Lirik Lagu: Ya Rasulullah - Siti Nurhaliza 

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
tErimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
kurniakanlah syafaatmu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
tErimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
kurniakanlah syafaatmu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )


MUHASABAH DIRI

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt, apabila dengar lagu ini aku terasa seolah-olah bahagianya aku, dapat melafazkan kalimah ini, untuk syafaat dari Penghuluku. Ingin sekali aku mencintainya di akhirat kelak, walau aku tahu aku tak layak untuknya. Jika sebelum ini harapanku agar aku bahagia di sana bersama keluargaku, akan tetapi entah kenapa, semakin aku mengenali kekasih Allah swt ini sukarnya untuk aku membendung hatiku, ingin sekali aku menjadi kekasihnya. Dahulu pernah aku ingin bercinta dan pernah aku jatuh cinta, sesama insan di dunia ini, pada zamanku. Entah kenapa aku mula mengenali Rasulullah saw dengan cerita-cerita dan aku tersenyum sendiri. Indahnya mereka yang mengenalinya. Andai aku dibenarkan mengenalinya, entah seperti mana aku, di mana aku mahu menutup mukaku kerana malu dengan kegentlemenannya. Dia kekasih Allah swt, sememangnya dia manusia terindah untuk dikenali. Kisah limau masam yang dimakan oleh Rasulullah saw, yang diberi oleh seorang wanita kafir. Kisah sekumpulan wanita yang tiba-tiba terdian saat Saidina Umar datang yang membuatkan Rasulullah saw ketawa, kisah seorang wanita kafir yang pemarah berubah menjadi pemalu apabila makan makanan yang Rasulullah suapkan dan bermacam kisah lagi yang aku ingin baca dan lihat. Orang kata tak kenal maka tak cinta, memang benar. Dan rasa yang aku dapat apabila membaca cerita-cerita tentang Rasulullah saw membuatkan aku bersyukur, kerana ini semua hadiah dari Allah swt. Aku sangat bersyukur. Syukur yang tak terhingga. Lahir dalam Islam, lahir di kampung, lahir dalam keadaan berpelajaran, lahir dalam keIslaman, lahir dalam kekayaan, lahir dalam keadaan yang cukup. Dengan kesemua ini aku hanya mampu bersyukur, syukur yang tak terhingga, tak terbalas walau setitik nila atas segala kuniaanNya ini. Dan jika aku ingin mencintai Allah swt pula, cukupkah kasihku membalas al Rahman dan al RahimNya. Yang aku tahu, aku cuba melakukan semua yang disuruhNya. Untuk mendapatkan cintaNya aku tak tahu adakah aku layak atau tidak. Aku bukan wali, aku bukan ulama, aku bukan solihin....aku manusia biasa yang cuba untuk menjadi muslimah sejati, yang bercita-cita untuk menjadi kekasihNya di Akhirat kelak, ingin mendapat perlindungan dan keamanan dariNya. Ingin dilindungi Allah swt setiap masa hingga ke akhir kehidupanku dunia akhirat.



Amin amin ya Rabbal alamin...........

Lirik Translate

Bangunlah wahai anak-anak al Aqsa
Ratakan bumi dengan api!
dan gegarkanlah keamanan Israel
Nyalakan mereka gunung berapi

korus#
Bangunlah, Gegarkanlah
Gegarkanlah keamanan Israel

Sesungguhnya mereka lemah dan ragu-ragu
Tiada semangat untuk berjuang
Mereka umpama sarang labah-labah
Ketika berhadapan dengan orang perkasa
Gegarkanlah keamanan Israel
Nyalakan mereka gunung berapi!

korus#
Bangunlah, Gegarkanlah
Gegarkanlah keamanan Israel

Sesungguhnya mereka tiada kesatuan
dan mereka takut kematian
Di sebalik tembok mereka berselindung
Mereka pengecut, cintai kehidupan
Gegarkanlah keamanan Israel
Nyalakan mereka gunung berapi!

