Sejak akhir-akhir ini pengaruh korea semakin menular dalam kalangan penduduk Malaysia. Tidak kiralah K-Pop, K-Drama, K-Movie, semua genre telah mula mendapat tempat di hati penduduk Malaysia. Beberapa tahun dahulu, demam korea telah menyerang Malaysia dengan kemunculan cerita Winter Sonata dan Autumn In My Heart yang telah meruntun hati penonton. Kini, demam korea telah melanda semula Malaysia dengan kemunculan K-Pop. Namun K-Drama masih lagi mendapat tempat di dalam hati sebilangan penduduk Malaysia. Rentetan itu, saluran 8TV telah memberi kesempatan kepada peminat K-Drama untuk menonton siri drama korea yang telah menjadi pilihan peminat filem korea itu sendiri. Drama Marry Me Marry atau Maerineun Uibakjoong akan memenuhi slot di dalam saluran 708 (8TV) pada pukul 6.30. Episod pertama drama ini akan bermula pada 18 Jun ini (esok). Drama Marry Me Marry ini di bintangi oleh Jang Geun Suk (Kang Moo Kyul), Moon Geun Young (Wi Mae Ri), Kim Jae Wook (Director Jung In), Kim Hyo Jin (Seo Joon).
Tajuk: Marry Me Marry
Channel: 8TV (708)
Masa: 6.30 petang
Tarikh Mula: 18 Jun 2011
Wi Mae Ri merupakan seorang gadis yang bermotivasi, mampu mengawal situasi, periang dan naif dalam percintaan. Dia mempunyai seorang ayah (Wi Dae Han) yang merupakan seorang usahawan yang di belenggu hutang. Maeri merupakan seorang gadis yang berdikari dan merupakan seorang pelajar Sastera Korea yang sedang bercuti. Pada suatu hari Maeri telah mendapat panggilan telefon daripada seorang kawannya, So Ra untuk membawanya dan Ji Hye bersiar-siar. Dia akhirnya membawa mereka ke Hong Dae dan tanpa di sedari dia telah terlanggar seorang lelaki yang merupakan penyanyi jalanan di Hong Dae iaitu Kang Moo Kyul. Maeri telah mengekori Kang Moo Kyul kerana ingin memastikan Mookyul tidak mengalami sebarang kecederaan akibat perlanggaran tadi. Pada suatu hari, ketika Dae Han sedang melawat kubur isterinya, dia telah di ganggu oleh pemiutang. Nasibnya baik kerana dia telah di selamatkan oleh kawan lamanya, Jung Suk, seorang jutawan Jepun yang baru pulang ke Korea. Dalam perjumpaan itu, Jung Suk telah menyatakan hasrat untuk mengahwinkan anaknya, Jung In dengan Wi Mae Ri dan Dae Han telah bersetuju dengan permintaan itu kerana dia mempercayai Jung Suk. Apabila Maeri mendapat tahu tentang rancangan perkahwinan itu, dia merasa marah dan mula memikirkan cara untuk melepaskan diri dari situasi itu. Dia telah melarikan diri dari rumah, dan dalam perjalanannya untuk melarikan diri, dia harus berjumpa dengan Mookyul bagi memulangkan barangannya. Akhirnya, setelah berpakat dengan kawan-kawannya, Maeri telah meminta bantuan Mookyul untuk mengambil sebuah gambar perkahwinan yang palsu. Bagaimanakah kisah yang seterusnya? Adakah ayah Wi Maeri akur dengan keputusan anak perempuannya? Adakah Kang Mookyul sanggup membantu Maeri dalam rancangan perkahwinan palsu? Apakah pula pandangan Jung In mengenai perkahwinan ini? Saksikan drama ini untuk mengetahui kisah selanjutnya.