23 Julai 2011  7.00p.m

Bagi semua rakyat Malaysia, tarikh di atas (semalam) merupakan satu tarikh yang di tunggu-tunggu oleh semua terutama bagi peminat sukan bolasepak. Desas-desus, berita-berita tempatan, malahan majalah dan sisipan akhbar sentiasa menampilkan berita tentang kehebatan pasukan bolasepak Malaysia yang semakin hari semakin menempa kejayaan. Pasukan Harimau Malaya pimpinan K.Rajagopal sentiasa mengasah taring dan sedaya upaya mengaum bagi menakutkan pasukan lawan. Sempena tarikh 23 Julai 2011 (semalam), pasukan Malaysia sedaya upaya berlatih bagi memantapkan kemampuan masing-masing bagi menentang Singapura. Langkah yang paling berharga yang boleh dikatakan hadiah kepada pasukan Harimau Malaya ialah dapat melakukan perlawanan persahabatan dengan Arsenal, Liverpool dan Chelsea. Kelab-kelab bolasepak EPL ini adalah antara yang mempunyai pemain-pemain yang berharga seperti Van Persie, Samir Nasri, Walcott (Arsenal), Cole, Wilson, Robinson (Liverpool), Ashley Cole, Nicholas (Chelsea) mampu dijadikan sebagai satu pelajaran berharga bagi pasukan negara kita. Melalui pengamatan chekleen, pasukan negara kita telah meningkat dari segi potensi, skill, kemampuan mengawal bola, pertahanan dan cara serangan yang semakin tersusun dan sistematik. Memandangkan bantuan perlawanan persahabatan bersama kelab-kelab EPL ini, sejujurnya Harimau Malaya mempunyai kelebihan bagi menandingi pasukan Singapura. Namun, berbekalkan semangat dan kewibawaan yang tinggi, bersama harapan yang menggunung, Harimau Malaya hanya mampu menendang 3 gol melalui sepakan Safee Sali dan Hadi Yahya. Pada minit ke-2, sepakan pantas daripada Safee Sali telah menggemparkan stadium dengan sorakan daripada penyokong setia Harimau Malaya. Namun, dalam first half game Malaysia kelihatan kurang menyerang. Sesuatu yang amat menyakitkan hati apabila melihat defense seolah-olah tidak cukup latihan dalam memantapkan pertahanan Malaysia. Dalam 45minit pertama, demi membalas 1gol dari Safee Sali pemain-pemain Singapura mengasak pertahanan Malaysia dan menghasilkan 3 gol melalui Alexander Duric, Qiu Li dan Mustafic Fahrudin (minit ke 7, 21, 43). Ketegangan agak terasa di pihak penyokong dan pemain Malaysia. Dalam 45 minit kedua, K.Rajagopal telah menurunkan Hadi Yahya dan Izaaq bagi memantapkan lagi serangan. Well, I really hope Hadi Yahya dikeluarkan first half tadi. Who knows 5 gol dia dapat. Kemunculan Hadi secara tidak langsung menyemarakkan lagi perlawanan apabila Hadi berjaya menjaringkan 1 gol di susuli satu gol dari Safee Sali (minit 68 dan 69). Tindakan pantas dari kedua-dua penyerang Malaysia menyebabkan penjaga gol Singapura tergamam. Namun, seperti biasa Singapura sedaya-upaya membalas serangan Malaysia dan pemain Singapura Syi Jiayi meruntuhkan pertahanan Malaysia yang dijaga Sharbinee dengan tendangan gol pada minit ke 68. 

Dalam pandangan chekleen sendiri, pemain seolah-olah tidak mempunyai chemistry yang kuat antara satu sama lain (bukan semua). Sepatutnya, mereka mampu membaca pergerakan antara satu sama lain demi melakukan follow up terhadap tendangan dari rakan yang lain. Of course, I am not a football player, but I just want to release my opinion. Malahan bagi chekleen, penguasaan bola bagi Malaysia agak kurang. Well not all, bukan semua mempunyai masalah yang sama...tapi seperti yang dikatakan tadi, setiap player harus tahu membaca pergerakan bola. Kesalahan biasa yang dilakukan oleh player adalah selalu terlepas bola, tendangan terlalu laju, tendang tanpa ada follow up, teragak-agak di depan pintu gol (review statement bukan hanya review tadi), dan most of all.....DEFENSE!Sharbinee dia harus lebih mantap. It is not that dia tidak mampu menjadi penjaga gol, he is good, cuma dalam kepantasan menganalisis pergerakan bola terutama penalti. Well memang orang akan argue statement aku, giler kau chekleen, penalti tu..cemane nak save.. Kita sebagai pasukan yang bergerak ke hadapan jangan compare dengan yang biasa. We challenge everything to have this phenomena again (kebangkitan bolasepak), so just keep it up. Defense Malaysia memang mantap bagi chekleen, tapi sometimes hancur. Dalam perlawanan menentang Singapura tadi, aku mengaku sangat..sangat sangat...ya defense hancur. Kita bernasib baik kerana attack kita bagus...very good! Dalam perlawanan timbal balik nanti, aku harap kita akan lebih bersedia dan mantap dari segenap segi. Sekarang bukan lagi masa latihan, tetapi perlawanan sebenar. You choose to be a football player, then show us you strength.

Dan, aku tahu halangan yang paling dahsyat adalah padang tiruan Singapura yang ala-ala main futsal. Memang halangan terbesar kita kerana bola agak laju.

But...truth is...honestly said...AKU BANGGA MENJADI RAKYAT MALAYSIA, dan AKU UCAPKAN TAHNIAH KEPADA PASUKAN BOLASEPAK MALAYSIA YANG BERHEMPAS PULAS BERMAIN MENENTANG SINGAPURA, TAIWAN... Majulah Sukan Malaysia di persada dunia... 

Result :

Singapura(5) vs Malaysia(3)
Stadium Jalan Besar, Singapore
23/7/2011(Saturday) time: 7:30 malam
 
Keputusan tamat perlawanan
Penjaring - Safee Sali(min.1 & 69)
Aleksandar Duric(min.7 & 80)
Qiu Li(min.21)
Mustafic Fahrudin(min.43)
Syi Jiayi(min.45)
Abdul Hadi Yahya(min.68)

- Safiq Rahim dilayangkan kad merah minit ke-51.
- Pemain Singapura Ismail Yunus juga dilayangkan kad merah kerana menerima kad kuning kedua.
- Perlawanan berakhir dengan keputusan Singapura mengalahkan Malaysia jaringan 5-3.
 

Next match (timbal balik):
Malaysia vs Singapura 
Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur
28/7/2011(Thursday) time: 8:45 malam 

0 comments:

Labels

Archive