ROZITA MENDERITA SAKIT KRONIK
Kemunculan pelakon cantik Rozita Che Wan menerusi layar skrin televisyen membawakan pelbagai watak pastinya cukup dinantikan peminat setianya. Malah kemampuannya menghayati watak diberikan ternyata memadamkan ’cakap-cakap’ yang dia bersandarkan wajah cantik semata-mata.
Namun menerusi drama menyayat hati penuh konflik Mentadak yang bakal disiarkan di saluran Dunia Ria, Rozita memegang watak seorang wanita tabah yang menghadapi tekanan hidup akibat sejenis penyakit kronik bergandingan dengan pelakon lain antaranya Emelda, Ezani Nizarif dan Intan Azura.
Watak Hani yang dijayakan Rozita memerlukannya menghidupkan watak wanita penghidap penyakit Lupus SLE yang sedang menghampiri hari-hari terakhir sebelum kematian. Hani seorang yang kaya dan mempunyai sejarah latar belakang yang mewah sejak kematian suaminya kerana peninggalan wang pampasan dan insurans yang tinggi.
Hani ditemukan dengan seorang rakan karib bernama Shila yang juga senasib dengannya. Kebetulan Shila memperkenalkan seorang rakan bernama Anas, seorang pengedar dan pengimport buku-buku agama. Perkenalan Hani dan Anas menjadi intim dan menimbulkan bibit cinta.
Pada akhir perhubungan mereka, rupa-rupanya Anas bukanlah lelaki baik seperti yang disangkakan.
Rahsianya terbongkar apabila dia bersekongkol dengan Shila untuk mengaut kekayaan daripada insan yang lemah berpenyakit seperti Hani.
Setelah diselidiki latar belakang kehidupan Anas, beliau rupanya pernah berkahwin dengan empat wanita berpenyakit fatal seperti Hani. Tugas Anas dan Shila ialah menjatuhkan kehidupan dan mengaut keuntungan serta kekayaan setiap kali berkahwin dengan wanita yang bernasib malang.
Kehidupan Hani ditampari pelbagai dugaan dan cabaran hidup setelah diperdayakan Anas dan rakan baiknya Shila. Ikutilah kesudahan kisah mereka dalam drama menyentuh emosi, Mentadak Jumaat ini, jam 8.35 malam di saluran TV2.

SLE stands for Systemic Lupus Erythemathosus
2 comments:
tak minat rozita ni...kontrol ayu sgt....berlakon jadi org kampong pakai kain batikpun bulu mata melentik giler...hahaha....lain la kalau pakai baju kebaya kota bharu sepasang...sesuai la dgn bulu mata pelesu tu...
suka ayu raudhah dalam dari mata arisa ekekekke....
hahaha kakAZZ,cun ket kai mulu mata pelesu tu,kakAZZ try la pakai..hik3..
ala,try la tgk lu malam sok kakAZZ...
jgn tgk dia,p tgk isi cite dia...okeh?
hehehe~
Post a Comment