Salam Ramadhan semua umat Islam...Esok adalah hari ke-10 kita berpuasa dan esok juga merupakan Hari Kemerdekaan bagi kita semua rakyat Malaysia..Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana atas nikmat-Nya kita masih merdeka dan aman di negara kita yg makmur ini..Jadilah seorg yang patriotik dalam mempertahankan budaya bangsa dan kemerdekaan tanah air kita.Ingatlah jasa perajurit2 kita yang terdahulu,pengorbanan mereka untuk membebaskan Tanah Melayu dari genggaman penjajah..Usaha Tok Janggut,Dato'Bahaman,Mat Kilau,Rentap,Dato'Maharajalela,Mat Salleh,Tunku Abdul Rahman,Tun Sambanthan,dan ramai lagi...Jasa2 mereka haruslah kita kenang dan ambil iktibar...Usaha mereka haruslah kita pertahankan..Ingatlah Malaysians,jangan lalai dengan usaha2 'mereka' yg sentiasa menanti peluang untuk kembali menjajah kita...
Salam kemerdekaan dari misschekleen untuk semua~                                                                                            
Lupus Sukar Dikesan, Tiada Penawar

Shared via AddThis
Hello world~
Erm,aku terpk skarang..apekah yg aku ptt tls bagi membestkan
blog aku??Intention blog ni sebenonye juz nk bg info pape yg
terjd wat msa skrg...Nak taruk pics..aku pn xpaham asal blog aku xleh letak pics.
Tp aku taw jwpannya coz ak x guna premium user..Adakah kerana itu
maka blog aku xleh letak gambo??Agak kejam bgku yg misken ini..
Aku masih mamai2 dalam menaip2 di blog neh..
Beselah..kanak2 baru belajar..
Tetiba aku tekan add image~~
xsemena2 kuar upload image......



ni gambar hp yg aku cam ase nak je..tp xtaw bpe RM
(nokia 6300 dual sim)



Salam Ramadhan to all muslim and muslimah.....






Alhamdulillah..dapat gak rase bulan Ramadhan tahun ni..


My wish for this month is to make a hijrah..


aku nak balancekan edup aku..


nak change from bad to good..


Sepanjg aku edup xtaw lak if aku ade wat salah ngan org..


myb im too naive or myb aku mcm mls nk amek taw..


Tp stau aku,niat aku yg baek neh slalu sgt disalah ertikan..


Dah ler tu,ramai lak nak pijak pale aku..susah kalo kita di label sbg baek..


nt org dh wat cam sesenang je nk manipulate kita..


Tp,sempena Ramadhan ni..aku betul2 nak berubah..




And to all people yg kenal aku~


Salam Ramadhan n ampunan kemaafan dipinta..


Moga Barakah Ramadhan menyinari kita..amin~







Vaksin diterima Oktober bukan jaminan kes mudah dipantau

KUALA LUMPUR: Wabak selesema babi atau Influenza A (H1N1) dijangka terus menular untuk tempoh sekurang-kurangnya enam bulan hingga setahun lagi walaupun Malaysia dijangka menerima bekalan vaksin untuk penyakit itu menjelang Oktober depan. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, bagaimanapun mengingatkan vaksin yang bakal diterima bukan penyelesaian kepada wabak H1N1 kerana bekalannya tidak mencukupi untuk seluruh rakyat dan keutamaan kepada anggota barisan hadapan serta golongan berisiko tinggi.
"Kita menjangkakan selepas enam bulan atau setahun dan lebih ramai orang dijangkiti H1N1 dan sembuh, semakin ramai yang akan imun terhadap virus itu... keadaan tidaklah jadi teruk," katanya kepada pemberita selepas sesi soal jawab secara langsung melalui laman web New Straits Times, NSTLive di Balai Berita di sini, semalam. Sambil menjelaskan 95 peratus daripada semua kes positif H1N1 di negara ini berjaya disembuhkan, beliau berkata, catatan kadar kematian di Malaysia lebih tinggi kerana pengiraan dibuat berdasarkan kes yang sudah disahkan, sedangkan mengikut panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) peratus kematian H1N1 dikira berdasarkan jumlah kes jangkitan didarab 20 dan dibahagi jumlah kematian. Sementara itu, dalam kenyataannya, Dr Mohd Ismail berkata, virus selesema babi meragut tiga lagi nyawa menjadikan jumlah kes kematian dilaporkan sehingga jam 9 pagi semalam mencecah 67 orang.
Tiga mangsa itu ialah seorang wanita berumur 33 tahun yang meninggal dunia pada 12 Ogos lalu akibat severe bronchopneumonia (pneumonia bronkitis teruk), diikuti seorang kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun (13 Ogos) dan seorang warga emas berumur 71 tahun (14 Ogos). Kanak-kanak perempuan itu meninggal dunia akibat Systemic Lupus Erythematous with severe pneumonia with renal impairment (pneumonia teruk dengan kegagalan buah pinggang berfungsi), manakala warga emas pula disebabkan oleh Ischaemic Dilated Cardiomyopathy precipitated by pneumonia. Sehingga jam 9 pagi semalam, katanya, 276 pesakit H1N1 masih dirawat di wad dan 36 lagi di Unit Rawatan Rapi. Di SERDANG, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata kementerian akan mengarahkan semua pelajar yang tidak menduduki peperiksaan awam bercuti lebih awal jika berlaku gelombang kedua serangan virus selesema babi.
Di KOTA KINABALU, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan akan mengumumkan harga siling bagi penutup hidung dan mulut hari ini, selain menentukan jenis penutup yang akan digunakan.