korus#
Bangunlah, Gegarkanlah
Gegarkanlah keamanan Israel

Tentera mereka mengharapkan jaminan
Zaman mereka telah berlalu
Tentera mereka umpama tikus dalam peperangan
Telah sampai waktunya mereka musnah
Gegarkanlah keamanan Israel
Nyalakan mereka gunung berapi!

korus#
Bangunlah, Gegarkanlah
Gegarkanlah keamanan Israel

Mari lancarkan roket kita
Berikan besi panas kepada mereka
yang ketakutan itu
Katakan kepada mereka
kami akan bertahan
Kami serahkan segala apa yang kami miliki
Gegarkanlah keamanan Israel
Nyalakan mereka gunung berapi!

korus#
Bangunlah, Gegarkanlah
Gegarkanlah keamanan Israel



MUHASABAH DIRI

Bila dengar lagu al Qassam ni, aku tengok diri balik. Mana perjalanan aku yang sebenarnya?? Bisnes online, cari duit, atau mencari ilmu akhirat???? Aku dah mula mencari fatamorgana dunia. Dulu aku selalu tanya abah aku, boleh tak nak dengar lagu? boleh tak nak tengok cerita? boleh tak itu, boleh tak ini..... hmmm, aku patut berfikir sendiri, mengambil langkah sendiri. Biarpun semua orang cakap jangan drastik, tapi aku dah hancurkan harapan aku. Perasaan aku yang elok dahulu mula di isi dengan lagu2, movie omputeh dan macam2 lagi. Aku rasa menyesal tapi apa aku boleh buat, Sama seperti kata kawan baikku, suasana yang seperti itu memerlukan mujahadah yang besar... Astaghfirullah al adzim.... Mampukah aku kembali semula membentuk peribadi diri aku menjadi elok seperti dahulu. Mataku dah tercemar, bibirku/lisanku dah tercemar, fikiranku dah tercemar, MATAKU dah ternoda. Alhamdulillah aku masih lagi di beri peluang untuk kembali, Alhamdulillah... Apa guna perkataan, apa guna kata-kata andai tidak di buat. Aku cuba untuk membetulkan laluanku. Soal dunia, fatamorgana biar aku letak di tepi dulu.

Dan aku takut, serta amat takut... aku takut dengan diri sendiri. Sedangkan Allah swt sentiasa membetulkan laluanku, tapi aku...manusia. Aku takut dan terlalu takut. Aku takut kerana aku adalah aku, tapi aku tetap bersyukur dengan sepenuhnya kerana Dia telah menjadikan/menciptaka aku, membenarkan aku mengenaliNya, menyayangiNya. Siapalah aku yang sentiasa ketakutan, yang takut dosaku (rambut aku!!!!), lisan aku yang tak terjaga, aku takut. Takut aku hina. Biar aku hina, hodoh, buruk di mata manusia (luaran bukan dalaman) asal aku dilihat baik dimataNya. Agar Rasulullah saw bangga denganku. Aku takut tidak mampu. Ketakutan aku kerana aku manusia biasa, aku kaum Hawa, aku insan biasa, hanya makhlukNya. Aku penuh dosa. Walau aku puas bertaubat aku masih lagi di belenggu dosa.

Impianku - andai aku mempunyai anak, sepasang lelaki dan seorang perempuan - ingin aku tutup telinganya dari dunia dan jadikan dia tahfiz dan hantarkan ke sekolah pondok untuk belajar ilmu akhirat. Belajar bahasa Arab dan mendalami al Quran, hadis dan sunnah. Kemudian aku ingin hantarnya ke kem tentera untuk belajar ilmu peperangan dan aku akan hantar dia mendalami ilmu mempertahankan diri. Bila dia mejejak umur 21 tahun maka akan aku hantarkan dia ke mana2 tempat yang diperlukan untuk mempertahankan negara dan Islam.
Dan anak keduaku akan aku ajarkan dia ilmu al Quran dan terjemahan sama seperti abangya. Dan apabila dia habis belajar di Sekolah Agama akan aku hantarkan dia ke UIA untuk menjadi seorang doktor. Dengan kepakarannya semoga dia dapat membantu pasukan2 keamanan dunia untuk menyelamatkan orang2 yang berperang di jalan Allah swt.
Dan gadis pingitanku akan kubesarkan dia menjadi seorang muslimah sejati. Diberi ilmu agama dan ilmu dunia. Akan aku jadikan dia seorang guru, dan seorang guru mengaji. Mungkin guru bahasa, mungkin guru matematik, mungkin guru sains, tapi yang pasti setiap malam dia akan mengajar budak-budak mengaji. Dan dia akan menjaga pandangannya, tingkahnya, lisannya dan pergaulannya. Dan di saat dia melangkah keluar meninggalkanku, aku hanya mampu berharap agar dia mampu menjadi isteri dan anak yang baik. Serta ibu yang dikasihi.



