Mengapa manusia tak pernah merasa puas dengan hidup? Atau adakah ayat aku salah? Aku sendiri kadang-kadang merasakan hidup aku belum cukup sempurna. Apa yang aku perlu ada supaya hidup aku sempurna? Aku tak pasti. Jika dilihat dalam konteks kehidupan manusia, aku dapati kebanyakannya tidak puas dengan apa yang mereka miliki. Sudah ada kereta, tapi masih mahu memiliki kereta besar, sudah lulus peperiksaan tapi masih mahu jadi yang terbaik, sudah ada rumah tapi masih mahu mencari rumah lain yang lebih besar, sudah ada duit tapi masih mencari lebih banyak duit, sudah ada kawan tapi terus mencari kawan lagi, sudah ada laptop ACER tapi masih mahu mencari APPLE dan iPod. Kenapa? Ya, aku juga sama, turut tergolong dalam kawanan manusia di atas. Everything must be perfect. Aku suka setiap apa yang aku lakukan sempurna. Kalau aku menulis karangan dan aku rasakan tulisan aku buruk, aku rela tulis sekali lagi. Kalau aku sudah ada handbag Leno, aku masih mahu memilki handbag Gucci. Keperluan dan kehendak, ya kehendak manusia sangat luas dan kadang-kadang kehendak sudah bertukar menjadi keperluan. Tengok sahaja sekarang, laptop yang dahulunya merupakan satu kehendak sudah bertukar menjadi keperluan hidup bagi semua manusia khususnya pelajar dan orang yang bekerja. Handphone turut mengalami transformasi tersebut. Dan tiba-tiba aku merasakan mempunyai blog juga akan bertransformasi kepada satu keperluan hidup manusia,hurmm siapa tahu kan? So,pendapat korang?

Assalamualaikum untuk semua blogger moga-moga sejahtera semuanya..

Okay,ni first time chekleen join contest.Ini pun di tag oleh cik mish. Contest ini adalah first contest yang chekleen join,so macam melilau sikit pasal tak tahu macam mana.Chekleen gi la skodeng blog cik anita sebab nak lebih memahami..ehehe....

First time join contest GA cik anita songeh.. :)


tarikh tutupnya: 30/10/2010

sila...sila join ye..senang je..(walaupun chekleen agak terkulat-kulat..maklumlah first time)...

bagi melengkapkan syarat penyertaan chekleen nak tag ASY dan esther..mekasehhh..hehe 

AssalamualakUm dan salam sejahtera..

Maafkan chekleen pasal agak kelam-kabut dengan blog, kadang ada...kadang takde. Bukan apa,chekleen merasa agak kurang sihat ditambah dengan kemalasan..ekeke.Seperti yang chekleen janjikan untuk mengupload lagu mp3 P. Ramlee, di bawah ini chekleen sediakan lagu-lagu pilihan anda..silakan enjoyss ;)




P_Ramlee_Saloma_-_Malam_Ku_Bermimpi.mp3






Salam..

okay,entry ni ringkas je..chekleen pun tak tahu nak cakap apa tu auto blogwalking..tapi bagi sesetangah pihak..macam chekleen yang guna manual walking ni rasa tak elok la kan..ekceli chekleen dah ada tebaca entry pasal auto bw ni dekat blog wan hazel..mende ni alah macam sejenis software..so bagi menunjukkan anda blogger yang blog manual..sila letakkan smiley di penghujung ayat anda kerana pengguna auto bw tak dapat lakukannya..macam tu lah chekleen baca entry seri. klik sini jika nak tahu..so chekleen pun tak berapa tahu gak mende ni..so,inilah lah penting blog walking kan..kalau korang blog walking,korang akan belajar banyak mende yang kamu tak tahu..macam chekleen ni memang banyak lagi kena belajar..okaylah korang sila letak smiley kat penghujung ayat dalam shoutmix dan cbox ye..mekasih :)

Hendak ku nangis
Tiada berair mata
Hendak ku senyum
Tiada siapa nak teman
Kalaulah nasib
Sudah tersurat
Begini hebat
Apa nak buat

Di mana kan ku cari ganti
Serupa dengan mu
Tak sanggup ku berpisah
Dan perhati patah, hidup gelisah

Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggalkan sendirian
Tiada berteman dalam kesepian

Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada bergema
Keluhan hatiku membawa derita
Kini kau jua tak kunjung jelma

Di mana kan ku cari ganti
Mungkinkah di syurga
Untuk kawan berduka
Menangis bersama, selama-lamanya

Pernahkah anda mendengar irama syahdu ini?Kenalkah anda siapakah penyanyi lagu ini?Ya,P.Ramlee ata nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh @ Ramli Puteh.Beliau telah menggunakan nama P.Ramlee pada tahun 1947.Mari kita lihat sedikit maklumat tentang penghibur kebanggaan kita ini.