Hari ni aku baca BH seperti biasa,and kes H1N1 mmg antara tajuk yg
aku akan baca.Selain drpd tu,
aku baca gak news laen,ye la variation info(betul ke aku cakap neh?).Dalam tajuk2
berita,beselah...kes Ustaz Rock nga
n Waheeda mmg pemes la.
Aku pn xlayak nk marah2,g pun bukan ada kaitan pun ngan aku.
Mmg la aku marah coz dia cam rampas laki org,mmg dahsyat bg aku.
Tp ajal maut,jodoh pertemuan adalah di tangan Allah swt.
Kita sama2lah doakan agar mereka bahagia,seperti apa yg diharapkan oleh
parents dorg.Aku mls nk update kisah dorg kt BH,nt korg baca la sendiri.
Berbalik kpd kes H1N1,korg mesti perasan kan ayat yg aku bold n
ada yg npk cam font lain sket.
Hah..mende alah tu la penyakit aku(SLE with renal function).
Agak2 lah,if aku dpt H1N1,aku akan dpt SLE with severe pheumonia with renal impairment
cam dak tu ke ah?Eisy...gerun aku..adeh la.Aku agak la kan,seme member aku
(pesakit SLE) tgh berkurung kat umah cam aku..huhu..Tp yela,
seme atas kuasa Dia,pe yg kita kena wat ialah ikhtiar.Aku dah ikhtiar dgn cara aku,
and aku taw setiap org ada cara msg2 yg tersendiri bg
mencegah masalah dunia ni.Ni pun aku ada terbaca gak,if angka kematian
menjangkau 0.4%,maka gomen akan isytihar darurat.Tp stakat ni,angka kematian adalah 0.1% lebih.
Salam bloggers..
Sebenarnya,aku xde la nk post sgt today.Nak kata xde modal ada je
tp sje nk restkan blog aku.
Tp,adalah bbrapa yg aku bc,tergerak hati lak nk tls.
Today aku baca BH online,saje nk tgk angka baru H1N1
dan mmg spt ape aku jangka,angkanya meningkat kepada 62 org,
dan hari aku xpost(14 Ogos) aku dapat taw
angkanya adalah 51 org(yg meninggal bukan kena ye).So,korg + - (aku xjmpa bhgi) x, rupanya dh bertambah sebanyak 11 org yg dah mati.
Yg terbaru dikatakan kanak2 istimewa(sindrom down).Innalillah..
Apakah yg sedg berlaku sbnarnya??Masih xde fikiran ke manusia neh?
Aku betul2 xpaham apa la yg dorg pk..If xnak pk untk diri & keluarga sdri,at least pk la untk org laen yg still nk hdp..Kalau dh dikuarantin,kuarantin la btl2 jgnla kuarantin g
shopping lak..cam xleh blah je aku ase manusia camtu.
ni aku sertakan berita terbaru H1N1 yg aku dapat kt BH online
H1N1: 3 kematian baru, dua daripadanya lewat diberi rawatan

KUALA LUMPUR: Tiga lagi kematian terbaru akibat selesema babi atau Influenza A (H1N1) dengan dua daripadanya disebabkan mangsa lewat diberikan rawatan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Ia membabitkan dua kanak-kanak lelaki berumur enam dan tiga tahun serta lelaki berumur 50 tahun. Dengan kes terbaru itu, jumlah terkumpul kes kematian akibat H1N1 setakat ini ialah 62 orang.
"Kementerian kini menjalankan siasatan punca menyebabkan mangsa lewat diberi pemeriksaan dan rawatan antivirul H1N1," katanya selepas merasmikan Karnival Sihat Sepanjang Hayat Kawasan Serdang, dekat sini, hari ini. Beliau juga berkata, setakat semalam, 283 kes jangkitan baru dilaporkan menjadikan jumlah terkumpul, 3,857 kes.
Kanak-kanak istimewa antara 3 korban terbaru H1N1

