Lirik Lagu: Ya Rasulullah - Siti Nurhaliza 

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
tErimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
kurniakanlah syafaatmu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
tErimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
kurniakanlah syafaatmu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )


MUHASABAH DIRI

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt, apabila dengar lagu ini aku terasa seolah-olah bahagianya aku, dapat melafazkan kalimah ini, untuk syafaat dari Penghuluku. Ingin sekali aku mencintainya di akhirat kelak, walau aku tahu aku tak layak untuknya. Jika sebelum ini harapanku agar aku bahagia di sana bersama keluargaku, akan tetapi entah kenapa, semakin aku mengenali kekasih Allah swt ini sukarnya untuk aku membendung hatiku, ingin sekali aku menjadi kekasihnya. Dahulu pernah aku ingin bercinta dan pernah aku jatuh cinta, sesama insan di dunia ini, pada zamanku. Entah kenapa aku mula mengenali Rasulullah saw dengan cerita-cerita dan aku tersenyum sendiri. Indahnya mereka yang mengenalinya. Andai aku dibenarkan mengenalinya, entah seperti mana aku, di mana aku mahu menutup mukaku kerana malu dengan kegentlemenannya. Dia kekasih Allah swt, sememangnya dia manusia terindah untuk dikenali. Kisah limau masam yang dimakan oleh Rasulullah saw, yang diberi oleh seorang wanita kafir. Kisah sekumpulan wanita yang tiba-tiba terdian saat Saidina Umar datang yang membuatkan Rasulullah saw ketawa, kisah seorang wanita kafir yang pemarah berubah menjadi pemalu apabila makan makanan yang Rasulullah suapkan dan bermacam kisah lagi yang aku ingin baca dan lihat. Orang kata tak kenal maka tak cinta, memang benar. Dan rasa yang aku dapat apabila membaca cerita-cerita tentang Rasulullah saw membuatkan aku bersyukur, kerana ini semua hadiah dari Allah swt. Aku sangat bersyukur. Syukur yang tak terhingga. Lahir dalam Islam, lahir di kampung, lahir dalam keadaan berpelajaran, lahir dalam keIslaman, lahir dalam kekayaan, lahir dalam keadaan yang cukup. Dengan kesemua ini aku hanya mampu bersyukur, syukur yang tak terhingga, tak terbalas walau setitik nila atas segala kuniaanNya ini. Dan jika aku ingin mencintai Allah swt pula, cukupkah kasihku membalas al Rahman dan al RahimNya. Yang aku tahu, aku cuba melakukan semua yang disuruhNya. Untuk mendapatkan cintaNya aku tak tahu adakah aku layak atau tidak. Aku bukan wali, aku bukan ulama, aku bukan solihin....aku manusia biasa yang cuba untuk menjadi muslimah sejati, yang bercita-cita untuk menjadi kekasihNya di Akhirat kelak, ingin mendapat perlindungan dan keamanan dariNya. Ingin dilindungi Allah swt setiap masa hingga ke akhir kehidupanku dunia akhirat.



Amin amin ya Rabbal alamin...........

Lirik Translate

Bangunlah wahai anak-anak al Aqsa
Ratakan bumi dengan api!
dan gegarkanlah keamanan Israel
Nyalakan mereka gunung berapi

korus#
Bangunlah, Gegarkanlah
Gegarkanlah keamanan Israel

Sesungguhnya mereka lemah dan ragu-ragu
Tiada semangat untuk berjuang
Mereka umpama sarang labah-labah
Ketika berhadapan dengan orang perkasa
Gegarkanlah keamanan Israel
Nyalakan mereka gunung berapi!

korus#
Bangunlah, Gegarkanlah
Gegarkanlah keamanan Israel

Sesungguhnya mereka tiada kesatuan
dan mereka takut kematian
Di sebalik tembok mereka berselindung
Mereka pengecut, cintai kehidupan
Gegarkanlah keamanan Israel
Nyalakan mereka gunung berapi!

korus#
Bangunlah, Gegarkanlah
Gegarkanlah keamanan Israel

Tentera mereka mengharapkan jaminan
Zaman mereka telah berlalu
Tentera mereka umpama tikus dalam peperangan
Telah sampai waktunya mereka musnah
Gegarkanlah keamanan Israel
Nyalakan mereka gunung berapi!

