24 Disember 2013

Aku bersama keluarga aku datang ke shah alam sempena cuti sekolah.......Aku macam tak tau nak cite apa yang best huhu....Esok kitorang dah nak balik dah. Aku tak terlibat dalam pape aktiviti semenjak 2 menjak ni, terfikir pasal umk....ermmmmm, itu sahaja...

take care
Semestinya aku bertasbih selalu menuju jalanNya pada saat-saat seperti ini.... Ku syukuri nikmatku yang telah diberikanNya....Hidup sebagai manusia seharusnya kesyukuran itu melebihi segala-galanya, janganlah sesekali kita mempersiakannya...Walau pun aku sentiasa bersyukur tanpa sedar aku leka, munajat malam bukan lagi sepenuhnya... Harapanku agar aku kembali pulih sepenuh, dan hanya pertolonganNya aku perlukan untuk hamba seperti aku...Aku gusar, kerana munajatku hanya untukNya, kerana keresahan aku sendiri, Ya Allah janganlah KAU hukum kezalimanku, sembuhkanlah aku seperti selalu....Niatku hanya untuk kekal dalam Islam selamanya..




Salam....


Hanya kerana PTPTN, aku tergadai satu kelas....kelas lukisan.... Harapan aku memang nak setelkan tadi lagi, tapi kerana satu bungkus nasi yang begitu banyak, sangat slow aku makan... Dan aku mengambil masa yang lama untuk berfikir... Harapan aku seingatnya lepas sudah PTPTN harus la aku berkejar ke kelas...kot lah ada tugasan untuk cuti, ilmu tu yang aku tinggalkan.. Inilah akibatnya budak yang tidak mendengar cakap, semua orang cakap tak perlu fikir hal2 yang buataku serabut cause tahu perangai aku sekarang memang susah kalau serabut... Degilnya aku, PTPTN pun tak siap, kelas pun aku tak masuk, ilmu pun takde... Sudahlah aku ni memang giler tak reti melukis, serabut pemikiran lagi tak mahu hadir ke kelas (bukan tak mau tapi otak singkat)... Aku ingat sempat sebab kelas tengahari tadi aku memang nak masuk, pikir2 sempat la petang kalau tak dapat masuk awal pun.. Tadi patut 2.30 setel tapi aku ni memang lain la, tak terfikir kat koop takde internet... Lagi masalah... Padah la budak cam aku, degil bagai. Tapi sebab aku tekadkan aku ni true survivor aku confidentkan diri walau serabut tahap tak tahan.... Hadap je la semua, bukan ada kesan...  Alhamdulillah aku dah siap belajar untuk minggu ini, alamak tetiba terfikir nanti kot banyak pulak kerja aku. Serius aku nak ke kelas, tapi hurrrrr.............(kedegilan)........
Akhirnya aku tahu bukan kerana WIFI tetapi google chrome yang buat aku tak dapat sign in....Di UMK aku agak struggle dengan kepala yang agak ~~~...InsyaAllah dan Alhamdulillah aku masih kuat....kot. PTPTN tetiba nak jadi topik cause aku baru sedar aku tak tengok lagi menalah ni...Tau...tapi ngeng. Study, ok la just aku ni kureng lukisan...dah la sakit tambah dengan terlampau banyak nak difikir.....jopannya, aku banyak tak siap keje...huh... But lecturer kat UMK, lecturer aku la...setakat ni the best... Rasanya dengan keadaan aku ni, kira sangat best la keadaan persekitaran... Eventho aku sangat struggle tapi aku bersyukur dengan segala nikmat.... Well said, aku banyak serabut sebenarnya especially dengan sakit aku ni, terlampau banyak berfikir dan tidak melawannya. Rasanya, aku perlu jadi real survivor la dengan keadaan aku ni...
Selebihnya aku ingin mencari ketenangan.... ketenangan yang hilang



