Assalamualaikum dunia....

Beberapa bulan berlalu, blog ni pun aku kadang buka kadang tak. Tapi tak bermakna aku dah melupakan dunia blogging, mungkin kerana hidup aku makin serasi dengan keadaan dan aku mula menerima hidup dengan keadaan yang lebih bermakna, maka aku kurang menumpukan penulisan ke atas blog. Dalam bulan May ni pun, banyak keraian dan memori yang berlaku, dan aku terlalu sibuk menggembirakan diri dengan suasana. Namun bukan semua keraian yang terjadi dalam bulan May..dalam bulan May juga aku merasa sedih dan keseorangan dan aku tahu semua mengetahuinya kenapa aku rasa begitu. Tapi, life must go on..oh, pada bulan May juga kakak sulungku dilahirkan. Dia begitu gembira dengan bulan kelahirannya kerana sama dengan ibuku. Pada bulan May juga kaka sepupuku telah melangsungkan perkahwinannya dengan pilihan hatinya. Persandingannya begitu meriah dan gah. Melihatkan kepada perkahwinan sulung yang terjadi antara kami sepupu-sepupu, hati aku begitu teruja dan gembira, entah kenapa. Akhirnya sebuah perkahwinan berlangsung dalam kalangan kami, dan semestinya kami semua meraikan kegembiraannya itu. Bangga aku memberitahu bahawa wedding planner mereka adalah Pak Abu!! Memang kehebatan sangat terserlah dalam setiap design yang dilakukan, aku kagum.

Dan berkat bulan May juga aku mula merasakan perubahan dalam diri aku. Aku menerima segalanya dengan tenang, memberi ruang pada diri untuk bernafas dan menjadi lebih optimis. Aku harus kuat dan berdikari, dan aku tahu selagi aku tidak mencuba selagi itu aku tidak akan tahu keputusannya. Dan akhirnya aku rasakan aku makin kuat.... Terdapat satu ayat yang memberi kekuatan kepadaku (You'll never know how STRONG you are untill BE STRONG is the only choice you have left). Nyata aku tidak keseorangan menempuh hidup, sejujurnya aku sendiri yang telah mengasingkan diri sebelum ini. Kini aku perlu bangkit mencari ruang yang telah aku tinggalkan. Kini aku kembali  bersama matahari....
HAPPY TEACHER's DAY!!!!!!!!!!!!!!!

“Alamak,hari ni aku ada race lah dekat Bukit Bintang”. Monolog hati Hazim sambil menjeling wrist watchnya. “Ala, baru 3.20..sempat lagi ni”. bisiknya. Hazim terus call kawannya Aiman. “Man, jom gi Bukit Bintang, race. Nak? Meh la company aku, meh”. “Hurmm..Aiman tak kesah, jam berapa?” “Erm, aku ada satu je jam, kau satu, hah dua jam.” Hazim berlawak. “Weh, aku tanya pukul berape nak race?” tanya Aiman serius. “Alololo, janganlah marah, aku gurau je la. Dalam pukul 4. Jacky, Fezz, dan Joe ada gak”. Hazim memberitahu.

Kedua-duanya munyusur jalan  ke Bukit Bintang. Dua malam lepas Hazim atau gelarannya Impax telah menang dalam perlumbaan yang diadakan itu. Kerana kehebatannya itu, dia telah menjadi obsess dengan perlumbaan motor. Sampai di sana Fezz datang memberi maklumat bahawa mereka terpaksa membatalkan perlumbaan itu atas hal-hal tertentu. Perlumbaan itu akan ditukar pada malam itu.

“Im, petang nanti temankan mak ye. Malam ni mak nak masak lauk kegemaran korang. Lela pun katanya nak datang nanti.” Dia menolak memikirkan yang malam itu dia ada perlumbaan. “Mak..Im takleh pegi la. Im ada keje nak buat malam ni. “Kau nak racing lagi ye Im?! Mak dah kata, jangan. Kalau jadi pape nanti??!! Nyawa bukan boleh beli nak oi”. bebel emaknya. Ala, mak..janganlah kuno sangat, takkan ada pape la. Selama ni tak pernah jadi pape kat Im kan? Don’t worry la mak, eh?”.

