Hrmm, tetiba aku agak teruja dan terpengaruh untuk menulis fan fiction yang berkaitan artis-artis yang aku minat. Kadang-kadang aku ada jugak baca fan fiction tentang artis-artis korea, jepun. Kalau kita google memang banyak la, berbillion fan fiction. It’s a trend terutama bagi peminat-peminat artis Korea dan Jepun untuk membaca atau menulis fan fiction. Kisah adik-beradik, kisah bestfriend, kisah kononnya terjadi lagu diorang, memang di jadikan satu cerita imaginasi fans. Tetiba aku telah berjaya membuat satu fan fiction bagi artis korea kegemaran aku, BIGBANG. Walaupun agak tak semenggah, tapi itu baru first time aku buat, huhu... Sebenarnya aku nak ungkapkan tentang pasaran fan fiction bagi artis Malaysia. Kadang-kadang aku ada gak terasa nak menulis tentang cerita menggunakan nama artis, saja-saja la, nama pun peminat. Tapi memandangkan aku tak pasti ada ke fan fiction untuk artis Malaysia (macam tak ada je), so aku ambil keputusan untuk tidak. Yela takut jugak kang tak pepasal aku terpaksa naik court. Nak bersuka ria pun kena fikir consequences jugak, ye tak? So, aku ambik keputusan, stay to Japan and Korean idol je la untuk di jadikan fan fiction.

Sebaliknya pula, memandangkan orang dah rasa aku ni dah tahap obsess ngan Korean music, bagi aku tak kot. I’m not obsess with KPOP, tapi dengan YGE artis sahaja. Well, true obsess is for BIGBANG. Kalau orang lain yang minat KPOP tetiba menyanyi lagu SNSD, kompem aku tak tau lagu sape dorang nyanyi. Tapi kalau lagu tu famous ada kemungkinan gak aku tau. Kalau sesuatu lagu tu berentak electro, atau ada rapping, entah kenapa la senang aku nak layan. Aku memang suka lagu yang ada rap kot. Kalau ingat dulu pun,favourite aku kumpulan KRU, NICO, 4U2C, Feminin, memang hapal la lagu dorang. Then, Too Phat, aku rasa first time dengar lagu dorang (lupa dah tajuknya), aku tangkap layan. Aku rasa macam fenomena jugak la Too Phat time tu. So, bila lepas tu asyik duk melayan lagu jiwang and rock kapak je, tetiba hujung tahun 2009, aku dengar lagu Haru Haru, Big Bang. Well, memang kompem aku layan. Walaupun aku suka lagu macam ni, doesn’t mean lagu-lagu rentak lain tak masuk senarai. Semua lagu asalkan aku suka lirik, melodi maka aku layan je. Kalau tak takde la pulak aku minat dengar lagu-lagu Rossa, Melly, Spider, Pretty Ugly dan sebagainya (banyak sangat, belum lagi nak senarai Avril, Eminem, Linkin Park, Miley etc).

Okayla, sekian dan mintak maaf kalau ada sesape yang terasa dengan post aku kali ni. Mana la tau kan, kot-kot ayat aku ni nampak agak kasar bagi sesetengah orang. Taknak naik court dan tak nak tanggung dosa, huhu.

Alhamdulillah, genap 240 orang telah mengfollow blog neh...terima kasih untuk semua yang telah follow blog yang tak seberapa neh.

Tapi tetiba je aku rasa macam nak tahu kenapa ye korang follow blog yang tak seberapa neh. Kalau satu masa dahulu, tradisi I follow you, you follow me balik memang famous la. Aku pun dengan berbudi bahasa je ikut zaman dan budaya. Tapi sekarang aku dah malas nak ikut budaya tu. Kadang kala aku merajinkan diri gak blog walking, tapi salu satu arah je la kegiatan aku. So aku layan mana- mana blog yang best untuk di baca je. 

Kalau untuk mendapatkan isi bagi mengupdate post, aku memang tak pernah baca entry orang lain baru post kat sini. Aku suka apa yang wujud dalam kepala je nak tulis. Tapi tengok la, kalau yang memerlukan informasi berunsur fakta, terpaksalah jugak aku membuka mana-mana blogspot, wordpress, journalive dan sebagainya.

Dan juga masih lagi aku mahu tahu kenapa masih ada yang mahu mengfollow blog aku walaupun aku tahu blog aku bukanlah tahap best sangat untuk diikuti. Info pun memang jarang la wujud.

Tahniah untuk 240 followers blog aku.

Entah....apa aku nak tulis...

Sebenarnya banyak aku nak tulis, sejak bulan lepas lagi macam2 karangan wujud dalam kepala aku..rasanya kalo karangan tu aku jadikan novel, siap 3 buah buku..tapi sekarang bila aku dapat guna internet, bila semua ada, idea pulak takde...aku mengantuk sebenarnya ni...mengantuk...hmmm  tu je boleh cakap...kalo aku tetiba berfikir  ni macam teringat balik. Aku ingat nak tulis pasal kpop, pasal Big Bang, 2NE1, pasal isu semasa, banyak la weh..tapi tajuk je ingat, isi karangan ampeh...okayla, wassalam.

Labels

Archive