SAVE THE TREES!!


Setiap hari kita guna berapa banyak tissu?berapa banyak kertas?dan berapa banyak perabot kita beli?
Semua kelengkapan ini datang dari POKOK.Macam mana pula dengan oksigen yang kita sedut setiap hari,
menampung kehidupan kita sehari2 agar terus bernafas?
Itu juga datang dari pokok yang kita tebang.Penebangan pokok yang berleluasa dan tanpa kawalan
memang mengundang bahaya kepada alam sejagat dan kepada MANUSIA khususnya.
Kita sekarang hidup dalam alam globalisasi,semua serba maju,setiap data ditaip komputer,dihantar secara 
online dan kita sebagai blogger berkongsi idea,cerita dan pandangan melalui blog iaiatu secara
online dan ini merupakan sesuatu yang BAGUS!
Namun tahukah anda kita masih lagi belum berhenti menggunakan penggunaan kertas?
Malaysia menggunakan 380,000 tan kertas dalam penggunaan sehari-hari.
 Itu adalah bersamaan dengan 6.5 million pokok!
Apakah cara yang kita harus lakukan untuk mengurangkan keadaan ini.
Apakata chekleen mencadangkan anda semua menggunakan e-billing?
Langkah yang paling bijak bagi anda semua.
Saksikan semuanya di sini!!

SILA LIHAT AWARD CHEKLEEN


First of all,chekleen mau ucap trimas buat shahizan coz bagi award ni..
sangat hebat terasa diri ini pasal 2 kali dapat award ni..dasat taw i rasa..

Slogan kenapa korang suka blog MEMORI SEORANG MUDA
Entahlah,aku dapat award ni dari shahizan..aku skod blog memori seorang muda ni..
Leh aku cakap NICE SIMPLE and SEMPOI..okayla kan..kalo nak skod leh,best je blog ni.

Reaksi korang lepas dapat anugerah ni?
Opkos la I teruja U..it is flattering...ekeke.
(kira cam ada bakat la untuk aku berblog,harapan tu okeh)

TAG 15 kawan blogger yang lain.
bagi aku semua layak...sape yang macam takde lagi leh amek award ni dari aku
dan sila gitaw kat komen...anda memang layak okeh.


terima kasih shahkiera87 kerana sudi memberi award ini..

sekian wassalam
Aku dapat 2 AWARD taw dari Fendi. Kalau dalam shoutmix nick dia
fendi aje. (aku saje nak cakap untuk mukaddimah entry ni.
Aku (err minta maaf dengan penggunaan kata AKU di sini),sekali lagi Aku rasa
bertuah pasal bukan satu taw Fendi bagi award kat aku,tapi 2 okeh.
Di ulangi 2, atau dalam bahasa Melayu DUA, atau TWO, tau YI dalam bahasa cina,atau
DUWE dalam bahasa aku senirik.
TAK PECAYA?! cess,aku budiman dan jujur..

http://www.emocutez.com


nah bukti kat bawah..
pes award
seken award

hah,kan da cakap...tu la..kan da kena minta maaf..takpe2,kita kawan2 kira
beres sudah..



sila lihat rupa award yang di terima..tak sabo nak cakap dah ni..



jeng



jeng



jeng

besela kan,style dari chekleen..
http://www.emocutez.com



ANUGERAH BLOGGER HARAPAN!!!
pemenangnya adalah CHEKLEEN!!!

wah ini dia award kemenanganku..

Slogan kenapa korang suka blog Memori Seorang Muda
Entahlah,aku dapat award ni dari fendi..aku skod blog memori seorang muda ni..
Leh aku cakap NICE SIMPLE and SEMPOI..okayla kan..kalo nak skod leh,best je blog ni.

Reaksi korang lepas dapat anugerah ni?
Opkos  la I teruja U..it is flattering...ekeke.
(kira cam ada bakat la untuk aku berblog,harapan tu okeh)

TAG 15 kawan blogger yang lain.
bagi aku semua layak...sape yang macam takde lagi leh amek award ni dari aku
dan sila gitaw kat komen...anda memang layak okeh.






Award kedua yang aku dapat ialah...hehe

yang ni siyes aku setuju..memang dah hobi..(pasaan je minah ni)

BLOGWALKING AWARD!!!
 Apa yang bermain di fikiran anda sekarang?
nak blog walking jap pasni balas lawatan tergendala.

Apa nama samaran anda?
CHEKLEEN,MISSCHEKLEEN,LEENMAFIA_87

Senaraikan 3 nama yang anda sayang
Umi
Family
BFF

Panggilan untuk SI DIA
Wei!

