Daripada Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash r.a, katanya : "Rasulullah saw bersabda :
"Hai Abdullah, janganlah engkau menjadi seperti si fulan itu. Dulu dia suka sekali bangun bersolat di waktu malam, tetapi kini meninggalkan solat di waktu malam itu."
(Mutaffaq Alaih)
Ya Allah, gerunnya aku membaca hadis ini. Bagaimana denganku yang sekarang cuba mencari FATAMORGANA dunia. Aku telah tahu dan faham apa yang Engkau inginkan dariku, tapi kenapa perlu aku begini. Dustanya diriku terhadap permainan dunia ini. Aku telah tahu dan faham dunia hanya pinjaman, tida apa yamh diperlukan untuk dunia ini. Kami semua hanya dicipta untuk beribadah kepadaMu, mengEsakan diriMu. Dunia ini hanya satu persinggahan yang tak pernah kekal, tiada yang menguntungkan kecuali mengumpul amalan secukupnya. Harta kami hanyalah amalan kami. Dan amanah kami terhadap apa yang telah Engkau pertanggungjawabkan. Ya Allah, telah kau amanahkan kami kepada kedua ibu bapa kami. ampunilak mereka atas kesalahan yang telah kami lakukan. Sesungguhnya mereka telah sedaya upaya memberikan yang terbaik untuk kami sebagai anak dan amanah mereka. Janganlah kau himpunkan dosa-dosa kami ke atas bapa kami. Sesungguh bapa kami telah memebrikan sedsaya mereka untuk kami. Ampunilah ibu kami, ibu kami sangatlah erupakan insan yang terbaik di dunia ini. Dialah malaikat yang telah kau ciptakan untuk kami bagi mendidik kami. Ya Allah, aku sedar kekuranganku, aku sedar apa yang Engkau mahukan. Apa yang harus aku lakukan. Kejamnya NAFSU. Kami mampu melawan iblis dan syaitan yang direjam, tetapi NAFSU ini lebih kejam cuba mencipta dosa untuk kami.
Aku pernah, dan aku pernah memberi seluruh hidupku untuk Mu Ya Rabbi. Tapi kenapa denganku. Kenapa hiburan perlu aku hadapi. Kenapa? Ya Allah, aku ingin pergi, keluar dari lembah durjana ini, namun nafsu cuba menggodaku. Akalku bercerita, memohon, mengadu kesusahan ini kepadaMu. Hati merayu kepadaMu. Engkau tidak pernah kejam Ya Allah kerana Engkau sentiasa ada di fikiran dan ingatanku, Ya Allah, aku tunduk, merasa rendah dengan kekuranganku, kelemahanku. Aku benci, saat ini hatiku, ingin sekali melihat hiburan. Lemahnya aku, Ya Allah, jahatnya nafsu. Ya Allah, perlukah aku berdosa lagi?
0 comments:
Post a Comment