Assalamualaikum.....
Sekarang aku berada di Shah Alam, saja lepak2. Alhamdulillah aku masih di beri peluang untuk bernafas dengan baik, syukur ke hadrat Ilahi/
Fistula, perkataan dan perkara yang menakutkan bakal terjadi pada diri aku. Creatinean aku semakin meningkat yakni semakin teruk. Aku sangat takut sebab aku taknak dialisis, Aku nak hidup bebas. Gerun sangat bila dengar doktor cakap aku kena buat tapak/fistula sebagai persediaan. Aku rasa macam nak menangis. Rasa takut sangat. Betullah orang kata kesihatan paling utama sebab sihat tubuh badan ni tak mampu nak dibeli dengan wang. Kau kaya macam mana pun kalau kau sakit Allah sahaja yang boleh menyembuhkan.
Aku dapat kerja kat KKM. Tapi penempatannya aku belum tahu. Dan aku kena fikir pasal fistula pula. Serabut sangat rasanya. Entahla, kita kena ingat SEBAIK BAIK PERANCANGAN ADALAH DARI ALLAH. Kau buatlah macam mana sekalipun yang akan menentukan adalah Allah swt. Aku hanya mampu berdoa agar Allah permudahkan segala urusan aku DUNIA AKHIRAT.
INSHAAALLAH