Hadiah yang diimpikan dari yang istimewa.
Persahabatan berkekalan

Blog mana paling suka visit?
blog yang aku visit la,seme best.

Blog yang akan chekleen tag
10 nama yang ada kat shoutmix bermula dari pukul 8 malam tadi
(nama lagi blogwalking award,amek la kat shoutmix)

Chekleen ingin mengucapkan jutaan limau nipis untuk Fendi coz sudi memberi AWARD untuk chekleen.
Thankiu a lot!!!!
http://www.emocutez.com

Pada suatu hari, ada seorang pemuda sedang mengecat bangunan yang tinggi, pada ketika itu dia sedang mengecat bahagian luat tingkat 24. Biasalah dia berdiri atas papan dua keping aje. Tiba-tiba ade sorang kawan tu menjerit dari dalam bangunan “ Ali, anak engkau cedera parah
kene langgar kereta”. Pemuda tu terkejut beruk mendengar anaknye kene langgar kereta. Sebagai bapa yang sangat menyayangi anak, dia jadi panik. Ape lagi dia pun terus melompat turun dari papan tu. Malangnye dia melompat bukan kedalam bangunan tapi kearah luar bangunan. Apa
lagi, terus jatuh kebawah ler. Jatuh dari tingkat 24, mau tak matinya. Pemuda tu terkejut besar kerana tersalah lompat, tapi sekarang dia ada masa sikit nak taubat, kerana dah tau tak lama lagi dia akan mati berkecai. Bila sampai kebawah pasti badannye hancur berderai. Terlalu sedih dia ketika itu. Dahlah tak dapat jumpa anaknya tersayang, dia sendiri pun akan mati kejap lagi. Pasti bertambah sedih isterinye nanti. Tiba-tiba waktu
badannya tengah laju menjunam kebawah, baru dia teringat yang dia belum ada anak lagi. Bila dah sampai tingkat sepuluh, teringat lagi satu perkara, yang dia belum pun kawin lagi. Dan apabila dah nak sampai ketanah, baru dia teringat yang nama dia pun bukannye Ali……tapi Mamat. Maka matilah si Mamat hanya kerana terkejut pasal anak orang lain kena langgar.

Assalamualaikum and HELLO WORLD!!

First of all I want to seek an apology from miss arekyn because of my lateness to write about this tag.
I am a procrastinator...maybe..huhu..but I can explain.
As we all know,Im engaging myself to CHILD ABUSE campaign,so I really wanted to keep my entry
about child abuse for a week..So now a week has come and here my new entry
(actually my new second entry)
Btw thanksssss a lotttt to cik arekyn coz tagging me in..hik 


Once you've been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, facts, habits, or goals about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person that tagged you.
If I tagged you, it's because I want to know more about you.
silah tengok ye cik akyn..hehe


(kepada yang ditag anda harus menulis mengenai diri anda-randomn things,fakta diri anda,habits anda,goals
atau pencapaiann anda dalam hidup.apa2 sahaja tentang diri anda.anda boleh nama sebenar,tempat asal atau
nak jadi apa,impian anda atau apa sahaja tentang anda=sila skip cerita tentang chekleen dibawah ini..hehe)



1.saya banyak cipta gelaran untuk diri...Dulu time sekolah menengah saya gila komik,suka baca majalah Ujang,Aku dan Blues,APO?banyak lagi la..Dalam Ujang ada seorang kartunis nama LeenMafia..suka giler tengok lukisan ngan baca citer dia,so my first nama gelaran adalah LeenMafia..tapi taruk 87 kat belakang.

2.suka tengok kartun yang menraik perhatian.Kalau ada yang sembang sal kartun yang saya tengok memang masyukkkk ler.Setakat TEEN TITANS,POCOYO,BEN10,TAZMANIA, dalam tangan je tu.Adik kecik saya bantai cakap perangai saya macam Raven TEEN TITANS...cemane?tengoklah sendirik.

3.Gila komik sampai sekarang,dulu majalah kan,skang manga,komik...sape baca DDS Q ngan PENYIASAT REMAJA ye?chekleen kipas susah mati komik2 itu...selain RANMA 1/2 dan Dr.Slump.

4.Mesti ada yang tertanya-tanya(eceh ko ingat ko retis?!) nape dulu LeenMafia,cemane bertukar ke CHEKLEEN?Actually sebabnya konon nak mendewasakan diri la.Siap e-mail pun tukar baru woo,dah tak guna dah nama dulu.cehh kepoyoan menyerlah.So,di mana-mana saja anda terjumpa nick CHEKLEEN,itulah saya.Nak lagi best gi kat www.google.com pastu tulis misschekleen atau chekleen dalam kotak ajaib tu..hehe...Jangan lak korang pilih Chemkleen..hape tu??

