Pada suatu hari, ada seorang pemuda sedang mengecat bangunan yang tinggi, pada ketika itu dia sedang mengecat bahagian luat tingkat 24. Biasalah dia berdiri atas papan dua keping aje. Tiba-tiba ade sorang kawan tu menjerit dari dalam bangunan “ Ali, anak engkau cedera parah
kene langgar kereta”. Pemuda tu terkejut beruk mendengar anaknye kene langgar kereta. Sebagai bapa yang sangat menyayangi anak, dia jadi panik. Ape lagi dia pun terus melompat turun dari papan tu. Malangnye dia melompat bukan kedalam bangunan tapi kearah luar bangunan. Apa
lagi, terus jatuh kebawah ler. Jatuh dari tingkat 24, mau tak matinya. Pemuda tu terkejut besar kerana tersalah lompat, tapi sekarang dia ada masa sikit nak taubat, kerana dah tau tak lama lagi dia akan mati berkecai. Bila sampai kebawah pasti badannye hancur berderai. Terlalu sedih dia ketika itu. Dahlah tak dapat jumpa anaknya tersayang, dia sendiri pun akan mati kejap lagi. Pasti bertambah sedih isterinye nanti. Tiba-tiba waktu
badannya tengah laju menjunam kebawah, baru dia teringat yang dia belum ada anak lagi. Bila dah sampai tingkat sepuluh, teringat lagi satu perkara, yang dia belum pun kawin lagi. Dan apabila dah nak sampai ketanah, baru dia teringat yang nama dia pun bukannye Ali……tapi Mamat. Maka matilah si Mamat hanya kerana terkejut pasal anak orang lain kena langgar.

6 comments:

Mr. Asada said...

hahahaha.. sengal tol la mamat ni. sia-sia je..

The Official Miss CHEKLEEN said...

hahaha..sian kan mamat..

Un Phat Lee said...

haha.sedeh gua dengar cerita mamat ni.ehe XD

The Official Miss CHEKLEEN said...

hahaha..gua pun sedih atas sikap mamat ni..ekeke

Encik MamaT said...

nak tanya ni... cite ni ada kaitan ngan encik mamat ke tak? sebelum aku terjun bangunan baik bgtau cepat....

The Official Miss CHEKLEEN said...

takde pun encik mamat...mamat yang dalam cite ni tak sekolah,ekeke..

Labels

Archive