Assalamualaikum manusia sekalian..

        Alhamdulillah semua sudah selesai..malam tadi merupakan malam last konsert AKADEMI FANTASIA musim ke-8 dan ini bermakna berakhirlah kehidupan mereka semua sebagai pelajar di akademi. Sekaligus keputusan siapakah JUARA di hati peminat2 AF8 terjawab...
KEPUTUSAN :
1.AHMAD SHAHIR ZAWAWI (SHAHIR)-JUARA
2.SITI ADIRA SUHAIMI (ADIRA)-NAIB JUARA
3.MUHD SHAHRIL FIRDAUS (DAUS)
4.MUHD FIRDAUS MAULANA MOHAMED (MAULANA)
5.EMIRZA AZWAN ZULAZRIN CHEW (IWAN)

        Peratus undian tak dapat lak disertakan pasal aku pun tak tahu.Cuma yang aku nak bangkitkan sikit,RUMAH DAH SIAP PAHAT MASIH LAGI DUK BUNYI kung kang kung kang.Sudah takdir SHAHIR jadi JUARA AF8,so kita semua kena terima lah,dah rezeki dia.Kita kena fikir dari segi logik,hakikat asalnya,IWAN dilihat sebagai juara pada permulaan game,tapi dia tersilap langkah.Pelik kan,tiba2 muncul wira baru di mata para pengundi..Rezeki neh,kalo Allah nak bagi,hah macam tu je.Sangat2 TAHNIAH buat SHAHIR.Harap dia pandai menjaga diri,jangan leka dan tabah mengharungi kehidupan sebenar di luar.Hakikat sebenar tak sama macam yang difikirkan,hari neh kita di sanjung esok lusa kita dikecam.Orang sibuk bergebang kata pelajar RECYCLE tak patut menang.hrmmm kan ke recycle neh elok dan digalakkan oleh kerajaan,dunia?So,no point la recycle ke tak recycle janji ada bakat,peluang,rezeki.TAHNIAH juga kepada semua FINALIS lain.Hakikatnya semua hebat,semua ada pengikut tersendiri,semua ada rezeki sendiri dan gunalah sebaik2nya.Dan lagi best Pengetua diorang takkan mengabaikan diorang semua..pehhh hebat.Tu la orang cakap,UNTUNG SABUT TIMBUL UNTUNG BATU TENGGELAM..diorang semua neh insyaALLAH berjaya la dalam dunia hiburan neh,tak menyanyi,berlakon..untunggggggg badan..hahaha(jelez aku taw)






AKADEMI FANTASIA 8

1. Nadiawati Ainul Basir atau Ain, 23 tahun, Sabah 
2. Dayang Nor Anum Arjuna Aharun atau Anum, 19 tahun, Sabah
3. Erma Suhaimi atau Erma, 21 tahun, Sabah (kakak kepada Adira)
4. Siti Adira Suhaimi atau Adira, 19 tahun, Sabah (adik kepada Erma)
5. Zafarina Jamhari atau Farina, 28 tahun, Sarawak
6. Muhd Shahril Firdaus El atau Daus, 22 tahun, Sarawak
7. Nadia Emilia Roselan atau Nad, 21 tahun, Selangor
8. Muhammed Shahril Mohd Saleh Hussein atau Shah, 26 tahun, Selangor
9. Muhammad Alif Kadim atau Alif, 18 tahun, Kuala Lumpur
10. Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir, 21 tahun, Perak
11. Emirza Awan Zulazrin Chew atau Iwan, 20 tahun, Negeri Sembilan
12. Muhd Firdaus Maulana Mohamed atau Maulana, 22 tahun, Johor


Tenaga Pengajar AF 8 :
Pengetua Akademi Fantasia Musim Ke-8(AF8)
Norman Abdul Halim
Tenaga Pengajar:
Siti Hajar (Guru Vokal Teknikal)
Linda Jasmine (Guru Tari)
Adnan Abu Hassan (Guru Vokal Persembahan)
Fatimah Abu Bakar (Kaunselor dan Guru Bahasa Inggeris)
Que Haidar (Jurulatih Drama)
Hos (Pengacara) Konsert Mingguan Akademi Fantasia Musim ke-8 (AF8)
Sarimah Ibrahim dan Jimmy Shanley 