Amin amin ya rabbal alamin.........

Happy Birthday Sayanggggg!!!!!!!

Hahahaha, kelmarin 11/11 birtday aku... Sepautnya aku tulis post ni kelmarin tapi terlupa lak. Hahahaha.. Duk sibuk ngan whatsapp,wechat,FB,telegram terus lupa blog ni, huhu.. Banyak giler wishes yang aku dapat, alhamdulillah dengan setiap doa-doa yang disampaikan, aminnnn.... Semoga Allah memakbulkan segala-galanya, amin... Hrmmm, taon ni takde pape pun. Abah aku kena gi KL sebab ada mesyuarat so sempena besdai aku aku makan tomyam yang akak aku masak je la, hahahah. Hrmm, blog aku pun dah ramai yang tak masuk, kengkawan pun macam dah takde, dah takde sape dah nak wish besdai aku kat sini.. Aku rindu eyma, bubu, capri, mikez, liena, kakazz, kakmai....dorang dah tak datang blog aku dah huhuhu...

hermmm, aku ada kedai online, sila-sila la tengok ye kot ada yang berkenan...

HAPPY BIRTHDAY CHEKLEEN SAYANG!!! I LOVE YOU SO DAMN MUCH!!!! HEEHE
Assalamualaikum....


Lamanya tak update blog. Apetah aku nak tulis. hrmm sekarang ni aku berniaga, supplement, skincare... Semua untuk kecantikan. Perfumes pun ada, macam-macam la. WhatsApp je, hehe. Perfumes aku jual ada warranty, tapi sesetengah tak, macam mini set. Aku ada jual original, ori tester, ori reject dan mini set. Couple set pun ada.

Oh, aku nak cerita satu benda. Aku ada join satu company ni, networking la. Perghhhhh best giler kot. Seriously aku rasa tak menyesal join ok. Memang hadap la... Barangan yang aku dapt??? heh, korang kalu tengok memang terlopong la tengok harga. boleh buat tak tidur malam duk sengih sorang2. Dahla la dapat barang memang tahap best giler, nanti dapat pulak duit kalau korang ajak kawan korang join sekali. Kalau korang rasa macam, eh aku taknak la, menipu ni, aku dah try macam-macam... hah ni jawapan dia. Memang korang takkan menyesal kalau join okay. kalau korang rajin bertindak korang boleh jadi jutawan okay, duit masuk hari-hari, goyang kakai je... Aku nak capai matlamat tu nanti, hahahaha. Seronokkan?? Tengok kengkawan semua dah dapat tittle tu, aku jealous gak ase, tapi berbaloi la dengan usaha diorang. aku baru je join, dah memang rasa tahap best kot. Aku tak tipu ye.

Hrmmm, berbalik kepada bussiness, ada sesapa nak jadi dropship perfume?

LINK
Assalamualaikum...wbt


Perghhhh lama giler chekleen tak update blog, bersawang dah pun.....huhuhu.... Ada ke orang datang? muahahaha dah tau jawapan lagi mao tanya kan....adesss, sekarang aku dah bisnes online, ada la jual barang-barang yang orang nak beli...huhu... kalo korang nak tengok2 leh la type kedai online chekleen ye....
link dia kedaichekleen.... chekleen tak up semua lagi barang-barang, belum siap sepenuhnya lagi kedai pun..
Adesss, perasan bizi la kan kaedahnya huhu....Apa lagi aku na cakap eh, hmmm, life cam biasa je, Deepavali nanti aku turun shah alam.... jum dating ngan aku nanti kat sna!!!!!!!!!!