korus#
Bangunlah, Gegarkanlah
Gegarkanlah keamanan Israel

Mari lancarkan roket kita
Berikan besi panas kepada mereka
yang ketakutan itu
Katakan kepada mereka
kami akan bertahan
Kami serahkan segala apa yang kami miliki
Gegarkanlah keamanan Israel
Nyalakan mereka gunung berapi!

korus#
Bangunlah, Gegarkanlah
Gegarkanlah keamanan Israel



MUHASABAH DIRI

Bila dengar lagu al Qassam ni, aku tengok diri balik. Mana perjalanan aku yang sebenarnya?? Bisnes online, cari duit, atau mencari ilmu akhirat???? Aku dah mula mencari fatamorgana dunia. Dulu aku selalu tanya abah aku, boleh tak nak dengar lagu? boleh tak nak tengok cerita? boleh tak itu, boleh tak ini..... hmmm, aku patut berfikir sendiri, mengambil langkah sendiri. Biarpun semua orang cakap jangan drastik, tapi aku dah hancurkan harapan aku. Perasaan aku yang elok dahulu mula di isi dengan lagu2, movie omputeh dan macam2 lagi. Aku rasa menyesal tapi apa aku boleh buat, Sama seperti kata kawan baikku, suasana yang seperti itu memerlukan mujahadah yang besar... Astaghfirullah al adzim.... Mampukah aku kembali semula membentuk peribadi diri aku menjadi elok seperti dahulu. Mataku dah tercemar, bibirku/lisanku dah tercemar, fikiranku dah tercemar, MATAKU dah ternoda. Alhamdulillah aku masih lagi di beri peluang untuk kembali, Alhamdulillah... Apa guna perkataan, apa guna kata-kata andai tidak di buat. Aku cuba untuk membetulkan laluanku. Soal dunia, fatamorgana biar aku letak di tepi dulu.

Dan aku takut, serta amat takut... aku takut dengan diri sendiri. Sedangkan Allah swt sentiasa membetulkan laluanku, tapi aku...manusia. Aku takut dan terlalu takut. Aku takut kerana aku adalah aku, tapi aku tetap bersyukur dengan sepenuhnya kerana Dia telah menjadikan/menciptaka aku, membenarkan aku mengenaliNya, menyayangiNya. Siapalah aku yang sentiasa ketakutan, yang takut dosaku (rambut aku!!!!), lisan aku yang tak terjaga, aku takut. Takut aku hina. Biar aku hina, hodoh, buruk di mata manusia (luaran bukan dalaman) asal aku dilihat baik dimataNya. Agar Rasulullah saw bangga denganku. Aku takut tidak mampu. Ketakutan aku kerana aku manusia biasa, aku kaum Hawa, aku insan biasa, hanya makhlukNya. Aku penuh dosa. Walau aku puas bertaubat aku masih lagi di belenggu dosa.

Impianku - andai aku mempunyai anak, sepasang lelaki dan seorang perempuan - ingin aku tutup telinganya dari dunia dan jadikan dia tahfiz dan hantarkan ke sekolah pondok untuk belajar ilmu akhirat. Belajar bahasa Arab dan mendalami al Quran, hadis dan sunnah. Kemudian aku ingin hantarnya ke kem tentera untuk belajar ilmu peperangan dan aku akan hantar dia mendalami ilmu mempertahankan diri. Bila dia mejejak umur 21 tahun maka akan aku hantarkan dia ke mana2 tempat yang diperlukan untuk mempertahankan negara dan Islam.
Dan anak keduaku akan aku ajarkan dia ilmu al Quran dan terjemahan sama seperti abangya. Dan apabila dia habis belajar di Sekolah Agama akan aku hantarkan dia ke UIA untuk menjadi seorang doktor. Dengan kepakarannya semoga dia dapat membantu pasukan2 keamanan dunia untuk menyelamatkan orang2 yang berperang di jalan Allah swt.
Dan gadis pingitanku akan kubesarkan dia menjadi seorang muslimah sejati. Diberi ilmu agama dan ilmu dunia. Akan aku jadikan dia seorang guru, dan seorang guru mengaji. Mungkin guru bahasa, mungkin guru matematik, mungkin guru sains, tapi yang pasti setiap malam dia akan mengajar budak-budak mengaji. Dan dia akan menjaga pandangannya, tingkahnya, lisannya dan pergaulannya. Dan di saat dia melangkah keluar meninggalkanku, aku hanya mampu berharap agar dia mampu menjadi isteri dan anak yang baik. Serta ibu yang dikasihi.



Amin amin ya rabbal alamin.........

Labels

Archive