Akhirnya hari ini aku berjaya keluar wad.... Keputusan result darah, stool specimen, blood culture, dan semuanya normal. Aku kena sentiasa makanan yang berzat la selepas ini, memang aku agak memilih dalam selera makanan aku. Selepas aku keluar dari wad selepas ini memang penjagaan dalam bab makanan la, selepas itu menuju ke jalan yang benar la eceh.... Niat lama aku dulu tentang mencari hakikat diri aku kena cuba bertanya orang-orang sekeliling aku adakah aku mampu untuk menuju jalan Dia dalam keadaan aku masih tergapai-gapai dalam mencari pengertian hidup ini.... Paling penting aku kena melepaskan stress hidup aku dan memikirkan perkara yang baik-baik sahaja... Aku kena belajar bersyukur dalam hidup dan bermuhasabah diri seadanya.... Hakikat Allah sentiasa bersama hambaNya memang benar dan nyata.... Bila aku rasakan ujian yang mendatang tidak mampu aku rintangi, dia bagi aku ujian yang mampu untukku... Sesungguhnya Allah tidak pernah memberati hambaNya walau sedetik pun, hanya hambaNya yang tidak kuat... Mungkin aku lalai atas kebodohan ku sendiri tapi jika kita kembali kepada jalanNya kita akan mampu kembali asalkan kita yakin denganNya... Sepanjang perjalanan hidupku baru ku sedar kesalahanku... Atas niatku, tidak istiqamahku, perangaiku, sifatku yang berubah-rubah....akhirnya ku sedar asal kita kembali, jalanNya masih ada... Mungkin aku rasakan dahulu aku sudah cukup baik, hatiku hidup mengingatiNya, syukur Alhamdulillah.... Kadang aku stress dengan diriku dan banyak kali aku menzalimi diriku, hakikatnya tidak ada satu seksaan pun Dia berikan, hanya sekadar aku menzalimi diriku dengan keadaanku... Bila aku di hospital baru aku mengerti aku tidak jauh tersimpang cuma aku suka memikirkan sesuatu yang negative... Mungkin kerana penyakitku, kerana hidupku, kerana fikiranku jadi aku agak bercelaru dan suka berfikir bukan-bukan... Bila aku mula mencari cinta dan kasih-sayang dariNya, dia mula hidupkan hatiku... Sesungguhnya nikmat Islam itu benar, hakikat kasih sayang Allah juga benar, Zatnya juga benar dan hati itulah tempat untuk mengingatiNya.... Cabaranku agar aku tidak lagi goyah terhadap perjuanganku mencari cintaNya....


Sebenarnya, aku mengupdate blog hanya sekadar untuk memberitahu dan mengingati bahawa aku boleh keluar wad hari ini-28/1/2014 bersamaan dengan hari Selasa, biasalah lupa ingatan...  Teruk juga rasanya berada di wad sekali lagi tanpa ketiadaan Umi aku, Alhamdulillah aku boleh handle diri aku dengan baik... Setakat ni yang aku tahu keadaan diri semakin elok dan aku agak boleh handle diri aku secara keseluruhan... No emoemo lagi MekLeen... Mu kena belajar cara untuk accept diri mu, kawal diri mu dan yang paling penting JAGA DIRI SENDIRI!!!!!!!!!! BELAJAR UNTUK JAGA DIRI SENDIRI!!!!!! Itulah pesanan Umi aku sentiasa.... Bila aku berada di wad aku ternampak 2 pasangan anakberanak yang sangat comel...Mama dan anak bongsunya sangat rapat...Mungkin aku patut jadi begitu jika aku bersikap positif, anak emak memang sayangkan emaknya dan jika aku tidak sakit mungkin, dan mungkin aku sampai di sini sahaja kerana hakikat takdir itulah yang merapatkan jurang antara aku dan Umi aku. Semasa Umi aku sakit, yang paling menyakitkan adalah aku tak di beri peluang untuk menjaga Umi aku dan aku merasa sangat terkilan dalam hati aku dan perasaan negative mula hadir seolah-olah aku tak diberi peluang untuk merasa nikmat menjaga orang yang paling kita sayang...... Bila aku sedar akan kekurangan aku, hanya doa dan Yasin yang aku mampu hadiahkan kepada Umi....al Fatihah. Sekian, terima kasih untuk hari ini.... mari kita menyimpan untuk balik pulang ke rumah....

0 comments:

Labels

Archive