SERDANG: Seorang kanak-kanak istimewa berumur enam tahun yang mengidap Sindrom Down adalah salah seorang daripada tiga korban terbaru Influenza A(H1N1), menjadikan jumlah kes kematian di negara ini kepada 62 orang. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata dengan tiga kematian terbaru itu menjadikan 283 kes baru dan sejumlah 3,857 kes disahkan positif H1N1 setakat ini. Beliau berkata kanak-kanak itu yang juga menghidap penyakit jantung berlubang, meninggal dunia Khamis lalu selepas dimasukkan ke hospital 9 Ogos setelah dua hari mengalami simptom H1N1.
Beliau berkata seorang lagi kanak-kanak berusia tiga tahun turut menjadi korban H1N1 setelah dimasukkan ke hospital pada 1 Ogos selepas mengalami demam dan batuk selama lima hari dengan kesukaran bernafas. "Kanak-kanak itu meninggal dunia pada Jumaat disebabkan "pneumonia yang teruk", katanya kepada pemberita selepas merasmikan karnival Sihat sepanjang Hayat Kawasan Serdang, Selangor di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina, Serdang Baru 1 di sini. Liow berkata korban terbaru yang ketiga ialah seorang lelaki berusia 50 tahun yang meninggal dunia pada Jumaat setelah dimasukkan ke hospital pada 3 Ogos kerana mengalami demam, batuk, cirit birit, muntah dan sukar bernafas.
Katanya lelaki itu meninggal dunia disebabkan oleh "septisemia dengan pneumonia yang teruk". Liow berkata sehingga kini terdapat 283 kes baru dengan 213 pesakit sedang dirawat di wad biasa dan 33 lagi di rawat di Unit Rawatan Rapi di mana 16 kes mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (tujuh) asma (tiga), obesiti (dua), kecacatan otak (dua), hamil (satu) dan peringkat selepas bersalin (satu). Liow berkata kementeriannya mendapati masih ramai pesakit yang mengalami simptom H1N1 tidak memberikan kerjasama yanng baik dalam mengawal penularan penyakit itu. Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital berdekatan sekiranya mempunyai simptom H1N1 serta mengingatkan para doktor supaya tidak menangguhkan pemberian antiviral kepada pesakit.
Katanya mengikut Seksyen 12 (1) Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988, setiap orang yang mengetahui penyakit yang boleh merebak kepada orang awam, dan sengaja tidak mengendahkan larangan dikuarantin sehingga menyebabkan orang lain dijangkiti akan didenda RM2,000 atau dikenakan penalti maksimum sehingga RM10,000 atau dipenjara 2 tahun atau kedua-duanya sekali. - Bernama
Mengikut ucapan Menteri Kesihatan kita neh,Datuk Seri Liow Tiong Lai sesape yg dh kena tu silalah duk umah,jangan la ngengada nk kuar.Kalo kuar gak nt nak kena
denda or jail.Padan muka kau..Begitulah rumusan aku leh wat..Yela,ckp ngan
manusia xbape reti ni ssh,xde nk pk org laen.
Nyusahkan negara je.Sampaikan gomen kena wat dasar camtu lak.
Cam kena jga budak2 lak,xdgr kata kena denda,grounded..
padahal yg wat hal seme dh kertu..
(jgn ada sesape terasa lak,ini hanya ulasan aku je)
Then,cerita pasal artis Malaysia kita.
Actually,aku xde la cam teruja sgt nk post sal retis ni.
Tp,ade la aku nk cakap sket..
Pes=Norman Abdul Halim aka Norman KRU dh nak kawen(kawen dh ke eh?
Norman dikatakan akan berkahwin ngan pekerja dia gak,aku x ingat nama tp aku taw org
pggl dia Miss S.Miss S ni rupanya sedara isteri Edry.
So,kira kes sedara mara gak la.
Seken=Ajai + Liza..Alhamdulillah,kawen gk dorg.
Third=aku agak terkejut sebenonya.Tahler,cam xcaye..tp aku tls gak la coz cam sah je
kuar BH lg neh.Akhil + Waheeda dah selamat diijabkabulkan..
Adehla,aku bukan pe,dolu2 bukan maen lg nafi
aku siap ckp yg Waheeda ni kena fitnah..peh,
upenya api dalam sekam..membara dah tp xde la
sape2 yg nampak.Aku pes npk tjuk,ingat filem ke hape dorg kawen..alih2 btl lak..
Xkan BH tipu kot???
Tp,ye la,dh jodoh dorg..even aku ase cam xleh blah pas bace
tp tahla...aku tls je la.Sesape yg ade pendapat tlg lah kongsi ye
(tetiba aku ingat kes Siti Nurhaliza ngan Memey lak)
Viral novel influenza type A H1N1.