5.Suka tengok Kimora Lee Simmons in Fab Lane..ase cam nak jadik hebat cam dia je.My Idol Siti Khadijah,Siti Fatimah..tapi pelik gak saya suka tengok The Kardiashans dan Paris Hilton.kaya dan spoil..untung betul dorang.Minat gak tengok Supernatural,HOUSE,CSI dll.

6.Okay,tarikh lahir saya ialah...11 November 1987...saya dah bagitahu ni...sila bagi hadiah ye.Hadiahnya selalu2 la masuk blog saya..ehehe...senang kan hadiah..(mintak2 lak..tak malu tol)

7.Saya suka betul dengan kaler purple..sangat suka.Dulu time kanak-kanak saya suka kaler pink.Maybe dulu saya tak terlalu didedahkan dengan kaler purple,so saya pilih kaler pink.Biasalah kalau anak perempuan mak akan pilih baju kaler pink,seme pink la untuk anak dia,especially yang berjurus cam saya..hahahaha.Tapi bila saya berkenalan dengan kaler purple,memang saya jatuh cinta habis2 lah..Purple ni nampak gagah dan fleksible.Kalu purple campur kaler2 gelap pun nampak lawa,kalau dia jadi ala2 purple lembut pun lawa..Just so good to me..Jadi korang tak payah bayang la berapa banyak brooch purple saya simpan,berapa banyak baju purple and berapa kali saya tertarik hati melihat benda-benda purple..uuuuuhhhhh...selain pink,PURPLE,saya suka gak light blue,putih,peach,gold.mudah sangat tertarik ngan kaler lembut.

8.Arnab...apa kena-mengena dengan arnab?Ya, saya lahir tahun arnab..tahun 1987 mengikut kalendar Chinese.Tapi saya bukan penggemar carrot..Saya masih mencari-cari persamaan saya dan arnab..

9.2 tarikh paling menyedihkan dalam hidup chekleen 6 JULAI 2009 dan 12 JULAI 2010..
6 JULAI 2009,atuk sebelah ayah chekleen meninggal akibat kanser mulut.
12 JULAI 2010,mak chekleen meninggal sebab kanser pankreas

10.Suka gilerrrr,tak tahu nak cakap cemane...suka gilerrr tengok menda-menda lawak.Selalu sangat bukak youtube cari lawak2 SPONTAN,din beramboi,lawaking...macam-macam lagi lah.Kat tv pun kalau dah jumpa channel yang tunjuk sketsa lawak,hah tercongok la depan tv tu.Dalam blog ni,kalau ada yang menulis cerita2 lawak pun memang chekleen tabik and suka la..Bukan senang woo nak wat2 menda lawak ni.

tekan tarikh untuk page penuh 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...
(suara chekleen ala-ala pengaraca Nona)

Sebenarnya aku dapat tag dan award dan memang nak tulis pasal tu,tapi memandangkan
aku dah memang budget nak staykan entry aku pasal STOP CHILD ABUSE
selama seminggu (aku sangat prihatin) jadi aku mengekang diri jap..
Maap sesangat (bukan sedara sesungut) kepada yang tag dan bagi award..hehe

Tapi tiba-tiba...........













Ya,tiba-tiba berubah lak pikiran aku lepas tengok bola semalam.
Yes (sama je ngan Ya), aku nak post pasal perlawanan bola sepak 
Kelantan lawan Selangor..
Perlawanan ni buat kat Kelantan,so mestilah akan dengar desas-desus bagai kan.
Tapi serius aku nampak merahhhhhhhhhhhh je penuh kat stadium.
So,aku buat pandangan,erm takkan tak ada penyokong Selangor kot?
Takkan la isu orang Kelnatan meninggal sebab sesak nafas pun
dijadikan target keganasan orang Kelantan..(opsss)
Okay tu settel sendiri lah,kalau pasal bergendang,baling mercun,lempar botol..
biasa la beb,kitorang memang gemar BERGUMBIRA HAHAHAHA KITA MENYANYI GOYANG KAKI
erkk...tersing a song plak..