LIRIK LAGU KEBAHAGIAN DALAM PERPISAHAN – SHAHIR AF8

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerana lantang terbaca dari muka
Kau dan aku sudah tiada keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang
Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih?
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan
Tiap titis airmata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam tapi hanya berdiam
Kerana cuba menafi realiti
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Kebahagiaan Dalam Perpisahan - Shahir AF8.mp3

Adira - Ku Ada Kamu Lirik
Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Seandainya hari esok runtuhnya langit dijunjung
Tabahlah menjunjung bersamaku
Seandainya hari esok dunia dilanda gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu
Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu

Adira - Ku Ada Kamu.mp3

Lagu: Edry Abd Halim (KRU Publishing)
Lirik: Edry Abd Halim (KRU Publishing)



Lirik Lagu Daus AF8 - Kenapa

Tubuhku menggeletar…
Di hati rasa berdebar
Apabila kau muncul menjelma di depan mata
Aku ketandusan kata kerana lidah rasa kelu
Ku cuba tepis perasaan tapi hati menuntut
Apakah sudah masuk musim cinta?

Katakan kenapa kau buat malamku sukar untuk tidur
Menanti esok tiba untuk berjumpa
Katakan kenapa kau buat siangku asyik mengelamun
Kepingin untuk bersama denganmu
Katakan kenapa?

Ku jatuh hati padamu…
Mataku tidak lekang tak jemu-jemu memandang
Bak kata mereka ‘Yang terbaik dari ladang’
Memberikan perasaan teruja yang menggoda jiwa
Setabah mana hati akhirnya pasti mengalah
Apakah sudah masuk musim cinta?

Katakan kenapa kau buat malamku sukar untuk tidur
Menanti esok tiba untuk berjumpa
Katakan kenapa kau buat siangku asyik mengelamun
Kepingin untuk bersama denganmu
Katakan kenapa? (ulang)

Kepingin untuk bersama denganmu
Katakan kenapa?

Daus AF8-Kenapa[studio_version].mp3


Maulana - RSVP Lirik
Kali pertama ku melihat hati sudah rasa terpikat
Bila kau membalas senyuman
Ku berkhayalan…
Kita berdua jatuh cinta
Kau milikku dan ku kau punya
Tapi di dalam realiti belum pasti
Ku pinta kau répondez s’il vous plaît
Jangan biar ku fikir ku bertepuk sebelah tangan
Ku rayu kau répondez s’il vous plaît
Agar dapat berakhir angan yang mengganggu fikiran
Dah tak mampu berselindung lagi
Cinta yang lahir dalam hati
Aku tahu kau juga mahu tetapi malu
Andainya benar katakanlah agar dapat mengorak langkah
Bila ku ketuk pintu hatimu
Izinku masuk
Luahkanlah ku perlu tahu
Luahkanlah isi hatimu

Maulana AF8-RSVP[studio_version].mp3

Lagu: Edry Abd Halim (KRU Publishing)
Lirik: Edry Abd Halim (KRU Publishing)


LIRIK LAGU V.I.P – IWAN AF8

Kau takkan percaya apa yang ku dengar
Khabarnya kau dah kecewa
Dengan diri ku yang tak luangkan masa
masa bercengkerama bersama mu
Oh kasih kau perlu tahu
Tiada yang penting selain cinta mu oh sayang
Tiada yang ku sanjung hanya diri mu seorang
Berikan aku peluang
Untuk buktikan padamu
Kau VIP hatiku
Mungkin ku tak arif memahamkan cinta
Ku sangka kau bisa faham
Ku sedar cara ku tidak cukup mesra
Masa bercengkerama bersama mu
Oh kasih kau perlu tahu
Tiada yang penting selain cinta mu oh sayang
Tiada yang ku sanjung hanya diri mu seorang
Berikan aku peluang
Untuk buktikan padamu
Kau VIP hatiku 2x
Walau tidak bersama engkau selalu di hatiku 3x
Kasih kau perlu tahu
Tiada yang penting selain cinta mu oh sayang
Tiada yang ku sanjung hanya diri mu seorang
Berikan aku peluang
Untuk buktikan padamu
Kau VIP hatiku 2x

Iwan AF8 - VIP.mp3

0 comments:

Labels

Archive