Ianya berasal dari virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yang sepatutnya hanya menjangkiti ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yang lebih tinggi di dalam rantaian makanan/manusia. Dan semasa di dalam badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit dari manusia kepada manusia.
JANGKA HAYAT VIRUS.
Oleh kerana ia adalah virus 'air born', ia hanya boleh bertahan di udara selama 2-8 jam sahaja. Jika selepas tempoh tersebut ia tidak mendapat perumah atau 'host' (badan manusia), ia akan mati. Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan"air ventilation" (pengudara) yang baik, akan bersih dari virus tersebut.
APA YANG PERLU ANDA TAHU?
ASAL VIRUS INI...
Sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadinya outbrake di Mexico tapi tidak dilaporkan kepada WHO.Kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahukan ia tercetus di Mexico.
VIROLOGI VIRUS H1N1...
Incubation period yang singkat pada purata 2 hari dengan julat 1-4 hari. Ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkiti pesakit. Pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkiti paling cepat dan selewat2nya hari ke-4. H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kepada pesakit yang berisiko, ia dapat membunuh. Jika pesakit adalah seorang yang normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.
CARA SERANGAN..
Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin & percakapan.Virus ini akan menyerang sistem pernafasan (seperti selsema burung dan SARS). Peringkat awal, ia hanya pada "trakea" jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru2 dan boleh menyebabkan kematian akibat "lung collapse" @ koma.Ia amat berbahaya pada golongan yang berisiko tinggi.
SIAPA YANG BERISIKO...
1- Orang yang ada masalah obesiti @ gemuk.
2- Wanita yang mengandung.
3- Orang yang ada asthmatic/lelah.
4- Orang2 yang bermasalah dengan sistem imunisasi(menjalani operation yang besar, kanak2 yang belum cukup suntikan imunisasi, golongan2 yang rendah tahap imuniti e.g.HIV,SLE etc).
SIMPTOM2...
Hari 1: Rasa kurang sihat, tidak bermaya.
Hari 2: Selsema, batuk dan demam yang kekal (demam tidak turun walaupun telah makan ubat demam).
Hari 3: Rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas.
Hari 4: Sakit dada yang teruk (jumpa doktor dengan segera).
Hari 5 dan ke atas: "lung collapse" atau koma.
LANGKAH2 KAWALAN...
1) Golongan2 yang berisiko elakkan daripada kesesakan(kawasan yang padat dengan orang ramai)
.2) Menjaga kebersihan diri. Basuh tangan selalu dan dengan betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran.
3) Elakkan diri jika terdapat orang 'batuk, bersin dan kurang sihat.'
4) Jika kurang sihat, elakkan diri dari beraktiviti (sosial dan berkumpulan).
5) Jika kurang sihat dan ada ILI (Influenza Light Illness @selsema biasa) jangan hadirkan diri di kawasan orang ramai.Jika terpaksa pakai 'mask'.
6) Untuk orang yang SIHAT, elakkan dari kawasan yang padat.
7) Jika ada tanda2 simptom di atas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan.
8) Jika SIHAT, JANGAN ke hospital atau klinik untuk check-up kerana di kawasan tersebut mengandungi banyak virus.
9) Tidak perlu ambil anti-viral atau apa-apa ubat influenza..!!!
Jika sihat dan mengambilnya akan mengakibatkan resistan kepada vaksin @ ubat2 untuk rawatan jika terkena jangkitan.Ini kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yang telah mengambil ubat2 tersebut terlebih awal.
10) Vaksin hanya akan 'wujud' seawal2nya pada Oktober dan hanya untuk "frontliner" sahaja. Dan untuk awam selewat2nya pada 2010.11)
Untuk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal sahaja di Malaysia. Ia mengambil masa 6 jam untuk"run test" kepada 1 batch sample. Jika klinik menyatakan yang mereka boleh jalankan ujian, itu adalah tidak betul. Tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.
12) Tahap kesedaran dan pengetahuan yang tinggi amat perlu untuk kita sama2 menghadapi outbreak ini.
Sama2lah kita berdoa kepada ALLAH s.w.t. agar bala ini cepat berlalu. Amin..
p/s: Ini adalah sumber taklimat H1N1 oleh pengarah kawalan penyakit berjangkit dari Kementerian Kesihatan Malaysia di Pan Pacific KLIA pada 1/8/2009. Moga semua dapat iktibar..

Labels

Archive