BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Followers

Wednesday, March 9, 2011

A DOCTOR IN THE HOUSE:THE MEMOIRS OF TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

Assalamualaikum kepada semua yang membaca.

Memandangkan kebanyakan pembaca yang hadir ke blog saya adalah dari kalangan rakyat Malaysia yang memahami bahasa Melayu, maka penulisan saya juga adalah dari kategori bahasa Melayu. Hari ini 9 Mac 2011, saya telah membaca surat khabar Kosmo dan tajuk yang paling menarik perhatian saya ialah usaha Tun Dr Mahathir dalam memperjuangkan kreativitinya dalam bentuk penulisan buku. Mungkin ramai yang tahu bahawa Dr Mahathir selalu menulis tentang pemikirannya mengenai dunia, Malaysia dan segalanya di dalam blognya, chedet/blog Dr M. Setiap olahan penulisannya banyak memberi tunjuk ajar dan boleh saya katakan membaca blognya seolah kita sedang belajar sejarah Tanah Melayu, Malaysia, Singapura dan belajar tentang dunia. read more
Setiap kali membaca intipati yang terdapat di dalam blognya, saya semakin memahami apa itu pemikiran kritis yang di tekankan. Buka minda, lihat sekeliling, lihat Malaysia, lihat dunia, dan beri pandangan mengenainya. Mungkin ramai yang tidak tahu antara yang menjadi pemangkin saya membuat blog adalah dari Dr Mahathir sendiri.  Semuanya bermula apabila saya melihat dokumentari mengenai Dr Mahathir di kaca televisyen dalam saluran 501. Kagum, itu sahaja yang mampu saya katakan, setiap usaha yang ditunjukkan dalam mencapai kejayaan. Dorongan keluarga, kegigihan, memang membuatkan saya kagum dengan Dr Mahathir. Ya, antara pemangkin saya memulakan penulisan blog adalah saya teringatkan situasi Dr Mahathir di mana dia menggunakan penulisan di blog sebagai saluran untuk menyuarakan pandangannya. 

Baiklah, terus kepada tajuk saya, tajuk A DOCTOR IN THE HOUSE: THE MEMOIRS OF TUN DR MAHATHIR MOHAMAD merupakan karya penulisan Dr Mahathir dalam bentuk buku. Melalui Kosmo saya mendapat tahu bahawa penjualan buku ini laris sebanyak 1,000 naskhah pada hari pertama. Selain mampu menjadi antara pembeli pertama, mereka juga mampu mendapat tandatangan daripada Dr Mahathir. Penerbit mengatakan bahawa pihak mereka telah mencetak sebanyak 50,000 naskhah  dan bagi sesiapa yang mahu membelinya boleh dapatkan di kedai-kedai buku terpilih di seluruh negara termasuk di premis milik MPH Group. Buku ini merupakan satu sudut pandangan Malaysia dari kacamata Tun Dr Mahathir selama 22 tahun dia memerintah dan menjadi yang terbaik. Selain mendapatkannya di kedai-kedai buku, anda boleh juga mendapatkannya melalui laman web iaitu www.mphonline.com.


antara isi kandungan buku ini

2 manusia nak cakap mende kat aku:

NasZ said...

nnt nak cari beli buku ni..huhu..

miss chekleen said...

good!hehe.. :)

siapa itu???

BLOGGERS