Malam itu dia telah bersedia, sampai di sana dia di sambut oleh kawan-kawannya yang telah lama berada di situ. Telefon berdering. Sudah 4 kali emaknya menelefon. Dia membiarkan saja. Handphonenya  berbunyi lagi. Tertera perkataan “1 message received” di dalam  handphonenya, mesej dari emaknya meminta dibelikan ubat. “Ala, balik nanti aku singgah la beli” fikirnya. Dia mula join rakan-rakannya dan race dimulakan. Seperti biasa, dia menggunakan segala kepakaran untuk memenangi perlumbaan itu, dia terus-terusan berada di depan..dan akhirnya seperti biasa dia berjaya menjadi juara sekali lagi.

Tatkala dia melihat telefon bimbitnya, terdapat 5 misscall dari Aspalela. Dia membiarkannya kerana baginya mungkin Aspalela sengaja menelefonnya. Tiba-tiba,Aspalela menelefonnya sekali lagi. “Hah,ada apa Lela?” tanya Naim... “Mak..mak”. Aspalela tidak dapat meneruskan ayatnya dan serentak dengan itu kedengaran tangisannya. Hazim berasa tidak senang hati, dalam keadaan marah dia terus bertanya. “Wei, Lela, bagitau la .Kenapa ngan mak??!!” “Mak eksiden!!” raung Lela. 

Sepantas kilat Naim membonceng motornya menuju ke hospital.

“Makkk!!!” raungnya sekuat hati seolah meracau. Beberapa orang jururawat datang dan cuba menenangkannya. Aspalela datang mendapatkannya. “Lela, macam mana dengan mak?!” “Mak di masukkan dalam bilik pembedahan. Lela dah sain dokumen pembedahan. Abang duduk lah berehat ye?” Lela memimpin tangan abangya. Hazim hanya mengikut gerak langkah adiknya seperti orang bodoh.

Tidak lama kemudian, seorang lelaki berjubah putih keluar dari bilik pembedahan. Sepantas kilat Hazim menerpa ke arahnya. “Bagaimana dengan keadaan mak saya doktor?” tanya Hazim. Orang itu menggelengkan kepala dan berkata. “Saya bukan doktor, doktor masih berada di dalam. Saya hanya keluarkan jubah dia je...maaf ye encik. “Caitt, cilakak punya orang. Mati-mati aku ingatkan doktor tadi”. monolog Hazim penuh kemarahan.  Aspalela hanya mengeluh,menyampah.

3 jam mereka menunggu dan akhirnya keluar seorang perempuan muda  sambil menggelengkan kepala. Agak kurang senang mereka melihat situasi itu, lebih-lebih lagi rasa tertipu masih menebal   dalam diri mereka. “Cik Aspalela”. Aspalela bangun dan merenungnya mencari butir-butir perkataan yang akan diperdengarkan oleh perempuan muda itu. “Cik Aspalela..saya doktor yang membedah Puan Maimun. Maafkan saya, pembedahan itu tidak berjaya. Puan Maimun telah pergi meninggalkan kita. Punca kematian kehilangan darah yang banyak semasa kemalangan dan yang paling terbaru kami dapat tahu ada ketumbuhan dalam kepala Puan Maimun”. Saat itu Hazim hanya mampu menangis di samping raungan adiknya. Doktor juga memberitahu orang yang menghantarnya mengatakan emaknyanya dilanggar oleh motor yang di percayai sedang mengadakan lumba haram ketika ibunya sedang melintas jalan untuk ke farmasi. Perasaan menyesal menerpa diri. Saat itu dia teringat kembali permintaan maknya supaya membeli ubat untuknya dan kenapa emaknya selalu makan ubat, menasihatinya menghargai nyawa. 

Titis air mata membasahi pipinya. “Mak maafkan Im mak”. monolog Naim penuh penyesalan.

HARGAI NYAWA ANDA DAN HARGAI KESAYANGAN ANDA
Assalamualaikum....