Aku nak buat permohonan PTPTN tapi tak paham pulak. Time bukak akaun tu aku main bukak je tak bagitau pulak aku nak bukak akaun untuk masuk upu. Tahla, poning aku. Akibatnya tak buat lagi la permohonan aku.
Alhamdulillah chekleen bakal menyambung pelajaran ke UMK nanti. Walaupun masih kurang sihat dan minda masih bercelaru chekleen taknak lagi melepaskan peluang untuk menyambung pelajaran. Harapan chekleen agar chekleen mampu grad dan mencapai cita-cita murni chekleen. Lepas dah grad degree harapannya nak la dapat master...itupun kalau mampu. Belum tengok taraf degree ni lagi, mampu ke chekleen nak sesuaikan diri nanti dengan keadaan chekleen ni. Harapnya dapat la chekleen adapt nanti, dan dapat ramai kawan-kawan. Chekleen harap sambil-sambil belajar tu chekleen mampu keluar dari keadaan chekleen ni, moga dengan tempat baru chekleen boleh berada dalam keadaan yang baru. Doakan agar segalanya menjadi baik-baik sahaja, amin.
Aku tertipu, dan tertipu hingga aku menjadi begini.....
Hari ni last aku di shah alam....macam-macam berlaku sejak dari aku balik lagi....makin sihat, makin teruk aku tak tau, tapi aku rasa keadaan makin pulih....jujur pada satu saat dahulu aku rasa aku tidak takut mati bila lihat apa yang aku nampak saat hampir ajalku...hanya yang tahu saja tahu apa yang aku nampak..Tapi kini, keserabutan fikiran aku menjejaskan iman aku, aku tidak pasti apakah aku masih mampu mencapai saat itu..aku sesekali tidak ingin mengikut kekafiran keserabutan ini...yang aku pastikan ialah berdoa agar aku mati dalam Islam, dalam syahid dan masuk syurga. Hari ni aku pulang ke kampung, moga takkan ada apa-apa lagi yang menjadikan aku hilang pedoman... Kerana aku sentiasa yakin dengan Allah, jadi saat ini segala ujian seolah mendera aku...Ujian apakah biar Allah dan aku yang tahu.


Insecure sucks, seriously... I don't even think I have the right mind right now. I miss my mum, a lot.. hell yeah, I don't even think life is more than I imagined. Even when we don't do anything still it looks bad. I dunno anymore, that's why I like to be alone. A loner is what I chose. Even tho it's said like that, truthfully I never be alone. I had my family, my friends. Never felt alone, especially when I pray. My entry might be annoying, might be mysterious and might be everything but my blog is my space. I do wrote everything here. When I feel sucked up, I need my space here. Its like watching yourself struggling, hahaha.

I am a BIGBANG fans, a YG stan, and I proud to be. Why? Never mind me, sometimes I search for BIGBANG to release my tension. I think I need a BB pass to really make me proud, haha. Really, I'm not in the right mind.
Muhasabah diri, mengenal diri dan paling berat memahami diri. Memahami seksa yang ditanggung setiap waktu. Setiap waktu aku selalu berdoa agar aku dilindungi Allah dari segala fitnah, ancaman dan segala macam ujian dunia. Kadang-kadang aku rasa setiap kali aku berdoa agar dosaku diampunkan dan berilah aku ganjaran syurga, sejuta masalah akan menimpa aku.. kadang-kadang aku rasakan seolah-olah beratnya dugaan hingga aku rasa tak mampu, tapi setiap kali aku sujud memohon ketenangan kepadaNya, aku akan merasa lebih tenang. Aku makin dekat kepadaNya. Kadang-kadang aku rasakan dunia tak mampu lagi ku tanggung, derita aku bukan sedikit, tapi itulah ujian dan aku percaya janjiNya. Bukanlah bermakna aku ini wali, tapi hati aku sendiri merasa dekat dengan Dia bila aku sujud memohon ketenangan. Jika aku sujud sewaktu aku lapang, agak sukar untuk aku merasakannya. Bagi aku dunia seperti lakonan, apalah ada dalam setiap gerakan. Aku bagaikan pelakon di sini, jika aku tak mampu memainkan perananku, aku kalah dan banyak kali aku kalah. Yang mampu ku lakukan hanyalah memohon perlindungan dariNya. Hati yang resah selalunya lebih dekat dengan Pencipta, aku pernah terlihat ungkapan ini. Ya, jawapannya benar. Bila aku terlalu jauh dan keliru, Allah akan bentangkan ujian dan kesedaran kepadaku. Biarlah berat kurasakan agar bila aku menghadapNya doaku akan lebih jujur untuk disuarakan. Entah kenapa dan mengapa, hanya Allah yang Lebih Mengetahui.

