Pangkalan Bun: Badan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 sempat diangkat setinggi tujuh meter laut sebelum kembali tenggelam ke dasar Selat Karimata.
Marsekal Muda Tentera Nasional Indonesia (TNI-AU) Agus Dwi Putranto berkata, badan pesawat itu hanya berjaya diangkat untuk tempoh 30 minit sebelum tenggelam semula berikutan tali yang mengikat pelampung udara terputus.
"Usaha mengangkat badan pesawat hampir berjaya, tapi beberapa tali pelampung udara terputus kerana badan pesawat terlalu berat," katanya.
Beliau berkata, kerja mengangkat badan pesawat itu sudah dijangka rumit kerana berdepan banyak faktor termasuk keadaan cuaca dan isu teknikal seperti berat badan pesawat.
"Bagaimanapun, kita yakin badan pesawat itu dapat diangkat ke permukaan laut hari ini (semalam) kerana cuaca dalam keadaan cukup baik," katanya.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.
0 comments:
Post a Comment