Alhamdulillah, The Red Warriors berjaya mengalahkan Kelab Sime Darby dengan satu gol, khidmat kaki Ghaddar.Keputusan satu - kosong ini sekaligus membenarkan Kelantan menjulang piala FA dan melengkapkan koleksi piala mereka. Pada tahun 2011, Kelantan hanya mampu menggigit karipap sardin apabila terpaksa akur kepada kekalahan mereka terhadap Terengganu yang membawa pulang piala FA. Namun, dengan semangat yang menjulang tinggi, di tambah dengan sokongan penyokong Kelantan The Red Warriors yang tidak berbelah bahagi membuatkan pasukan pilihan ini berusaha keras bagi merealisasikan impian mereka.
Jika di review permainan mereka pula, aku kagum dengan pencapaian pertahanan pasukan Kelantan. Memang ada kelass, dan di tambah pula dengan penjaga gol yang bertaraf antarabangsa Khairul Fahmi Che Mat gawang Kelantan memang agak sukar untuk di asak pemain Sime Darby. Mungkin juga kerana Sime Darby agak gentar, maka permainan mereka agak reda walaupun kadang kala terdapat asakan yang berlaku. Tahniah di ucapkan untuk Ronaldinho dari Sime Darby yang aku rasa agak bagus corak permainannya. Kemas dan laju, namun pasukan sokongan Sime Darby agak kurang dalam menghasilkan gol. Begitu juga dengan pasukan pilihan, The Red Warriors, di mana serangan - serangan yang di hasilkan agak ke anak-anakan. Seolah mereka hanya mahu memanaskan badan. Sepatutnya serangan bertali arus harus dilakukan apabila berada di depan pintu gol, cuba mencari peluang sedaya upaya. Jika aku lihat pertahanan Sime Darby, bukanlah lemah, boleh di katakan Kelantan mampu untuk bolos jika mereka mampu merancang peluang dalam masa singkat. Terdapat beberapa kali terjadi di mana pertahanan Sime Darby lapang, namun Kelantan masih belum mampu meneruskan asakan gol dan menyebabkan pertahanan Sime Darby kembali menyusun 'pagar'. Sebagai penyokong The Red Warriors aku sememangnya bangga apabila Kelantan beraya menjulang trofi FA, dan aku memang bangga dengan mereka. Namun di lain perlawanan aku harap mereka agak serius dalam merancang peluang yang ada di depan mata.
Aku bukan pemain bola, jauh sekali dari professionaliti, namun aku setia menyokong bola sepak Malaysia dan setia menyokong The Red Warrior. The Red Warriors pasukan bola sepak terbaik Malaysia! Jangan nak pusing cakap tak sebab Kelantan dah mengalahkan pasukan dari Singapura, Indonesia (dan banyak lagi), so they are the best for me.
0 comments:
Post a Comment