Ni gambar pokok dekat rumah aku.. Terima kasih untuk kakak aku sebab jasa dia yang yang tangkap gambar ni.. Aku main amek je. Masih lagi aku diam kat kampung aku, tak pasti bila pulak aku nak jejak kaki ke shah alam. Memandangkan tahun lepas aku terlepas peluang nak sambung belajar, tak bernakna aku dah taknak cuba nasib untuk tahun ni.. Takpela bukan UIA, UiTM, USM sekalipun... asalkan aku mampu nak teruskan hajat aku untuk grad tercapai dan dapat kerja yang berpatutan, okay dah. Ye la, dulu kat UIA aku terpaksa berhenti sebab aku baru je keluar wad, jadi masih kurang mampu. Kat UiTM elok je 2 semester sakit aku okay tapi dapat jangkitan pulak.. Elok aku dapat USM tahun lepas abah aku tak bagi. Ye la dah dia janji dengan Umi aku tak bagi jauh-jauh dah. Kalau ikutkan Umi aku dia tak bagi aku belajar dan kerja pun, tapi aku tetap minta izin jugak cakap aku mesti nak kena belajar gak. Salah aku jugak, apesal nak kena mintak jauh kat Penang padahal kat negeri aku pun ada institut pengajian tinggi awam.. Menda dah jadi ye tak... Tahun ni insyaAllah aim aku UMK atau UiTM. Nanti tiap minggu boleh balik umah kalau stress, kui3.

Tapi sebenarnya aku nak gi shah alam nanti, antara 2 pulak asenya. Hari tu memang agak berkobar-kobar tapi sekarang bila aku duk tengok adik aku berbelah bahagi lak. Aku dah pernah tinggalkan Umi aku, sekarang memang kejam ase bila aku buat pulak kat adik aku. Memang la dia gi sekolah tapi malam nanti sesorang lak dia tido kalau aku takde. Malam tadi pun dia duk mintak tolong aku nak fotostat kerja, nak print lagi. Pening aku dengan dia.

Baru-baru ni aku agak stress, ni pun ada sikitsikit tapi kadang-kadang je. Banyak sangat impian aku tapi belum ada rezeki. Dah takdir aku macam ni, terima sajalah.Lagipun aku yakin dengan hikmah di sebalik setiap kejadian.

Dah jam 4.19 a.m... aku berhenti dulu, sekian.


Kepada semua muslimin dan muslimat, silalah lihat dan cari suratul Kahfi...kalau boleh cari yang ada maksud ye, dan hafallah...saya pun belum hafal lagi...Moga kita dijauhkan dari fitnah Dajjal, amin.

Maaf tak boleh nak tolong carikan video pasal kat kg, line internet tak sempoi, lembab je cam siput hehe.
Salam dan hai

Memandangkan beberapa kali aku menghadapi kesukaran nak membuka blog kesayangan aku ni, maka beberapa entry yang agak ada isu telah aku buang atau renew isinya...Bagi mereka yang telah baca maka tahu apa isinya, aku hanya sekadar memberitahu apa yang dilihat, kebenaran maka boleh kaji sendiri sebab aku pun masih di dalam tempurung. Mungkin entry aku terlampau maka masalah nak membuka blog pun terlampau, tapi nasib baik masih boleh buka, kalau tak memang meraung aku. Kalau tak dapat buka fb pun takde la aku sedih bagai, blog ni dah macam a part my life, silalah jangan ada apa-apa ya... Perghhh memang bahagia giler bila bersua blog kesayangan aku ni, memang jarang aku cakap aku sayang giler kat blog aku ni kan..huhu...Bila ada masalah cam ni memang aku sedar, blog ni memang salah satu kehidupan aku kot. Mulai hari ni story pun hanya yang biasa-biasa je atau aku update pasal fanfiction ke atau update lagu, tu je la..lead a simple bloglife.. Bulan lepas aku dah check out duit dari Nuffnang, tapi kenapa belum sampai..Mungkin sebelum ni sebab banjir maka lambat la, tapi sekarang setakat hujan je, jalan pun dah sibuk ni. Duit Nuffnang aku, silakan sampai.

No Twinkle2




sekian, assalamualaikum.
Salam subuh...

Alhamdulillah, terima kasih kepada abg afdlin shauki kerana dengan usaha dia dalam membantu Palestin dan cuba memberi kesedaran tentang isu Islam telah membuat aku kembali melihat diri, andainya artis-artis mampu memberi pengaruh yang sebegini, Alhamdulillah. Jika dahulu aku follow Afdlin sebab suka tengok dia berlakon, tambah-tambah watak yang diberi cute-cute je...Sekarang aku syukur, sekurang-kurangnya dalam ramai-ramai artis yang aku follow twitter mampu buat aku muhasabah diri...Semoga Allah sentiasa memberkati hidupnya.. Dan terbaru aku dapat link ni... Harap Malaysian dapat baca dan fahami, sesungguhnya semua Islam adalah bersaudara.






Bila aku melihat video ni, hati aku terkesan, tersentuh....aku ingin berubah jadi baik, sudah berapa kali dan akhirnya terlalu rapuh.......apa yang harus aku mulakan dahulu?

Labels

Archive