Salam to all readers yg sudi menyelip ke sini..
Maybe x ramai yg nak menyemak kt sini coz intipati yg ada kat sini bukanlah sgt digemari oleh anak2 muda baya2 aku neh.But then apa yg aku post aku rasa amat perlu bg memberitahu dunia ttg apa2 yg menjadi perhatian dunia dan Malaysia recently.Bg aku biola org nak ckp blog aku ampeh or wut ever,yg pentg niat aku utk berkgsi sdkt sebyk apa2 yg blh diberitahu sbg panduan hdp org yg baca blog aku neh.Lately aku byk cite hal demam H1N1 yg mmg sgt dahsyat kt mana2 skali pn.Skarg ni golongan raja2 pn dh kena menda alah ni.So sbg rakyat yg prihatin,aku masih lg ingin bercerita hal H1N1 neh...
Tengku Puan Muda Pahang ngan 5 anak dia dah kena H1N1.Skarg ni dorg treatment kt Hospital Tengku Ampuan Afzan.
Selain drpd H1N1 ada gak aku selitkan ksh2 universal..Nak cite hal diri aku wat msa ni,I think xde la menda2 yg havoc sgt yg dapat ditulis. My life just being ok as well(maybe?).Cuma bese la hidup,manade pnh xde dugaan.Kita tempuh je la dgn penuh kesabaran.Xde maknanya hdp tanpa dugaan dari-Nya kan?
Beberapa post yg aku akan post lepas ni adalah berkaitan berita yg aku baca lam BH hr ni sal H1N1.So,sesapa yg berminat nak tgk silalah ye..Thinking of what happens today,aku ase xde lah yg lbh penting untuk aku tls selain drpd mende alah ni.So keep on reading..
Tengku Puan Pahang, lima anakanda hidap H1N1
KUANTAN: Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan lima anakanda baginda dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAF) kerana dijangkiti Influenza A (H1N1). Lima anakanda baginda yang berumur tujuh hingga 14 tahun, termasuk pasangan kembar yang berusia sembilan tahun dimasukkan ke hospital pada Jumaat lalu, manakala baginda dimasukkan keesokan harinya. Pengarah hospital, Datuk Dr Ardi Awang ketika dihubungi, berkata keadaan baginda dan semua anakanda Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang sedang dirawat di wad diraja hospital berkenaan sudah diberikan antiviral.
"Kita membuat pengawasan dan baginda serta anakanda akan dibenarkan keluar daripada hospital apabila pulih sepenuhnya," katanya. Mereka ialah Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, 14; Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah, 12; pasangan kembar Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah dan Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, 9; dan Tengku Puteri Jihan Khalsom 'Athiyatullah, 7 tahun. Sementara itu, Tunku Azizah Aminah berkata, keluarga baginda dipercayai dijangkiti daripada anakandanya, Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah yang mendapat jangkitan di Sekolah Kebangsaan St Thomas, di sini.
Baginda berkata, Tengku Hassanal Ibrahim dan Tengku Muhammad Iskandar yang bercuti daripada belajar di luar negara turut dijangkiti. "Apa yang merisaukan saya adalah Tengku Ahmad Ismail yang menghidap asma dan radang paru-paru ringan. Anak saya juga kadang-kadang muntah dan meracau. Selain itu, tujuh pekerja istana telah dikuarantin kerana ada tanda-tanda penyakit itu," katanya. Baginda juga meminta kerajaan dan rakyat lebih serius menangani wabak itu yang kini mengorbankan banyak nyawa di negara ini. "Saya bimbang kerana pihak tertentu dan orang ramai seolah-olah tidak memandang serius wabak ini. Kesedaran kurang dan majlis yang membabitkan orang ramai masih dianjurkan walaupun penyakit mudah merebak," katanya.

PELAJAR Sekolah Menengah Presint 9 (2), Putrajaya memakai topeng penutup muka ketika mengambil peperiksaan, semalam.
Peruntukan segera RM20j beli Tamiflu, Relenza KUALA LUMPUR: Kerajaan menyediakan peruntukan tambahan RM20 juta bagi menambah stok bekalan antiviral Tamiflu dan Relenza sebagai langkah segera bagi mengawal penularan wabak Influenza A (H1N1) yang sehingga semalam mencatat 32 kematian dan 1,983 kes di seluruh negara. Selain itu, kempen besar-besaran akan dimulakan minggu ini bagi memberi panduan dan menyedarkan orang ramai mengenai bahaya wabak itu. Dua langkah itu diputuskan dalam perbincangan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai serta Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican, semalam.
Najib berkata, stok Tamiflu dan Relenza akan ditambah 10 peratus lagi daripada jumlah penduduk negara menjadikannya 20 peratus supaya lebih ramai rakyat mendapat suntikan antiviral itu. "Antiviral itu akan dibekalkan secara meluas ke hospital dan klinik kerajaan di seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baru Institut Jantung Negara di sini. Turut hadir, isterinya yang juga Penaung Yayasan IJN, Datin Seri Rosmah Mansor dan Liow.
Perdana Menteri berkata, kempen kesedaran H1N1 pula diadakan kerana proses pendidikan awam paling berkesan untuk mengekang penularan wabak itu. "Menerusi kempen besar-besaran termasuk menggunakan media massa, rakyat akan diberi panduan mengenai langkah pencegahan wabak itu. "Sekiranya mereka demam, maka langkah paling baik adalah berehat di rumah sehingga pulih kerana kalau keluar, takut akan menjangkiti orang lain. "Walaupun mereka berada di rumah, mereka juga dinasihatkan memakai topeng supaya tidak menjangkiti anggota keluarga lain," katanya.
Ditanya sama ada kerajaan bercadang menguatkuasakan sekatan perjalanan, Najib berkata, langkah itu tidak perlu kerana wabak berkenaan sudah melanda hampir semua negara di seluruh dunia. "Pandemik ini berlaku di seluruh dunia (jadi) tiada makna untuk kita buat sekatan perjalanan," katanya.

0 comments:
Post a Comment