulullah saw sejak dari kecil lagi. Umi dan Abahku yang mendidik aku begitu.

Selepas kematian Umiku yang kembali ke Rahmatullah, aku mula di uji dengan bermacam-macam ujian. Namun nasib baik adik-beradik aku menjaga aku dengan baik dan sangat memahami aku.. Setelah 4 tahun pemergian Umi aku, aku mula jatuh sakit. Aku berada di dalam wad selama 8 hari.. Aku bersyukur kerana Abahku berhempas pulas menjaga aku, begitu juga adik-beradik aku. Setiap ujian Allah swt ada hikmahnya. Entah kenapa dengan tiba-tiba aku mahu berubah menjadi lebih baik, aku berdoa agar aku dapat menjadi muslimah sejati, anak yang solehah dan hamba yang solehah. Aku mula mahu memakai tudung labuh, namun perasaanku masih sama seperti dahulu - aku amat gembira dan sangat bersyukur bila melihat orang lain bertudung lebih-lebih lagi orang yang kita sayang bertudung. Bercerita lagi tentang aku, perubahan aku diterima baik oleh ahli keluarga dan pendorong terbersaer aku adalah Abahku. Walaupun kadang-kadang kakak-kakakku mencelah dengan mengatakan kalau bertudung bawal pun tutup aurat juga, tapi aku tekadkan diri untuk istiqamah bertudung labuh. Mungkin untuk berpurdah itu terlalu jauh, tapi aku akan setia untuk bertudung labuh. Selain daripada memakai tudung labuh, aku juga mula menjual tudung labuh. Korang boleh tekan link di bawah untuk membeli tudung labuh. Juga ada barangan lain.

klik link ini jika ingin membeli tudung labuh


0 manusia nak cakap mende kat aku:

siapa itu???

BLOGGERS