Okay aku nak stop dulu, len kali jumpa lagi...muahhhhhhx
LINK ini memaparkan cerita di blog tentang mereka yang bertudung labuh dan bagaimana mereka mula bertudung labuh


Assalamualaikum wbt

5/9/2014, 


Kita mula memasuki hari Isnin. Entah kenapa hati aku terdetik untuk bercerita tentang tudung labuh. Kalau dahulu hanya budak-budak sekolah Arab sahaja yang memakai tudung labuh. Dan selain itu masyarakat Arab sahaja yang famous dengan pemakaian tudung labuh. Di Malaysia, kita lebih terdedah kepada tudung bawal. Aku pada suatu masa dahulu pun hanya memakai tudung bawal sahaja sehari-hari, yela apa yang mak ngan kakak aku pakai tu la yang aku pakai. Bukan nak mengangkat diri, dan janganlah berfikir yang bukan-bukan bila aku mengatakan daripada kecil lagi aku amat susah untuk pakai pakaian yang ketat-ketat dan terdedah, rasa macam kurang je. Pendedahan aku kepada pakaian muslimah oleh Umi aku membuatkan aku lebih selesa begini. Aku bukanlah muslimah sejati, nak kata anak solehah pun bukan, tapi aku lebih suka mengikut sunnah Rasulullah saw sejak dari kecil lagi. Umi dan Abahku yang mendidik aku begitu.

Selepas kematian Umiku yang kembali ke Rahmatullah, aku mula di uji dengan bermacam-macam ujian. Namun nasib baik adik-beradik aku menjaga aku dengan baik dan sangat memahami aku.. Setelah 4 tahun pemergian Umi aku, aku mula jatuh sakit. Aku berada di dalam wad selama 8 hari.. Aku bersyukur kerana Abahku berhempas pulas menjaga aku, begitu juga adik-beradik aku. Setiap ujian Allah swt ada hikmahnya. Entah kenapa dengan tiba-tiba aku mahu berubah menjadi lebih baik, aku berdoa agar aku dapat menjadi muslimah sejati, anak yang solehah dan hamba yang solehah. Aku mula mahu memakai tudung labuh, namun perasaanku masih sama seperti dahulu - aku amat gembira dan sangat bersyukur bila melihat orang lain bertudung lebih-lebih lagi orang yang kita sayang bertudung. Bercerita lagi tentang aku, perubahan aku diterima baik oleh ahli keluarga dan pendorong terbersaer aku adalah Abahku. Walaupun kadang-kadang kakak-kakakku mencelah dengan mengatakan kalau bertudung bawal pun tutup aurat juga, tapi aku tekadkan diri untuk istiqamah bertudung labuh. Mungkin untuk berpurdah itu terlalu jauh, tapi aku akan setia untuk bertudung labuh. Selain daripada memakai tudung labuh, aku juga mula menjual tudung labuh. Korang boleh tekan link di bawah untuk membeli tudung labuh. Juga ada barangan lain.

