Viral novel influenza type A H1N1.
Ianya berasal dari virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yang sepatutnya hanya menjangkiti ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yang lebih tinggi di dalam rantaian makanan/manusia. Dan semasa di dalam badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit dari manusia kepada manusia.
JANGKA HAYAT VIRUS.
Oleh kerana ia adalah virus 'air born', ia hanya boleh bertahan di udara selama 2-8 jam sahaja. Jika selepas tempoh tersebut ia tidak mendapat perumah atau 'host' (badan manusia), ia akan mati. Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan"air ventilation" (pengudara) yang baik, akan bersih dari virus tersebut.
APA YANG PERLU ANDA TAHU?
ASAL VIRUS INI...
Sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadinya outbrake di Mexico tapi tidak dilaporkan kepada WHO.Kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahukan ia tercetus di Mexico.
VIROLOGI VIRUS H1N1...
Incubation period yang singkat pada purata 2 hari dengan julat 1-4 hari. Ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkiti pesakit. Pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkiti paling cepat dan selewat2nya hari ke-4. H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kepada pesakit yang berisiko, ia dapat membunuh. Jika pesakit adalah seorang yang normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.
CARA SERANGAN..
Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin & percakapan.Virus ini akan menyerang sistem pernafasan (seperti selsema burung dan SARS). Peringkat awal, ia hanya pada "trakea" jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru2 dan boleh menyebabkan kematian akibat "lung collapse" @ koma.Ia amat berbahaya pada golongan yang berisiko tinggi.
SIAPA YANG BERISIKO...
1- Orang yang ada masalah obesiti @ gemuk.
2- Wanita yang mengandung.
3- Orang yang ada asthmatic/lelah.
4- Orang2 yang bermasalah dengan sistem imunisasi(menjalani operation yang besar, kanak2 yang belum cukup suntikan imunisasi, golongan2 yang rendah tahap imuniti e.g.HIV,SLE etc).
SIMPTOM2...
Hari 1: Rasa kurang sihat, tidak bermaya.
Hari 2: Selsema, batuk dan demam yang kekal (demam tidak turun walaupun telah makan ubat demam).
Hari 3: Rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas.
Hari 4: Sakit dada yang teruk (jumpa doktor dengan segera).
Hari 5 dan ke atas: "lung collapse" atau koma.
LANGKAH2 KAWALAN...
1) Golongan2 yang berisiko elakkan daripada kesesakan(kawasan yang padat dengan orang ramai)
.2) Menjaga kebersihan diri. Basuh tangan selalu dan dengan betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran.
3) Elakkan diri jika terdapat orang 'batuk, bersin dan kurang sihat.'
4) Jika kurang sihat, elakkan diri dari beraktiviti (sosial dan berkumpulan).
5) Jika kurang sihat dan ada ILI (Influenza Light Illness @selsema biasa) jangan hadirkan diri di kawasan orang ramai.Jika terpaksa pakai 'mask'.
6) Untuk orang yang SIHAT, elakkan dari kawasan yang padat.
7) Jika ada tanda2 simptom di atas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan.
8) Jika SIHAT, JANGAN ke hospital atau klinik untuk check-up kerana di kawasan tersebut mengandungi banyak virus.
9) Tidak perlu ambil anti-viral atau apa-apa ubat influenza..!!!
Jika sihat dan mengambilnya akan mengakibatkan resistan kepada vaksin @ ubat2 untuk rawatan jika terkena jangkitan.Ini kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yang telah mengambil ubat2 tersebut terlebih awal.
10) Vaksin hanya akan 'wujud' seawal2nya pada Oktober dan hanya untuk "frontliner" sahaja. Dan untuk awam selewat2nya pada 2010.11)
Untuk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal sahaja di Malaysia. Ia mengambil masa 6 jam untuk"run test" kepada 1 batch sample. Jika klinik menyatakan yang mereka boleh jalankan ujian, itu adalah tidak betul. Tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.
12) Tahap kesedaran dan pengetahuan yang tinggi amat perlu untuk kita sama2 menghadapi outbreak ini.
Sama2lah kita berdoa kepada ALLAH s.w.t. agar bala ini cepat berlalu. Amin..
p/s: Ini adalah sumber taklimat H1N1 oleh pengarah kawalan penyakit berjangkit dari Kementerian Kesihatan Malaysia di Pan Pacific KLIA pada 1/8/2009. Moga semua dapat iktibar..
1 comments:
sama2 chekleen....tapi chekleen kena la edit balik post ni sebab banyak ayat2 yang bercantum....huhu...
p/s: rasa2nya kt blog akak xde lak ayat2 yg bercantum ni...ekekekeke....
Post a Comment