Okayss..perlawanan bola Kelantan melawan Selangor semalam aku rasa hebat la.
Diorang pun bukan lawan kat final just nak melayakkan diri nak masuk ke semi final..
Serius,aku rasa terharu dan hebat dengan perjalanan permainan pasukan Kelantan.
Maybe dalam bahagian pertahanan macam okay2 je,tapi serangan diorang memang 
terbaik aweeeee...
First half game,diorang asak Selangor bertubi-tubi.Selangor at first macam hilang je.
Serius macam takde mood dorang lawan,macam lost je..kenapa ye??
Tapi Kelantan dapat dua gol dari Farhan dan Akmal Rizal...cayalah bro!!
Masuk second half ada perubahan dalam team Selangor..okeh dah rancak.
Tapi aku bantai cakap CEPAT WEIII KELATE,SO LAGI GOL!!
Memang apartmen aku bergegar gaklah ngan sorakan nyaring aku,kakak2 aku..hehe
Second half memang best la tengok,baru nampak macam game bola.
Amri Yahya pun ditukar ke penyerang,so rancak sket..
Owh ye,Indra Putra ada rambut sket kan?ehehe..saja cakap.
Second half ni Kelantan ambil peluang untuk sumbat satu lagi gol..
3-0..thanks to Ahmad Badri...err yekan?
So kesimpulannya aku happy la malam tu..Siap je tengok game aku terus tido.
Letih bersorak kot,tahla..Sebek dah solat,kalo tak mau aku solat dalam mengantuk.
Aku dalam2 mamai ingat nak post la entry ni awal sket...tapi takleh lawan la
bila dah mengantuk tahap dewa ni.
Sebenarnya entry ni aku start tulis dari pukul 9 tadi lagi..
Tapi ada kawan kol..beselah kalo kawan lama kol...terhenti kejap..ehehe
Borak punya borak...nasib baik cerita lam pale aku ni tak hilang lagi.


Kat sini juga aku nak bercakap pasal ada kes kematian fans Kelantan
hari tu kan.Rasanya tak perlulah sape2 menuding jari lagi,sedangkan berita tv ape pun cakap dia
sesak nafas.Cuma selepas ni diharapkan tak ada lagi la isu2 yang terlampau,kalau nak main mercun pun tengok2 la.Lagipun nape la nak main mercun dalam stadium,kan ke pangai bebudak..Kalau
main gendang ke hape takpe la gak,takde orang sakit dengar gendang.
Paling2 pun bising je.Dan tak payah la baling botol minuman tu,nyusahkan pekerja2 kat situ je.
Kesian makcik cleaner tu taw.Letih dia...Kalau korang hangin ngan penyokong lain pun,
fikir lah bukan dia yang kena kutip.Makcik cleaner gak yang kena.sian kan.
Biar chekleen translate sempena ini blog BM..
HENTIKAN PENDERAAN KANAK-KANAK!!!!
MARI BERSAMA-SAMA MENENTANG KEGIATAN DURJANA INI


REPORT CHILD ABUSE: this number 15999

Assalamualaikum..(aik baru nak bagi salam ke kak?)

Sempena nuffnang melancarkan program band!!!child abuse atau penderaan kanak-kanak ni,
chekleen dengan bangganya menukar banner iklan ads nuffnang chekleen kepada
Show Charity Ads..Biar kita sama-sama berjuang untuk kesedaran
terhadap insan lemah ni.
WE ARE MALAYSIAN,SHOW THE WORLD OUR LOVE!!!
Anda semua tidak perlu keluarkan duit pun,hanya tunjukkan banner
stop child abuse ini.
Kenapa??masih berfikir,tak apa chekleen tidak memaksa.
Semua atas kehendak sendiri,akan tetapi chekleen 
merasa sangat berbangga dengan tindakan nuffnang untuk memberitahu
tentang kesedaran terhadap penderaan kanak-kanak..
Ya,mungkin anda masih belum nampak keadaannya..tapi rasanya
kebanyakan dari kita,ahhh semualah
pernah melihat bayi yang dibuang dalam tong sampah,kanak-kanak didera-mental dan fizikal,
kanak-kanak dipaksa mengutip derma,menipu,
banyak lagi..Hati saya begitu tertarik untuk membantu nuffnang dan UNICEF
dalam menyokong kempen ini..


jom survey gambar untuk tatapan hati dan air mata













Bayi,kanak-kanak kena cucuh puntung rokok yang masih menyala,
bayi kena pukul sampai mati oleh kekasih mak dia,
bayi kena bagi makan racun tikus,
kanak-kanak kena pukul oleh ayah tiri,
dan terlalu banyak yang TELAH BERLAKU DI DEPAN MATA.


oh ye,anda tidak akan dibayar jika mempamerkan banner ini kerana 
banner ini adalah banner sokongan kepada aktiviti masyarakat.
Banner ini bukan seperti banner iklan yang anda tayangkan..
but for me ............................................
just see my banner.. hee 



Labels

Archive