Name: Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh @ Ramli Puteh

Known as: P Ramlee (since 1947)

Nationality: Malaysian

Birthplace:
Grandmother's house at 40A Counter Hall *, Penang, Malaya
(* Renamed Jalan P Ramlee on 30 Aug 1983)

Date of birth: Morning of Idil Fitri on 22 March 1929 (Wednesday)

Father: Teuku Nyak Puteh Teuku Karim (1902 - 1955)

Mother: Che Mah Hussein (1904 - 1967)

Sibling: Sheikh Ali Mohamad (Step brother. Mother was Che Mah Hussein.)

Spouse:
Junaidah Daeng Harris (Married 1950. Divorced 1954.) 
Noorizan Mohd Noor (Married on 6 Feb 1955. Divorced 1961.)
Salmah Ismail a.k.a. Saloma (Married on 21 Nov 1961.)

Children:
Mohamad Nasir (Son. Born 1953. Mother was Junaidah.)
Arfan (Son. Born 1954. Mother was Junaidah.)
Sazali (Son. Born 1958.)
Armali bin Aman Ramlie a.k.a. A R Tompel (Step son. Born 1953. Mother was Saloma.)
Safarina bte Mum @ Dian P Ramlee (Adopted daughter of Saloma. Chinese parentage.)
Zakiah bte Ahmad Rejab @ Zazaloma (Adopted daughter. Born 1963.)
Sabarudin bin Ramlee @ Badin (Abdopted son. Born 1966.)

Education:
Kampung Jawa Malay School
Francis Light English School (1939 - 1941)
Japanese Navy School 'Kaigun Gakko' (World War II)
Penang Free School (1945 - 1947)

Profession: Actor, singer, comedian, songwriter, screenwriter and film director.

Credits:
390 songs: as singer, songwriter and/or composer. 
66 films: as actor, singer, screenwriter and/or film director.

Stageplays:
'Jiwa Putera Melayu' (1956) as director.
'Sultan Mahmood Mangkat Di Julang' (1959) as writer and director.
'Damaq' (1962) as director.
'Sam Pek Ang Tai' (1972) as actor and director.

Radio dramas:
'Jiwa Putera Melayu' (1955) as producer.
'Kachep Mas' (1961) as writer and director.

Television dramas:
'Intan' (1971) as actor, singer and composer.
'Rantau Selamat' (1972) as actor, singer and composer.

Career Highlights:
Travelled to Singapore on Idil Fitri to audition for Malay Film Productions of Jalan Ampas (8 Aug 1948).
Moved to Kuala Lumpur to join Merdeka Film Productions of Ulu Klang (16 Apr 1964).

Awards: Various awards throughout career.

Music Group:

'Nada Minggu' in Penang, Malaya
'Orkes Mutiara' in Penang, Malaya (1946)
'Pancharagam Rangkaian Melati' in Penang, Malaya (1946)
'Pemuda Indonesia Keronchong Party' in Penang, Malaya (1946)
'Sinaran Bintang Sore' in Penang, Malaya (1946)
'Coronation Amateur Party' in Penang, Malaya (1947)
'Teruna Sekampong' in Penang, Malaya (1947)
'Pancharagam Mustika' in Penang, Malaya (1948)

'Kembang Murni Keronchong Party' in Singapore (1949)
'Orkes Malay Film Productions' in Singapore
'Pancha Sitara' in Singapore (1960)
'P Ramlee Keronchong Orkes' in Singapore (Oct 1960)
'Pancha Sitara II' in Singapore (Dec 1960)
'The Veteran' in Singapore

'Ben Puteh 5 Merdu Orchestra' in Kuala Lumpur (1970)

Film participation:

Asian Film Festivals (Hong Kong*, Jakarta, Kuala Lumpur*, Manila*, Seoul, Singapore, Taipeh* and Tokyo*)
International Film Festivals (Paris* and Berlin).
* Awards winning

Death:
Died of heart attack at 5.30 a.m. on 29 May 1973 (Tuesday) at age 44.
Buried at muslim cemetary of Jalan Ampang in Kuala Lumpur.




my favourite song::


Sazali oh Sazali


Jangan Tinggal Dakuuuu 
 





Chekleen rasa macam nak up semua lagu P.Ramlee..semua best sangat sangat sangat..Love his songs very much..Chekleen selalu dengar lagu Tanya Sama Hati,Malam ku Bermipi,Dendang Perantau,Bila Larut Malam..aiyokkkk semua la..

