Lama sangat dah aku tak mereview game Kelantan. Lawan Sime Darby tu pun aku tak review. Seriously keletihan berpanjangan melanda aku. Tah nape, dan honestly beberapa game Kelantan pun aku tak tengok. Adik aku cakap aku ni bukan penyokong The RW yang betul, hahaha. Aku ni TV pun jarang tengok. Lagi-lagi @15 pun dah tutup, dah memang aku tak tengok la. Tahla, orang cakap ada cite beh pun aku iyakan je, tengok tak. Ada game Kelantan lawan pun cam nak gi tengok, alih2 aku dah terbongkang. Aku banyak menaip dan tengok cite lam laptop je. Aku tengok feedjit aku, banyak orang baca review sal The Red Warrior aku tulis dulu. Aku nak wat review baru, tapi macam2 hal je. Kadang tenet takde, kadang aku tak tengok pun. Korang baca je la yang ada tu ye. InsyaAllah, ada kesempatan aku taip yang baru. Okayla, selama tido.

The Red Warrior FIGHTING
Go More Kelate Go More!!!!!!!!!

Selamat Hari Lahir Umi

Hari ni merupakan hari lahir arwah Umi aku. Terlambat pulak nak update, letih manjang je aku beberapa hari ni. Aku tak de pape nak type, just nak ucap sesuatu. doakan sesuatu untuk Umi aku.

al Fatihah
Ya ALLAH Ya Tuhanku, Tuhan sekalian alam, sama ada yang berada di bumi di angkasa, di lautan dan di mana-mana, aku sebagai hambaMU berdoa agar Umi sentiasa mendapat perlindungan dariMU,semoga di jauhkan dari segala azab yang menyakitkan, semoga dibahagiakan, dilindungi dan di redhai sepertimana dia telah membahagiakan, melindungi dan meredhai aku, amin ya rabbal alamin. Masukkan Umi dalam golongan orang-orang yang bertakwa, golongan yang sentiasa direhai, dilindungi dan di dayangi olehMU Ya ALLAH.
aamiiinn

al Fatihah

Hrmm, tetiba aku agak teruja dan terpengaruh untuk menulis fan fiction yang berkaitan artis-artis yang aku minat. Kadang-kadang aku ada jugak baca fan fiction tentang artis-artis korea, jepun. Kalau kita google memang banyak la, berbillion fan fiction. It’s a trend terutama bagi peminat-peminat artis Korea dan Jepun untuk membaca atau menulis fan fiction. Kisah adik-beradik, kisah bestfriend, kisah kononnya terjadi lagu diorang, memang di jadikan satu cerita imaginasi fans. Tetiba aku telah berjaya membuat satu fan fiction bagi artis korea kegemaran aku, BIGBANG. Walaupun agak tak semenggah, tapi itu baru first time aku buat, huhu... Sebenarnya aku nak ungkapkan tentang pasaran fan fiction bagi artis Malaysia. Kadang-kadang aku ada gak terasa nak menulis tentang cerita menggunakan nama artis, saja-saja la, nama pun peminat. Tapi memandangkan aku tak pasti ada ke fan fiction untuk artis Malaysia (macam tak ada je), so aku ambil keputusan untuk tidak. Yela takut jugak kang tak pepasal aku terpaksa naik court. Nak bersuka ria pun kena fikir consequences jugak, ye tak? So, aku ambik keputusan, stay to Japan and Korean idol je la untuk di jadikan fan fiction.

Sebaliknya pula, memandangkan orang dah rasa aku ni dah tahap obsess ngan Korean music, bagi aku tak kot. I’m not obsess with KPOP, tapi dengan YGE artis sahaja. Well, true obsess is for BIGBANG. Kalau orang lain yang minat KPOP tetiba menyanyi lagu SNSD, kompem aku tak tau lagu sape dorang nyanyi. Tapi kalau lagu tu famous ada kemungkinan gak aku tau. Kalau sesuatu lagu tu berentak electro, atau ada rapping, entah kenapa la senang aku nak layan. Aku memang suka lagu yang ada rap kot. Kalau ingat dulu pun,favourite aku kumpulan KRU, NICO, 4U2C, Feminin, memang hapal la lagu dorang. Then, Too Phat, aku rasa first time dengar lagu dorang (lupa dah tajuknya), aku tangkap layan. Aku rasa macam fenomena jugak la Too Phat time tu. So, bila lepas tu asyik duk melayan lagu jiwang and rock kapak je, tetiba hujung tahun 2009, aku dengar lagu Haru Haru, Big Bang. Well, memang kompem aku layan. Walaupun aku suka lagu macam ni, doesn’t mean lagu-lagu rentak lain tak masuk senarai. Semua lagu asalkan aku suka lirik, melodi maka aku layan je. Kalau tak takde la pulak aku minat dengar lagu-lagu Rossa, Melly, Spider, Pretty Ugly dan sebagainya (banyak sangat, belum lagi nak senarai Avril, Eminem, Linkin Park, Miley etc).

Okayla, sekian dan mintak maaf kalau ada sesape yang terasa dengan post aku kali ni. Mana la tau kan, kot-kot ayat aku ni nampak agak kasar bagi sesetengah orang. Taknak naik court dan tak nak tanggung dosa, huhu.

Alhamdulillah, genap 240 orang telah mengfollow blog neh...terima kasih untuk semua yang telah follow blog yang tak seberapa neh.