Sengal gak terasa hati aku semenjak dua menjak ni. Dah la semalam dua post aku tulis (tapi guna hp) aku update, takde satu pun ayat keluar. Dahla panjang giler pulak tu aku tulis. Dah, tak nak membebel sengal dah. Semalam sah-sah aku tengok bola Kelantan lawan N9. Lama giler dah aku tak ulas pasal bola kan. Aku tengok game semalam permainan (pemain) okay, ada effort la. Tapi aku memang semetot gler ase bila pengadil cam takleh blah je. Terasa cissss betul la. Selamba je bagi kad kuning kat pemain Kelantan kalau ada terkemalangan sket, tapi aku tengok kalo pemain Kelantan yang kena, selamba je permainan di teruskan. Yang paling bangang sekali kes penjaga gol N9 luku pale Subra..hohhhhh....apasal takde kad merah..jelas lagi tersuluh, dah izhar halqi tu..memang nampak gilerrr. Aku dah bengang sangat, lepas tu gol yang sepatutnya gol, boleh secara selamba badaknya dia cakap offside....hahahahahahaha..sengal weh.Patut dah dua gol untuk Kelantan, aku pun tak tahu la pe masalah dorang.Cemana lah leh jadi pengadil kalo tak amanah. Amanah ni lebih berat kalo nak di kira beratnya bumi, berat lagi amanah. Tapi amanah la orang paling amek ringan..hermmmm...Aku memang serius terasa sakit hati dengan keputusan semalam..BIASSSSSS dan BERAT SEBELAH..cesss.....dapat seri pun dengan keputusan kesian, hadeh lawak giler aku..Kalo aku memang malu giler la, dah la kunun pasukan hebat, ada pemain kebangsaan, tapi boleh seri dengan Kelantan pasal keputusan bangang..Dah la chekleen weh, saket hati pulak aku ni, panas giler ase telinga neh..sudah..babai..wassalam
Salam pagi..

Hermm...senin lepas aku sempat kuar tengok henpon aku memang ingat nak beli baru since henpon lama aku dah rosak teruk...Aku tengok-tengok lam tenet banyak gak pilihan, dulu ada la rasa nak beli Blackberry, kan aku penah ngigau nak BB Torch..ehehe, pastu aku skod lam tenet, aku teringat yang NOKIA latest, E7 iklan lam televisyen tu. Memang hebat giler la aku ase. So aku dah angan-angan la, mebi aku sambar yang tu kot.

  
Tapi bila aku tengok rege cam mengancam giler la pulak, so aku survey lagi.Yang latest dan agak memenuhi kehendak aku pun muncul juga.Kira berbaloi la aku ase sebab aku suka design NOKIA ni then aku memang puas hati.Dari dulu lagi semua henpon aku jenama NOKIA. Ni la ghope henpon pembelianku.
So, duit habeh la kaedahnya..huhu, takpela janji puas hati..
Okay sekian..
(aku suka sebab skrin besar nak tgk mv, kalo BB kecik dowh..huhu)
Assalamualaikum.....

Hye semua, sehat? dah makan? dah main beskal? dah minum neskepe? dah basuh muka? dah siap wat keje? Korang, sekarang kan dah 1 May okeh, huhu... Happy Besdai May 2011. http://www.emocutez.com Pejam celik rupanya dah bulan 5, ase cam cepat sangat plak masa ni berjalan. Bulan 5 gak birthday mak aku, I mean arwah mak aku, birthday akak aku pun bulan ni gak, cezen aku nak kawen pun bulan ni gak. Banyak betul kejadian untuk bulan ni. Aku just doakan segalanya yang terbaik untuk setiap bulan yang bakal menjelma nanti. Sebenarnya aku tengah menaip menggunakan lappy adik aku, lappy aku selamat dah rosak, bangang betul. Kejadiannya berlaku bila aku tengah nak update lappy aku ke window vista pack version 2.Tengah dia nak instal tetiba tershut down, pastu bila aku restart balik dah takleh nak bukak dah,uhuhu.. http://www.emocutez.com sadis weh. So aku pun tak tahu bila plak nak dapat lappy baru ni. Sekarang aku nak beli hp baru dulu la, maybe hujung tahun sambar lappy plak, orait tak..ehehe.. http://www.emocutez.com Okeh la, update blog sikit-sikit je, panjang-panjang kan tak beh lak..tata, sekian.

http://www.emocutez.com

Labels

Archive