Nanti next entry chekleen upload lagu P.Ramlee untuk korang-korang download ye...

wassalam 


Okay first of all,chekleen nak tanya..sape pernah naik flight?Sila angkat selipar Jepun anda..(apa kena mengena ye?).Okay,chekleen mahu cerita la.Air Asia sangat murah okay.Chekleen boleh jamin pasal chekleen pun salu guna Air Asia.Dia ada kadar dia and dia ada time-time promosi.Serius,semua orang pun boleh nak naik.Alah berapa puluh je sangat.Macam kalau di kira harga tiket bas dari Kelantan ke Kuala Lumpur (kira yang selalu chekleen guna la)..pun dah RM40 lebih..Kalau beli tiket Air Asia?lebih kurang je harga.Dah la cepat sampai,selesa..memang berbaloi..(kecuali korang jenis fobia naik kapal terbang).Tapi rileks je la,tak de takut apa pun..bukan korang rasa pun..naik-tido-bangun dah sampai rupanya..huhu..
Cuba tengok imej ni..promosi dari Air Asia..takke murah..

 Pastu ada yang ke Haneda,yang promosi Ohio ke Jepun tu..tak jumpa laks chekleen gambonye..senang-senang korang klik la sendiri kalau keluar iklan Air Asia ni pasal chekleen pun tak tahu nak up cemane video dia..huhu..Tapi chekleen leh upload sebagai gambo je la..nak wat cemane,chekleen ni bloggerist kuno..kui3

Kalau korang nak merasa naik flight tapi duit sikit (kot-kot la takut kempunan nanti tak dapat naik),korang leh je try tengok kat laman web Air Asia..semua tiket murah-murah dan berbaloi dowh!..
MARI MARI MENGUCAPKAN TAHNIAH UNTUK PASUKAN KELANTAN!!WEEEHUUUU!!

Chekleen sangat gembira menyaksikan perlawanan bola sepak Kelantan melawan Kedah.Serangan-serangan kencang dorang,pehhh..dan tahniah kepada Shahrul Idlan pasal jadi MAN OF THE MATCH,yeayy!!!
nor shahrul idlan talaha

Shahrul Idlan ni dia punya serangan banyak taw,tapi gagal..last-last,GOAL!!!!!jugak..memang mengancam giler la..tak silap chekleen dalam 10minit terakhir kan?ke kurang?Tapi dalam minit terakhir la..Debar-debar dah tadi..dan tahniah juga untuk Khairul Fahmi,penjaga goal Kelantan yang hebat lagi hensem.Kalau lah dia tak jaga gawang betul-betul,mesti ada goal dari Kedah.Fuhhhhh...selesai..Tahniah kepada semuaaaaa pemain pasukan Kelantan pasal main dengan sangattt hebat!!(chekleen taknak ulas panjang-panjang kali ni pasal chekleen taw semua orang tengok tadi kan).Maka ini bermakna sekali lagi Kelantan akan bertemu dengan pasukan Negeri Sembilan,ehehe..Wan Jamak jangan segan-segan nak bertembung dengan Kelantan lagi ye.

Wan Jamak:Sathia,bejumpo lagi kito yo..Pekabo ee jang?
Sathia:Kawe sehak jah We Jamok..Tunggu la nati kito jupo pade.

Tajuk tu saje letak nama Shahrul Idlan pasal dia sumbat satu goal kepada Kelantan..So resultnya

KELANTAN 1   KEDAH  0

Jum kibar bendera!!






Lagu bola sepak Kelantan
Olek olek olek

Sumbat gol sumbat gol
Olek olek olek
Sumbat gol sumbat gol

Kito anok kelate
Bako oghe berani
Bilo masuk pade
Kito gomo sengoti
Kito gomo sengoti..


 


TAHNIAH JUGA KEPADA PASUKAN NEGERI SEMBILAN PASAL MENANG
Walaupun di tempat sendiri mereka kalah dengan Johor,tapi mereka bangkit kembali.(berapa eh goal dorang dapat?)

Dan kepada pasukan Kedah dan Johor,tahniah juga untuk anda.Perlawanan menjadi sengit pasal anda merupakan lawan yang sangat hebat,terutama Kedah dalam melawan Kelantan.memang susah perlawanan tu,tapi rezeki berpihak kepada Kelantan.

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA!

Labels

Archive