Tapi tetiba je aku rasa macam nak tahu kenapa ye korang follow blog yang tak seberapa neh. Kalau satu masa dahulu, tradisi I follow you, you follow me balik memang famous la. Aku pun dengan berbudi bahasa je ikut zaman dan budaya. Tapi sekarang aku dah malas nak ikut budaya tu. Kadang kala aku merajinkan diri gak blog walking, tapi salu satu arah je la kegiatan aku. So aku layan mana- mana blog yang best untuk di baca je. 

Kalau untuk mendapatkan isi bagi mengupdate post, aku memang tak pernah baca entry orang lain baru post kat sini. Aku suka apa yang wujud dalam kepala je nak tulis. Tapi tengok la, kalau yang memerlukan informasi berunsur fakta, terpaksalah jugak aku membuka mana-mana blogspot, wordpress, journalive dan sebagainya.

Dan juga masih lagi aku mahu tahu kenapa masih ada yang mahu mengfollow blog aku walaupun aku tahu blog aku bukanlah tahap best sangat untuk diikuti. Info pun memang jarang la wujud.

Tahniah untuk 240 followers blog aku.

Entah....apa aku nak tulis...

Sebenarnya banyak aku nak tulis, sejak bulan lepas lagi macam2 karangan wujud dalam kepala aku..rasanya kalo karangan tu aku jadikan novel, siap 3 buah buku..tapi sekarang bila aku dapat guna internet, bila semua ada, idea pulak takde...aku mengantuk sebenarnya ni...mengantuk...hmmm  tu je boleh cakap...kalo aku tetiba berfikir  ni macam teringat balik. Aku ingat nak tulis pasal kpop, pasal Big Bang, 2NE1, pasal isu semasa, banyak la weh..tapi tajuk je ingat, isi karangan ampeh...okayla, wassalam.
Assalamualaikum.....

Fuhh, memang best la Running Man time Big Bang (KPOP idol group) jadi guest. Seriously, aku tak sangka dorang boleh jadi kelako tahap aku gelak guling-guling! Episod 85 aku belum sempat nak tengok coz aku survey kat youtube tapi link takleh bukak kat Malaysia. Terpaksa la aku bersabar jap. Kalo ada yang baca entry aku sebelum ni, aku ada la kononnya rekues nak Daesung Big Bang atau CL 2NE1 gi Running Man memandangkan dorang ni nampak agak lasak. Alih-alih satu kumpulan BigBang gi hadap kat RM! Tapi dalam pusingan pertama, Big Bang memilih untuk jadi mission team. So, dorang kena bersembunyi dan mencari kad Running Man. Thanks to Jiyongie, Daesungie dan Youngbae akhirnya berjaya gak dorang dapat 3 kad RM. Sepatutnya Daesung boleh dapat 1 lagi kad yang tertempek dekat belalai gajah. Nak dijadikan cerita dia tergelincir time nak lari, alih-alih Gary nampak. Punyala lari Daesung, alih-alih dari sorang jadi dua orang bila Gary panggil Jihyo, pastu satu kumpulan chasing team terus kejar Daesung..iskkk...gweanchana Daesung ah. Dalam episod ni yang agak thrill time dorang kejar Daesung la. Time Jiyong agak kelako pasal Haha maen-maen ngan Jiyong. huhu. Dalam Big Bang updates dan Kak Long updates, aku dapat taw yang Big Bang sebagai chasing team akhirnya menang gak. Dorang memang revenge la atas kekalahan mereka.hahahaha....Aku nak sangat tengok dorang kat variety yang lain. Bila first time g kat variety as a group (after 5 years), memang fun la tengok. Hope dorang leh wat banyak lagi variety show.

Then, tahniah untuk Ana Rafali dan Lisa Surihani serta suami Yusri coz telah berjaya mendirikan masjid pada tahun ni. Semoga sentiasa berbahagia dan berkekalan ke anak cucu ye..

Agaknya takde dah kot..

Sekian, wassalam. 
Assalamualaikummmm....

Fuh, lama betul aku tak update entry kan.. Sekarang aku tak ada laptop pun nak mengupdate entry bagai. Kadang-kadang bila aku bukak blog aku, aiseh rindu nak update, nak blog walking dan sebagainya. Tapi apakan daya..huhu..

Sekarang aku tengah melayan korea, paling famous skang opkos la Running Man. Mesti ramai yang suka tengok kan. Running Man jang!! Karakter yang wajib ada dalam tu opkos Yoo Jae Suk, Commander Kim Jong Kook, Framer Gwang Soo, Ace Ji Hyo, Ace Monday Couple Kang Gary, Haroro, Suk Jin. Paling last aku tengok dorang buat kat Hong Kong dengan Min Jung dan Yong Hwa. Aku expect nak tengok Daesung lagi, atau CL 2NE1 ke join.


Dan festaim aku melayan WGM (We Got Married). Aku tengok Lee Teuk Dan Sora, huhu. Best plak aku tengok.Erm, kalo drama ke movie ntah la jugak, banyak gak aku tengok. Jepun pun aku tengok, tapi hari tu aku tengok Sector 7, Ha Ji Won blakon. Okay gak la, action genre kan. Dah nak macam Resident Evil dah, tu pasal aku layan kot, hoho.

Okayla, see you next time.

Labels

Archive