Muhasabah diri, mengenal diri dan paling berat memahami diri. Memahami seksa yang ditanggung setiap waktu. Setiap waktu aku selalu berdoa agar aku dilindungi Allah dari segala fitnah, ancaman dan segala macam ujian dunia. Kadang-kadang aku rasa setiap kali aku berdoa agar dosaku diampunkan dan berilah aku ganjaran syurga, sejuta masalah akan menimpa aku.. kadang-kadang aku rasakan seolah-olah beratnya dugaan hingga aku rasa tak mampu, tapi setiap kali aku sujud memohon ketenangan kepadaNya, aku akan merasa lebih tenang. Aku makin dekat kepadaNya. Kadang-kadang aku rasakan dunia tak mampu lagi ku tanggung, derita aku bukan sedikit, tapi itulah ujian dan aku percaya janjiNya. Bukanlah bermakna aku ini wali, tapi hati aku sendiri merasa dekat dengan Dia bila aku sujud memohon ketenangan. Jika aku sujud sewaktu aku lapang, agak sukar untuk aku merasakannya. Bagi aku dunia seperti lakonan, apalah ada dalam setiap gerakan. Aku bagaikan pelakon di sini, jika aku tak mampu memainkan perananku, aku kalah dan banyak kali aku kalah. Yang mampu ku lakukan hanyalah memohon perlindungan dariNya. Hati yang resah selalunya lebih dekat dengan Pencipta, aku pernah terlihat ungkapan ini. Ya, jawapannya benar. Bila aku terlalu jauh dan keliru, Allah akan bentangkan ujian dan kesedaran kepadaku. Biarlah berat kurasakan agar bila aku menghadapNya doaku akan lebih jujur untuk disuarakan. Entah kenapa dan mengapa, hanya Allah yang Lebih Mengetahui.

Ni gambar pokok dekat rumah aku.. Terima kasih untuk kakak aku sebab jasa dia yang yang tangkap gambar ni.. Aku main amek je. Masih lagi aku diam kat kampung aku, tak pasti bila pulak aku nak jejak kaki ke shah alam. Memandangkan tahun lepas aku terlepas peluang nak sambung belajar, tak bernakna aku dah taknak cuba nasib untuk tahun ni.. Takpela bukan UIA, UiTM, USM sekalipun... asalkan aku mampu nak teruskan hajat aku untuk grad tercapai dan dapat kerja yang berpatutan, okay dah. Ye la, dulu kat UIA aku terpaksa berhenti sebab aku baru je keluar wad, jadi masih kurang mampu. Kat UiTM elok je 2 semester sakit aku okay tapi dapat jangkitan pulak.. Elok aku dapat USM tahun lepas abah aku tak bagi. Ye la dah dia janji dengan Umi aku tak bagi jauh-jauh dah. Kalau ikutkan Umi aku dia tak bagi aku belajar dan kerja pun, tapi aku tetap minta izin jugak cakap aku mesti nak kena belajar gak. Salah aku jugak, apesal nak kena mintak jauh kat Penang padahal kat negeri aku pun ada institut pengajian tinggi awam.. Menda dah jadi ye tak... Tahun ni insyaAllah aim aku UMK atau UiTM. Nanti tiap minggu boleh balik umah kalau stress, kui3.

Tapi sebenarnya aku nak gi shah alam nanti, antara 2 pulak asenya. Hari tu memang agak berkobar-kobar tapi sekarang bila aku duk tengok adik aku berbelah bahagi lak. Aku dah pernah tinggalkan Umi aku, sekarang memang kejam ase bila aku buat pulak kat adik aku. Memang la dia gi sekolah tapi malam nanti sesorang lak dia tido kalau aku takde. Malam tadi pun dia duk mintak tolong aku nak fotostat kerja, nak print lagi. Pening aku dengan dia.

Baru-baru ni aku agak stress, ni pun ada sikitsikit tapi kadang-kadang je. Banyak sangat impian aku tapi belum ada rezeki. Dah takdir aku macam ni, terima sajalah.Lagipun aku yakin dengan hikmah di sebalik setiap kejadian.

Dah jam 4.19 a.m... aku berhenti dulu, sekian.


Kepada semua muslimin dan muslimat, silalah lihat dan cari suratul Kahfi...kalau boleh cari yang ada maksud ye, dan hafallah...saya pun belum hafal lagi...Moga kita dijauhkan dari fitnah Dajjal, amin.

Maaf tak boleh nak tolong carikan video pasal kat kg, line internet tak sempoi, lembab je cam siput hehe.
Salam dan hai

Memandangkan beberapa kali aku menghadapi kesukaran nak membuka blog kesayangan aku ni, maka beberapa entry yang agak ada isu telah aku buang atau renew isinya...Bagi mereka yang telah baca maka tahu apa isinya, aku hanya sekadar memberitahu apa yang dilihat, kebenaran maka boleh kaji sendiri sebab aku pun masih di dalam tempurung. Mungkin entry aku terlampau maka masalah nak membuka blog pun terlampau, tapi nasib baik masih boleh buka, kalau tak memang meraung aku. Kalau tak dapat buka fb pun takde la aku sedih bagai, blog ni dah macam a part my life, silalah jangan ada apa-apa ya... Perghhh memang bahagia giler bila bersua blog kesayangan aku ni, memang jarang aku cakap aku sayang giler kat blog aku ni kan..huhu...Bila ada masalah cam ni memang aku sedar, blog ni memang salah satu kehidupan aku kot. Mulai hari ni story pun hanya yang biasa-biasa je atau aku update pasal fanfiction ke atau update lagu, tu je la..lead a simple bloglife.. Bulan lepas aku dah check out duit dari Nuffnang, tapi kenapa belum sampai..Mungkin sebelum ni sebab banjir maka lambat la, tapi sekarang setakat hujan je, jalan pun dah sibuk ni. Duit Nuffnang aku, silakan sampai.

No Twinkle2




sekian, assalamualaikum.
Salam subuh...

Alhamdulillah, terima kasih kepada abg afdlin shauki kerana dengan usaha dia dalam membantu Palestin dan cuba memberi kesedaran tentang isu Islam telah membuat aku kembali melihat diri, andainya artis-artis mampu memberi pengaruh yang sebegini, Alhamdulillah. Jika dahulu aku follow Afdlin sebab suka tengok dia berlakon, tambah-tambah watak yang diberi cute-cute je...Sekarang aku syukur, sekurang-kurangnya dalam ramai-ramai artis yang aku follow twitter mampu buat aku muhasabah diri...Semoga Allah sentiasa memberkati hidupnya.. Dan terbaru aku dapat link ni... Harap Malaysian dapat baca dan fahami, sesungguhnya semua Islam adalah bersaudara.






Bila aku melihat video ni, hati aku terkesan, tersentuh....aku ingin berubah jadi baik, sudah berapa kali dan akhirnya terlalu rapuh.......apa yang harus aku mulakan dahulu?

Labels

Archive