Alhamdulillah, genap 240 orang telah mengfollow blog neh...terima kasih untuk semua yang telah follow blog yang tak seberapa neh.

Tapi tetiba je aku rasa macam nak tahu kenapa ye korang follow blog yang tak seberapa neh. Kalau satu masa dahulu, tradisi I follow you, you follow me balik memang famous la. Aku pun dengan berbudi bahasa je ikut zaman dan budaya. Tapi sekarang aku dah malas nak ikut budaya tu. Kadang kala aku merajinkan diri gak blog walking, tapi salu satu arah je la kegiatan aku. So aku layan mana- mana blog yang best untuk di baca je. 

Kalau untuk mendapatkan isi bagi mengupdate post, aku memang tak pernah baca entry orang lain baru post kat sini. Aku suka apa yang wujud dalam kepala je nak tulis. Tapi tengok la, kalau yang memerlukan informasi berunsur fakta, terpaksalah jugak aku membuka mana-mana blogspot, wordpress, journalive dan sebagainya.

Dan juga masih lagi aku mahu tahu kenapa masih ada yang mahu mengfollow blog aku walaupun aku tahu blog aku bukanlah tahap best sangat untuk diikuti. Info pun memang jarang la wujud.

Tahniah untuk 240 followers blog aku.

0 comments:

Labels

Archive