klik link ini jika ingin membeli tudung labuh













Alhamdulillah, dalam pada aku meninjau facebook aku terkesan untuk melihat kisah Neelofa bertudung dan penghijrahan Felixia Yeap.. Alhamdulillah sekali lagi, hajat dua orang muslimah tercapai untuk lebih mendalami suatu penghijrahan.. Semenjak kebelakangan ini, seolah-olah telah di rancang tentang berlakunya penghijrahan di dalam industri hiburan... Bermula Diana Amir, Raja Farah, Mizz Nina, Lisdawati dan ramai lagi,.. Alhamdulillah atas petunjukNya, hanya kesabaran daqn keyakinan yang diperlukan untuk menempuh ranjau ini... Mungkin ada yang menempuh kesukaran dalam penghijrahan mereka, dan semestinya setiap penghijrahan memerlukan keyakinan dan kesabaran yang tinggi agar sentiasa yakin dengan kebesaran dan petunjukNya... Ingatlah Allah swt sentiasa menerima sesiapa sahaja yang kembali kepadaNya.... Alhamdulillah...Alhamdulillah....Alhamdulillah....Segala puji hanya u tuk Dia, Tuhan sekalian alam...redhalah atas segalanya dan bersabarlah atas segala ujian...Sesungguhnya Dia sentiasa bersama dengan orang-orang yang bersabar....aminn.......
Dah berapa tahun agaknya laptop aku ni berkhidat.....huruf nn pulak tak dapat guna...penyelesaiannya kena bawak g kedai.aku jadi  down plak pikir pasal lappy aku ni, cennane aku nak wat keje nanti...perangai aku pun hapir nak berubah....ana la sikap otai blogging aku nnenghilang....kelako la aku guna double n untuk jadikan nn....ish harapan betul la lapppy aku ni...kesian dia dapat tuan nnacann aku...nanti terbiasa pulak aku guna double n ni....

oh ye, aku datang ke shah alann, pagi sennalann sannpai...esok aku balik sebab aku datang pun saje je...hahaha...hannpeh betul ase. Banyak keje aku senonye tapi tahla pekan....jenn palotak aku kejap..


Sekian nnerapu di petang hari
Akhirnya hari ini aku berjaya keluar wad.... Keputusan result darah, stool specimen, blood culture, dan semuanya normal. Aku kena sentiasa makanan yang berzat la selepas ini, memang aku agak memilih dalam selera makanan aku. Selepas aku keluar dari wad selepas ini memang penjagaan dalam bab makanan la, selepas itu menuju ke jalan yang benar la eceh.... Niat lama aku dulu tentang mencari hakikat diri aku kena cuba bertanya orang-orang sekeliling aku adakah aku mampu untuk menuju jalan Dia dalam keadaan aku masih tergapai-gapai dalam mencari pengertian hidup ini.... Paling penting aku kena melepaskan stress hidup aku dan memikirkan perkara yang baik-baik sahaja... Aku kena belajar bersyukur dalam hidup dan bermuhasabah diri seadanya.... Hakikat Allah sentiasa bersama hambaNya memang benar dan nyata.... Bila aku rasakan ujian yang mendatang tidak mampu aku rintangi, dia bagi aku ujian yang mampu untukku... Sesungguhnya Allah tidak pernah memberati hambaNya walau sedetik pun, hanya hambaNya yang tidak kuat... Mungkin aku lalai atas kebodohan ku sendiri tapi jika kita kembali kepada jalanNya kita akan mampu kembali asalkan kita yakin denganNya... Sepanjang perjalanan hidupku baru ku sedar kesalahanku... Atas niatku, tidak istiqamahku, perangaiku, sifatku yang berubah-rubah....akhirnya ku sedar asal kita kembali, jalanNya masih ada... Mungkin aku rasakan dahulu aku sudah cukup baik, hatiku hidup mengingatiNya, syukur Alhamdulillah.... Kadang aku stress dengan diriku dan banyak kali aku menzalimi diriku, hakikatnya tidak ada satu seksaan pun Dia berikan, hanya sekadar aku menzalimi diriku dengan keadaanku... Bila aku di hospital baru aku mengerti aku tidak jauh tersimpang cuma aku suka memikirkan sesuatu yang negative... Mungkin kerana penyakitku, kerana hidupku, kerana fikiranku jadi aku agak bercelaru dan suka berfikir bukan-bukan... Bila aku mula mencari cinta dan kasih-sayang dariNya, dia mula hidupkan hatiku... Sesungguhnya nikmat Islam itu benar, hakikat kasih sayang Allah juga benar, Zatnya juga benar dan hati itulah tempat untuk mengingatiNya.... Cabaranku agar aku tidak lagi goyah terhadap perjuanganku mencari cintaNya....


