BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Followers

Friday, August 7, 2009

ANGKA KORBAN SELSEMA BABI TERUS MENINGKAT

KUALA LUMPUR: Empat lagi kematian akibat Influenza A (H1N1) dilaporkan di negara ini, menjadikan jumlah korban keseluruhan virus itu meningkat kepada 13 orang. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata kematian ke-10 membabitkan budak lelaki berumur 12 tahun di Hospital Melaka pada Isnin lalu dan yang ke-11, seorang lelaki berumur 20 tahun di hospital sama pada Ahad lalu. Dalam kenyataannya semalam, beliau berkata, kes ke-12 pula membabitkan seorang budak lelaki berusia enam tahun yang meninggal dunia di Hospital Batu Pahat pada jam 2.30 pagi semalam.
Mangsa ke-13 yang juga korban pertama H1N1 di Pahang adalah kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang meninggal di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan pada jam 12.40 tengah hari semalam.

0 manusia nak cakap mende kat aku:

siapa itu???

BLOGGERS