Sebenarnya, aku mengupdate blog hanya sekadar untuk memberitahu dan mengingati bahawa aku boleh keluar wad hari ini-28/1/2014 bersamaan dengan hari Selasa, biasalah lupa ingatan...  Teruk juga rasanya berada di wad sekali lagi tanpa ketiadaan Umi aku, Alhamdulillah aku boleh handle diri aku dengan baik... Setakat ni yang aku tahu keadaan diri semakin elok dan aku agak boleh handle diri aku secara keseluruhan... No emoemo lagi MekLeen... Mu kena belajar cara untuk accept diri mu, kawal diri mu dan yang paling penting JAGA DIRI SENDIRI!!!!!!!!!! BELAJAR UNTUK JAGA DIRI SENDIRI!!!!!! Itulah pesanan Umi aku sentiasa.... Bila aku berada di wad aku ternampak 2 pasangan anakberanak yang sangat comel...Mama dan anak bongsunya sangat rapat...Mungkin aku patut jadi begitu jika aku bersikap positif, anak emak memang sayangkan emaknya dan jika aku tidak sakit mungkin, dan mungkin aku sampai di sini sahaja kerana hakikat takdir itulah yang merapatkan jurang antara aku dan Umi aku. Semasa Umi aku sakit, yang paling menyakitkan adalah aku tak di beri peluang untuk menjaga Umi aku dan aku merasa sangat terkilan dalam hati aku dan perasaan negative mula hadir seolah-olah aku tak diberi peluang untuk merasa nikmat menjaga orang yang paling kita sayang...... Bila aku sedar akan kekurangan aku, hanya doa dan Yasin yang aku mampu hadiahkan kepada Umi....al Fatihah. Sekian, terima kasih untuk hari ini.... mari kita menyimpan untuk balik pulang ke rumah....
Hari ni hari kedua aku berada di dalam wad... Memang sangat membosankan... Baru 2hari drip aku masuk dah kena tukar pangkal lengan plak... Apa nak wat, redha je lah.... Aku dah buat blood culture, ambil ESR, RFT, C3C4, dan plan nak wat kolonoscopy dan ultra sound, taktau la kalau ada lagiyang tertinggal nanti aku update balik kalau teringat..... Apa la penyebab aku cirit birit ni ye. MMF aku dah kena stop sebab doktor takut ada effect sebab aku dah lama makan ubat tu.... Menyesal pulak hilang buku lama, akibatnya  aku tak pasti bila on balik MMF aku.. sebab aku rasa kurang sehat jadi aku berhenti dulu.....
HARINI aku admit ke hospital KB......Asal aku sambung blaja macam2 hal penyakit aku datang, nama pun ujian.... Aku cirit birit dan muntah2, hampir aku nak pitam..... Memandangkan aku dah warded, macam2 plak hal jadi....dugaaan betul... Tolong doakan aku cepat sihat. Aku nak snap gambar sebenarnya, akan tetapi aku tak tahu nak snap ngan lappy adik aku.... Lappy aku selamat bawak balik sebab kakak aku cakap aku tak tahu nak wat pape....Aku ada gambar aku kena cucuk kat tangan tapi dalam henpon aku plak, satu hal aku nak transfer seme bagai kesini..... Papehal doakan aku cepat sembuh semoga dapatlah aku sambung blaja kembali... 

BILA dah warded ni semalam aku teringat dekat UMI aku... Dah lama jugak aku teringat, tapi tah la wei....syahdu rasa.. Bila dalam ward ni paham2 je la memang aku dengan dia je selalunya. Skarang bila dia takde terasa sangat sebab orang lain wat dono je bila aku sakit... Kalau aku tak mintak ke hospital memang tak la kot... Tapi Allah tetap menolong hambaNYA, terbukak jugak hati abah aku nak bawak aku ke hospital... Tu pun dah dalam terpaksa, yela sapa nak jagakan yang kat rumah lagi.. Aku ni dulu UMI aku ada tolong jaga takpelah...

BAIKLAH, sekian sahaja coretan aku pada momen ini.. Lain kali ada peluang aku nak menulis lagi buat tatapan aku sendiri.


SEKIAN, Wassalam

Labels

Archive